Assalamualaikum dan salam perpaduan..huiyo,lama betul tak update blog ni kan,huhuu,sori2,sebab takde mood nak update blog,tapi kali ni terpanggil untuk update sebab perkara yang berlaku semalam,iaitu Bersih 3.0.seperti yang dijangka,banyak kontroversi dan kejadian2 yang tak diingini berlaku sepanjang demonstrasi dijalankan. walaupun ak tak pergi,tapi dengan kecanggihan teknologi zaman sekarang,dapat je tau perkembangan semasa.
ok,ni hanyalah pendapat ak,so kalau korang tak setuju,ak minta maaf la ye,sebab ni pendapat ak,bukan pendapat korang,huahuahua...first of all,yang ak tau,perhimpunan tu sebenarnya berjalan dengan lancar dari tengahari sampai la dekat2 nak masuk waktu asar,takde masalah yang berlaku,tiada provokasi antara pihak yang berdemonstrasi dengan pihak yang mengawal tempat tu.sebenarnya demonstrasi tu boleh dikatakan berjaya,tapi bila nak sampai ke penamatnya,tiba2 kekecohan berlaku.bermula dari situ la keganasan2 berlaku dan perang antara pihak Bersih dengan pihak polis,insiden2 yang tak diingini berlaku,masing2 mula mengambil video untuk dijadikan bukti.
persoalannya,macamana demonstrasi yang telah berlangsung selama berjam2 tanpa sebarang masalah,tiba2 dilanda kekecohan pada ketika waktu penamatnya semakin hampir?ada korang semua fikir benda tu?ak tak tau la samada pihak bersih atau pihak polis yang mulakan dulu,so ak no komen part tu,tapi ak panas la jugak bila baca post2 dalam facebook dengan twitter tu,ak tak kisah pun korang nak sokong pihak mana,memang la korang nak menangkan pihak korang kan,tapi jagalah sket adab dan tingkah laku tu bila komen2,tak payah la nak lebih2 sangat.dengan selambanya korang mem"binatang"kan manusia2 yang sama spesis dengan korang tu,lupa ke yang korang tu sama spesis dengan diorang?kalau diorang tu korang panggil binatang,korang pun sama la jugak kan?
pastu satu part lagi yang sangat2 la membuatkan ak sakit hati,yang part bila dikatakan ada mangsa yang terbunuh.memang la masih belum ada kesahihan atau diconfirmkan berita tu,tapi perlu ke korang gelakkan,menghina dan mencaci si mati?agama kita ada ajar ke kita wat perangai macam tu?sepanjang ak hidup ni,tak pernah pun ak belajar agama kita suruh wat macam tu?kata Islam,melayu,tapi kelakuan korang tu sket pun tak mencerminkan agama dan budaya korang.salah ke kalau kata yang berita tu tak betul ke,masih belum ada kesahihan ke,ni tak,dah la kutuk dengan hina,siap kata padan muka lagi,apa tu?
polis hanya menjalankan tugas diorang untuk mengawal keadaan,betul tu,dan pendemonstrasi juga menjalankan tanggungjawab mereka,untuk menegakkan keadilan.bagi ak,apa yang dituntut dalam Bersih tu sangat la wajar dan sememangnya wajib diguna pakai untuk ketelusan dalam sistem pilihanraya nanti.bukankah ketika Bersih 2.0 dulu pun,mereka dah kata,kalau kerajaan amik tindakan dan tunaikan permintaan mereka tu,takkan berlakunya Bersih 3.0.kalau kerajaan masih tak buat apa2,tidak mustahil Bersih 4.0 akan berlaku.mungkin korang rasa macam ak ni sokong pembangkang kan,tapi apa yang mereka minta tu tak dinafikan lagi kebenarannya,apa salahnya kalau kerajaan buat apa yang mereka tuntut tu?kalau betul la ramai rakyat yang sokong kerajaan,mereka tidak perlu takut untuk melaksanakan perkara yang dituntut tersebut.
ok la,ak rasa setakat tu je la kot post ak untuk kali ni,ada banyak lagi nak taip sebenanrnya,tapi ayat tu tak terkeluar dari kepala ak,haha,takpe2,nanti kalau ada idea lagi ak post k.Moga pilihanraya kali ni dapat dijalankan dengan telus dan jujur.maaf jika ada salah dan silap.wassalam~=)
0 comments:
Post a Comment