BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, December 14, 2010

Tanda2 Seseorang Itu Mencintaimu~

Assalamualaikum dan salam perpaduan..tengah blogwalking tadi,tetiba terpandang 1 post yang menarik,jadi nak kongsi la kat sini~


  1. Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu.Yang dia tahu hanya kamu satu-satunya di hati dan matanya.
  2. Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih,dia tidak peduli.Yang penting kamu bahagia dan dia sentiasa mengimpikanmu.
  3. orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu seadanya,di hati dan matanya kamulah yang tercantik walaupun kamu merasakan berat badanmu bertambah.
  4. orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui hari ini,dia ingin tahu kegiatanmu.
  5. orang yang mencintai kamu akan mengirim SMS seperti 'selamat pagi','selamat hari minggu','selamat tidur','take care' dan lain2 lagi,walaupun kamu tidak membalas SMSnya,kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya,menyatakan dalamcara yang berbeza,bukan "aku CINTA padamu",tetapi terselindung di sebalik ayat2 lain rasa cinta itu.
  6. Jika kamu menyambut hari jadi dan kamu tidak menjemputnya ke majlis yang kamu adakan,setidak-tidaknya dia akan menelefon atau menghantar SMS untuk mengucapkan selamat hari lahir kepadamu.
  7. orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersamamu,bahkan mungkin kejadian yang kamu sudah lupakan,kerana saat itu terlalu berharga buatnya untuk dilupakan,dan saat itu pasti matanya berkaca kerana saat bersamamu itu tidak boleh berulang selalu.
  8. orang yang mencintai kamu sentiasa mengingati kata2 yang kamu ucapkan,bahkan mungkin kata2 yang kamu sendiri sudah lupa pernah diungkapkan,kerana dia menyemat kata2mu di hatinya,berapa banya kata2 yang penuh harapan yang kau tuturkan kepadanya,tetapi akhirnya kau musnahkan?pasti kau lupa,tetapi tidak bagi orang yang mencintai kamu.
  9. orang yang mencintai kamu akan cuba menyukai lagu2 kegemaranmubahkan mungkin meminjam CD kamu,kerana dia ingin tahu apa kegemaranmu-kesukaan kamu kesukaannya juga,walaupun sukar meminati kesukaanmu,tetapi akhirnya dia berjaya.
  10. kalau kali terakhir kalian berjumpa kamu sedang batuk2 dan demam,dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya khabarmu-kerana dia bimbang tentang kamu,peduli tentang kamu.
  11. jika kamu menyatakan akan menghadapi ujian,dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung,dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS "all the best" untuk menaikkan semangatmu.
  12. orang yang mencintai kamu akan memberikan kamu satu barang miliknya yang mungkin bagi kamu adalah sesuatu yang biasa,tetapi baginya adalah sesuatu yang istimewa.
  13. orang yang menyintai kamu akan terdiam sesaat ketika sedang bercakap dengan kamu,sehingga kamu menjadi bingung.sebenarnya saat itu dia merasa gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.
  14. orang yang mencintai kamu ingin selalu berada di sisimu dan menghabiskan hari2nya hanya dengan kamu.
  15. jika satu saat kamu kena berpindah ke daerah lain,dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa keburukan kepadamu.
  16. di hatinya dia benar2 takut kehilangan mu,pernah dengar 'jauh di mata,dekat di hati"?
  17. orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara berbanding kekasih.
  18. orang yang mencintai kamu selalu melakukan perkara2 yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari,atau mengejutkan kamu dengan SMS di tengah malam.Sebenarnya ketika itu dia memikirkanmu.
  19. orang yang mencintai kamu kadang2 merindukanmu dan membuat hal yang memeningkanmu.Namun ketika kamu menyatakan yang perbuatanmu mengganggumu,dia akan meminta maaf dan tidak akan melakukannya lagi.
  20. jika kamu memintanya untuk mengajarmu sesuatu perkara maka dia akan mengajarmu dengan penuh sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia.bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu.dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaanmu walaupun sesukar mana permintaanmu itu.
  21. kalau kamu melihat handphonenya kamu akan melihat nama kamu menghiasi sebahagian besar dari inboxnya.dia masih menyimpan SMS2 kamu walaupun kamu mengirimnya berbulan2 atau bertahun2 yang lalu.dia juga menyimpan surat2 kam ditempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda2 berharga buatnya.
  22. jika kamu memberi reaksi menolak atau menjauhkan diri darinya,dia akan menyedarinya dan menghilang dari hidupmu,walaupun hal itu membunuh hatinya.
  23. jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan menunggumu kerana sebenarnya dia tidak pernah mencari orang lain ,dia sentiasa menunggumu.
  24. orang yang begitu mencintaimu,tidak pernah memaksa kamu memberikan sebab dan alasan,walaupun hatinya meronta untuk mengetahui,kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan kerenahnya.Saat kau pinta dia berlalu,dia pergi tanpa menyalahkanmu,kerana dia benar2 mengerti apa itu cinta~

di ambil dari http://ceriterasangkurakura.blogspot.com/~

dah lama tak update~

Assalamualaikum dan salam perpaduan,hehe,long time no see,dah lama tak update blog ni,penyebab utamanya malas,idea banyak tapi kemalasan ni selalu je membantutkan usaha untuk sentiasa meng"update" blog ni,huhuu...

kali ni takde benda nak citer sebenarnya,tapi juz nak kongsi sedikit petua la yang ak dapat dari ayah ak dan kawan ayah ak,petua ni berguna wat orang yang selalu travel jauh la.Yang pertama,kalau kita travel jauh,contohnya dari KL ke kelantan,adalah sebaik2nya berhenti minum di kedai sebelum anda sampai ke rumah,ini adalah supaya "penumpang2" anda yang tak dapat dilihat dengan mata kasar tu akan turun di situ dan bukannya di rumah anda,hehe..seterusnya,bila dah sampai rumah,anda tak digalakkan terus naik ke rumah,anda dinasihatkan supaya jalan2 dulu di sekeliling rumah anda,baru la anda naikke rumah anda.

Nasihat yang berikutnya,bila dah naik rumah tu,jangan terus pegang anak anda(yang kecik2),sebab diorang masih lemah lagi,nanti meracau pulak anak anda tu..ok,seterusnya petua kalau anda tengah drive sorang2 & tetiba je anda nampak ad "penumpang" menumpang kereta anda.baca bismillah,pastu selawat 3 kali,pastu ketuk bumbung kereta anda 3 kali,insyaAllah dia akan pergi.

hehe,tu je la kot untuk post kali ni,insyaAllah nanti ak akan update blog ak ni(kalau tak malas la).jadi,jumpa lagi di lain hari,sekian,wassalam=D

Friday, October 22, 2010

Rasulullah SAW Menangis Kerana Bimbangkan Kita Di Akhirat Sana~




Assalamualaikum dan salam perpaduan...well,post kali ni,just nak kongsi video ni je...sedih sangat2 bila tengok dan hayati video ni,huhu,moga dapat dijadikan iktibar buat yang menonton video ni nanti,Subhanallah...Moga ALLAH SWT berikan kita petunjuk dan hidayahNya kepada kita,semoga diteguhkan keimanan kita terhadapNya...sama-samalah kita berusaha mengingati Rasulullah SAW supaya mendapat syafaatnya di akhirat sana nanti,insyaAllah~

Tuesday, October 19, 2010

Not Ok But Better~

Assalamualaikum dan salam perpaduan..tetiba je rasa nak update blog ni sambil2 tengok CSI Miami,hehe,one of my favourite show..Well,berkenaan dengan tajuk post tu,berkaitan ngan diri ak sendiri la..

Hu,kalau nak diikutkan,sebenarnya ak ni tak berapa nak sembuh lagi,tapi ok la sket kalau nak dibandingkan dengan 2-3 bulan lepas kan.jiwa dah tak kacau sangat,fikiran pun dah makin tenang,amarah pun dah makin kurang,alhamdulillah la,syukur kepada ALLAH,walaupun ak masih teringat kat dia dan perasaan tu masih ad,tapi nak buat macamana,at least dah kurang dah sakit tu,sekurang2nya dah mampu tersenyum dengan ikhlas dah,hehe..

Hu,pasal nak sambung belajar tu,sepatutnya bertolak pergi sana 23 Nov,tapi atas sebab2 tertentu dan masalah kewangan sket(loan tak lulus lagi),terpaksa la tunda dulu tarikh tu,maybe dalam bulan Disember or selewat2nya bulan Januari ni..well,better late than never rite?

Hu,setakat tu je la dulu kot..sebelum tu,nak ucap selamat maju jaya kepada rakan2ku dan adikku yang akan menghadapi final exam minggu depan,all the best,wat yang terbaik,doaku bersama kalian,moga kalian berjaya di dunia dan akhirat.dan kepada insan tersebut,yang masih dan sentiasa diingati,buat yang terbaik,moga mendapat result yang mantap,saya doakan yang terbaik untuk awak..wassalam~

p/s:kepada kawan ak yang sorang tu,ak tak kata apa yang ko nasihatkan ak tu salah,but i'm not that type of person...bukan senang k,bukan macam pakaian,boleh tukar sesuka hati dan bila2 masa je..papepun,thanks la for ur advice,really appreciate it:)

Thursday, October 14, 2010

Graduasi Adikku & Perginya Nenekku Buat Selama-lamanya~

Assalamualaikum dan salam perpaduan diucapkan...lama rasanya tak update blog ni..untuk post kali ni,nak cerita pasal benda happy dan benda yang tak happy...First,benda yang happy,adikku yang no. 2,Fadzil,dah selamat menjalani Majlis Konvokesyennya di Universiti Malaysia Sarawak(UNIMAS) pada ahad lepas(10/10/10) dan dengan rasminya telah bergelar seorang graduan yang memiliki segulung ijazah,tahniah diucapkan kepada adikku.

Kami sekeluarga bertolak ke Sarawak pada hari Sabtu(9/10/10) pada waktu pagi dari lapangan terbang Kota Bharu,kira2 pukul 9 pagi dengan menaiki penerbangan AirAsia...Kami sekeluarga(9 orang) dengan Nenekku 2 orang dan Datukku tiba di LCCT lebih kurang dalam pukul 10 pagi.Kemudian,pada pukul 11.45 pagi,kami menaiki penerbangan AirAsia menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching.Kami tiba di Kuching lebih kurang pada pukul 2 lebih,disambut oleh kawan ibuku.Kami bermalam di guest house di Gita kalau tak silap nama tempat tu.erm,itu sedikit sebanyak citer masa kitorang di Sarawak,malas nak citer banyak2 sebenarnya.

Berita yang kurang baik tu pulak,semalam,hari Khamis,nenekku meninggal dunia dalam lebih kurang antara pukul 4-4.30 pagi,meninggal ketika tidur.Agak terkejut la sebab sebelum ni dia arwah sihat je,tapi itu la kuasa Allah,kita takkan tahu bila kita akan meninggal.Alhamdulillah,segala proses pengurusan jenazah berjalan dengan lancar dan tanpa masalah,jenazah selamat dikebumikan lebih kurang dalam pukul 2.30 petang.Hampir semua ahli keluargaku balik,kecuali 2 orang adikku,yang di Sarawak dan di bangi,kerana tidak sempat dan mempunyai urusan2 yang tertentu.

hu,banyak jasa yang telah arwah lakukan kepadaku dan keluargaku.Dialah yang mengajarku membaca Al-Quran,dialah yang mengajarku bagaimana untuk bersolat,dialah yang selalu menceritakan kisah2 nabi kepadaku ketikaku kecil,dan banyak lagi.Semoga ALLAH menempatkan arwah dikalangan orang2 yag beriman dan mendapat syafaat di akhirat kelak.Semoga ALLAH mengampunkan dosa2nya,..Ya ALLAH,semoga roh nenekku tenang di alam kubur sana,ampunilah dosa2nya,tempatkanlah dia di kalangan orang2 yang beriman kepadaMu Ya ALLAH...

hu,ak rasa setakat ni je la kot post ak untuk kali ini...wassalam~

Tuesday, September 28, 2010

My first Experience Flying=)


Sebelum fly,haha


masa take off


Aku,Hassan,Miss Nana,Khairul dan Vinod


Aku & Cessna,haha


Dalam Cockpit=)


Assalamualaikum dan salam perpaduan,hehee,dah lama tak update blog ni,harap maaf la sebab tidak ad kesempatan dan agak kemalasan untuk update blog...

well,post kali ni special sket,sebab ni berkenaan ngan first time ak fly,wahaha..tengahari tadi,28/9/2010,hari selasa,kami berempat-ak,Khairul,Vinod,Hassan-naik kereta Mr Khairul menuju ke Subang Airport,sampai kat sana tepat2 orang tengah azan zohor,hohoo.well,lepas prepare,kami sedia untuk flying test kami.Airplane yang kami akan naik adalah jenis Cessna,single propeller,4 seater.tepat pukul 2,ak ngan khairul memulakan penerbangan kami dengan diketuai oleh Miss Nana,instructor di situ.Time tu ak duduk belakang dulu,haha,bagi khairul dulu duduk depan.

Masa naik tu,memang excited giler la,first time naik flight la katakan,memang best giler,haha.masa kat atas(1,500 feets),ak tengok bawah,pemandangan kat subang tu memang indah la,huhuu..Pastu Miss Nana kata kat Khairul,"Ok,you have control",dia bagi peluang kat Khairul cuba bawa kapal terbang tu,haha,naik pening jugak la ak masa Khairul bawa tu,sebab angin agak tak tenang,so kapal terbang tu bergegar la,macam naik kapal laut pun ad,duduk belakang pening wooo,haha...lps setengah jam,kami bertukar kedudukan masa kat atas tu,ak duduk kat depan,Khairul duduk belakang pulak,haha,masa tu perasaan ak mixed la,nervous ad,excited pun ad.Masa Miss Nana bgtau ak in control of the airplane,wallawei,baru ak tau perasaan bawa airplane,tak la susah sangat tapi memerlukan kemahiran juga la,haha,nak maintain 1500 feet la,nak turn right left la,nak kena tambah thrust masa climb la,semua tu ak dah belajar teori,so xde masalah sangat la masa nak praktikkan tu,haha.

Masa nak landing tu pun menarik juga,sebab masa tu cross wind bertiup,so airplane kitorang terapung sekejap sebelum Miss Nana tolak stering untuk mendaratkan airplane tu,"DUP",bunyi tayar kena landasan,haha,ak rasa tak puas lagi masa tu,rasa macam nak naik lagi sekali je tapi apakan daya,tunggu masa kat flying school nanti la nampaknya,haha,tak sabarnya~~kemudian lepas kitorang turun,giliran Vinod ngan Hassan pulak,boleh tengok muka diorang cuak,haha..kemudian ak,Khairul ngan Mr Khairul pun makan la sambil nak tunggu diorang tu habis fly.lepas semua selesai,kitorang bergambar sket kat airport tu,kemudian baru balik.Maka secara rasminya ak dah grad dari Transair Academy,haha,tunggu nak pergi Filipina pulak,insyaAllah bulan sebelas ni kalau xde aral melintang~

Well,tu je la kot untuk post kali ni,hehe,pengalaman yang ak takkan lupakan sampai bila2~okeh,nak rehat jap,sekian,wassalam:)

Wednesday, September 8, 2010

Dilema Cinta-Ungu~

Seberapa salahkah diriku
Hingga kau sakiti aku begitu menusukku
Inikah caramu membalas
Aku yang selalu ada saat kau terluka

Seberapa hinanya diriku
Hingga kau ludahi semua yang ku beri untukmu
Tak ada satu pun perasaan yang mampu membuatku begitu terluka

Namun ku terlanjur mencintai dirimu
Terlambat bagiku pergi darimu
Bagiku terlalu indah perasaan itu
Tak mudah untukku menjauh darimu

Telah ku coba segala cara
‘Tuk bahagiakan kamu
Merebut hatimu
Namun tak semudah yang ku bayangkan
Bila kau tak inginkan ku ‘tuk di sisimu

Tak pernah kurasakan sebelumnya
Menginginkan dirinya hingga ku tak kuasa
Meyakini hatiku bahwa ku mampu berlalu

Namun ku terlanjur mencintai dirimu
Terlambat bagiku pergi darimu
Bagiku terlalu indah perasaan itu
Tak mudah untukku menjauh darimu

Namun ku terlanjur mencintai dirimu
Terlambat bagiku pergi darimu
Bagiku terlalu indah perasaan itu
Tak mudah untukku menjauh darimu~(T_T)~

Monday, August 30, 2010

12 Barisan Manusia menuju ke Akhirat~


barisan pertama: di iringi dari kubur dlm keadaan tidak bertangan & berkaki. keadaan ini dijelaskan melalui seruan Allah SWT:"mereka orang2 yg menyakiti hati jiran sewaktu hidup mereka.mereka yg sombong & tidak berbuat kebaikan kepada jiran tetangga akan mendapat kehinaan didunia
mahupun di akhirat".
firman Allah :'aku akan memalingkan hati orang yg sombong serta takbur di muka bumi ini dengan tiada alasan yg benar dari (memahami) ayat2 ku(yg menunjukkan kekuasaan ku),itulah balasan & tempat kembali mereka adalah neraka"

barisan ke-2: di iringi dari kubur dlm bentuk babi hutan.datang seruan Allah "mereka orang yg meringan2kan solat sewaktu hidup,sesungguhnya orang yg memelihara solat 5 waktu akan dihindari dari siksa kubur.sebaliknya,mereka yg mengabaikan maka waktu dia mati,mayatnya akan dihimpit oleh liang lahat sehingga berselisih tulang rusuk."
Rasulullah saw bersabda "sesungguhnya seorang hamba apabila dia berdiri untuk bersolat,maka di letakkan semua dosanya di atas kepala & kedua2 bahunya,maka setiap kali dia rukuk atau sujud,berjatuhanlah dosa2 itu


barisan ke-3: di iringi dari kubur dgn bentuk keldai & perut penuh ular serta kala jengking
"mereka adalah orang yg enggan membayar zakat ketika hidupnya walaupun pada ketika itu mereka tergolong dlm orang yg berkemampuan. inilah balasannya & tempat kembali mereka adalah neraka
"

barisan ke-4: diiringi dari kubur dlm keadaan darah memancut keluar dari mulut
"mereka adalah antara orang yg suka berdusta ketika berjual beli.berniagalah dengan jujur serta amanah agar hasil yg diperoleh datang dari sumber yg halal.
"

barisan ke-5: diiringi dari kubur dalam keadaan berbau busuk seperti bangkai.ketika itu Allah menurunkan angin sehingga bau busuk itu menganggu ketenteraman padang mahsyar.
"mereka ini adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka,takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula takut kepada Allah.inilah balasannya & tempat mereka juga adalah neraka"

barisan ke-6 : diiringi dari kubur dengan keadaan kepala terputus dari badan.mereka adalah orang yg dahulunya menjadi saksi palsu.

barisan ke-7: diiringi dari kubur tanpa lidah tetapi mengalir darah & nanah dari mulut mereka. mereka ini adalah orang yg enggan memberi kesaksian kebenaran


barisan ke-8
:diiringi dari kubur dlm keadaan terbalik,kepala kebawah & kaki ke atas.mereka adalah orang yg melakukan zina.tempat mereka juga adalah di neraka. sabda Rasulullah "tiada bersunyi2an antara seorang lelaki & wanita,melainkan wujudnya syaitan sebagai orang ketiga antara mereka"


barisan ke-9
:diiringi dari kubur dengan wajah hitam & bermata biru,sementara dlm diri mereka penuh dengan api gemuruh.mereka adalah orang yg makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sepatutnya


barisan ke-10
: diiringi dari kubur dlm keadaan tubuh berpenyakit sopak & dipenuhi kusta. mereka ini adalah orang yg derhaka kepada ibu bapa sewaktu hidupnya.


barisan ke-11
: diiringi dari kubur dlm keadaan buta,gigi panjang seperti tanduk lembu jantan,bibir terjuih hingga ke dada & lidah terjulur hingga ke perut serta keluar pelbagai kotoran yg menjijikkan. mereka ini adalah orang yg minum arak sewaktu hidupnya.


barisan ke-12
: diiringi dari kubur dengan wajah bersinar2 seperti bulan purnama. mereka melalui titian siratulmustakim seperti kilat.datang suara dari sisi Allah yang memaklumkan "mereka semasa hidupnya adalah orang yg beramal salih & melakukan kebaikan.mereka juga menjauhi perbuatan derhaka,memelihara solat lima waktu, & meninggalkan dunia dalam keadaan bertaubat.inilah balasan mereka & tempat kembali mereka adalah syurga,beroleh keampunan,kasih sayang & keredhaan Allah SWT."


Sunday, August 29, 2010

The Side Effect~


Assalamualaikum dan salam perpaduan..dah lama rasanya tak update blog ni..well,kali ni nak wat luahan hati la sket,haha(macam sebelum2 ni xde wat luahan hati la pulak kan)...well,kali ni pasal masalah dalaman ak,kesan dari kejadian2 yang ak alami baru2 ni...tak ramai yang tau apa yang ak alami kecuali yang terdekat dan yang terlibat sahaja..

well,ak perasan jugak la perubahan2 yang ak alami sekarang walaupun tak banyak..contohnya,short tempered(cepat dan mudah marah),berbeza dengan ak yang dulu yang tak mudah naik darah,kalau marah pun diam je,tapi sekarang ni ad masalah sket nak control amarah tu,sampaikan hari tu hancur charger ak hempas kat lantai,huhu,padan muka kena beli charger baru..semalam pun hampi2 ak lempang sorang mamat dalam STAR semalam,sebab dia kurang ajar dengan foreigner ni,walaupun pakcik tu foreigner,tapi dia sepatutnya hormat la kat orang yang lebih tua,wat malu bangsa melayu je..

secondly,ak sangat susah nak percaya kat orang lain sekarang,adei,dulu senang sangat nak percaya kat orang,sekarang susah nak mampus nak percaya kat orang,mesti ak menaruh syak wasangka...huhu,kesan paling ketara la ni yang berlaku kat diri ak..tapi ak tengah cuba untuk mengubah kembali diri ak kepada ak yang dulu,cuba untuk mempercayai orang lain lagi sekali..tapi kalau dikhianati skali lagi,memang sampai mati la ak takkan percaya kat orang lain lagi,kecuali family ak...moga semuanya kembali kepada yang asal..

kemudiannya,ak ni dah jadi seorang thinker,banyak sangat berfikir,sampaikan kadang2 mood ak ni dah terikut2 ngan kepala otak ak ni,tapi biasanya badmood la,haha..dari benda yang sepatutnya sampai la kepada benda yang tak sepatutnya...ak asyik berfikir benda yang dah lepas2,apa kesannya kalau ak amik tindakan yang berlainan dulu,adakan sekarang akan menjadi lebih baik kalau tindakan yang ak ambik tu berlainan dengan apa yang dah ak lakukan,adakah sekarang akan menjadi lebih baik...ak asyik berfikir apa yang dilakukannya dulu..sekarang ak dah fobia dengan beberapa tempat dan beberapa benda..contohnya viva putih,kalau ak nampak viva kaler putih confirm ak tengok nombor plat dia,naik bengang jugak kalau nampak kete kaler putih ni,kenapa la diorang tak beli warna lain,takde la ak moody sangat..then midvalley dan timesquare,atas sesuatu sebab,ak tak berapa suka dengan dua tempat tu,dem...

ai,teruknya diri ak ni kan?apa la nak jadi,huhu,menyeksa diri je tau...papepun,setakat ni la kot dulu,next time ak akan cuba kurangkan kisah pasal diri ak dan cuba banyakkan sumber2 ilmu dalam blog ni..banyak benda nak luahkan kat blog ni,tapi kena wat privasi la,so ak simpan je la dalam hati ni,biar la beranak pinak dalam hati ak je,wahaha..well,tu je la dulu kot,wassalam...


p/s:biasanya ramadhan dan syawal ni orang bermaaf-maafan..tapi wat ko sorang,si makhluk yang ak benci,sila jangan cuba nak minta maaf dengan ak,sebab ak tau sangat perangai ko yang penuh dengan kepura-puraan tu,ko hanya akan dapat ak bertambah benci je kat ko kalau ko minta maaf ngan ak nanti,jangan cuba berpura-pura depan ak..kalau ak nampak ko kat mana2 dalam malaysia ni,pandai2 la ko jaga diri,sebab ak dah susah nak kawal amarah ak sekarang,semua sebab ko...blaja je la kat "new zealand" ko tu k..harap2 ko dapat balasan yang setimpal,i'm not the same nice guy that i used to be k..lagi satu,ko jangan nak berlagak la walaupun ko betul2 kaya pun,tu semua harta mak ayah ko,bukan harta ko sendiri,ko boleh la kaburi mata pompuan2 kat malaysia ni dengan harta dan ayat2 serta janji2 manis ko tu,tapi ak takkan termakan lagi dengan kata2 ko tu...menipu la ko selagi ko nak menipu,asalkan ak tak jadi macam ko~

Saturday, August 21, 2010

Breaking Fast At Masjid Uniten~

Assalamualaikum dan salam perpaduan,hehe,agak lama tak update blog ni,sebab ad sedikit kekangan kebelakangan ni,jadi agak susah nak update blog ni..papepun,di kesempatan ni,ak nak cerita pasal berbuka puasa,hoho..bukan calang2 berbuka,berbuka di Masjid Uniten gitu,huehuehue(macam la berbuka kat hotel 5 bintang,hakhak)..

well,alkisahnya,hari ni ak turun ke Uniten sebab dah tersangat boring duduk kat ampang,sebab dak2 rumah semua balik kampung,tinggal la ak dengan khairul je,tu pun khairul banyak kuar,so tinggal ak sorang2,so ak pun amik keputusan melawat adik ak sambil amik sket2 barang yang mak ak kirimkan,hehe...memang tak plan pun nak turun Uniten,so ak bagitau adik ak je,skali dah sampai Uniten,ramai plk yang xde,padan muka ak,hukhuk...papepun,dapat la jugak jumpa sahabat2 lama walaupun tak sempat jumpa semua skali..

mula2nya,ingat nak balik malam ni jugak,tapi dipujuk oleh faiz dan adik ak,so ak amik keputusan tak jadi balik,balik esok la kot.so timbul 1 masalah,nak berbuka kat mana...so lepas fikir2,kami amik keputusan nak berbuka di Masjid Uniten.ak pun tak kisah sangat sebab dah lama tak berbuka kat masjid kan.so ak,adik ak ngan Baem pun naik kete pegi masjid,sampai dalam lebih kurang pukul 7.10 pm,ingatkan dah lambat,sekali ak turun kat ruang bawah tu,terkejut la jugak,sebab lengang je,tak ramai orang pun,huhuu..seingat ak tahun lepas kalau berbuka kat Masjid Uniten memang meriah la sebab ramai yang datang berbuka di masjid,tak tau la kenapa sekarang tak ramai yang datang,maybe diorang ad fulus dan bajet lebih kot,makan kat kedai or pegi bazar ke...

tapi bagi ak,berbuka di Masjid Uniten pun dah cukup mewah dan kenyang dah,tambahan pulak free,hohoo,rugi tu kalau tak pegi berbuka kat sana,makanan pun sedap2...disebabkan orang tak ramai,maka ak pun amik la nasi lebih,tapi lauk sket je la(diet2,hakhak)..kelebihan berbuka di masjid adalah antaranya,ianya percuma dan tak perlu bayar apa2,dah jimat duit poket,selain tu makanan pun sedap2,dan juga dapat berbuka puasa beramai2,dapat mengeratkan silaturrahim antara sahabat2,hehe,yang jauh kita dekatkan,yang dekat kita rapatkan,yang rapat kita kekalkan,betul tak:)~kita juga dapat terus solat lepas makan tu,senang kan?kalau malas nak balik rumah,terus stay kat situ tunggu Isya' dan terawih..kalau berbuka kat rumah,kemalasan disebabkan makan banyak ketika berbuka menyebabkan kita malas nak pergi terawih,kalau berbuka kat masjid,stay je kat masjid tu,senang kan:)

hehe,tak dapat nak tulis banyak2,ni pun guna lappy adik,insyaALLAH lain kali ak cuba update blog ni dengan ilmu2 pengetahuan,sekadar perkongsian,kalau tak pun,ak citer la pasal kisah hidup ak yang tak tahu la menarik ke tak,haha..wokeh,berjumpa di lain hari..selamat berpuasa,dan selamat beramal...wassalam~





Tuesday, August 10, 2010

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan~

Assalamualaikum dan salam perpaduan sebagai pembuka bicara....hehe,tersangat gembira,sebab dah masuk bulan puasa!!!hoyeh2:D

Alhamdulillah,pejam celik pejam celik,sekali lagi ak tiba ke bulan yang penuh keberkatan ini,bulan yang penuh dengan rahmat dan keampunan..nasib baik pejam celik pejam celik,kalau pejam tak celik2,hehe,alhamdulillah..well,azam ak di bulan puasa tahun ni,adalah untuk memanfaatkan bulan puasa tahun ni sebaik yang mungkin,lebih baik dari tahun-tahun yang sebelumnya,insyaALLAH...

di bulan puasa inilah,kita dapat mengerti apa itu penderitaan kelaparan dan kebuluran yang di alami oleh sahabat-sahabat kita di luar sana yang tidak bernasib baik seperti kita..kita juga dapat merehatkan perut kita yang telah bekerja sepanjang tahun dengan berpuasa,dan ianya penting kerana kalau kita pun,selalu je kerja 24 hours non-stop,boleh memudaratkan diri kita juga kan,so berilah peluang kepada perut kita ni nak rehat sebulan,hehe..kita juga boleh la menurunkan berat badan bagi sesetengah pihak..dan bulan puasa juga adalah bulan yang paling baik untuk belajar berhenti hisap rokok,sebab mana boleh hisap rokok time puasa kan:D

insyaALLAH,target ak tahun ni,taknak tinggal solat terawih(i'll try my best) dan cuba mendapatkan loteri terbaik yang ALLAH telah sediakan kepada hamba-hambanyayang hanya ada dalam bulan puasa sahaja,iaitu MALAM LAILATUL QADAR,malam yang diberikan ganjaran pahala seperti kita beribadat selama 1000 bulan..huiyooo,banyak tu,kalau convert,seperti kita telah beribadat selama 41.67 tahun..pergh,rugi tu kalau tak dapat score jackpot tu,huhuu..

bagi umat akhir zaman ini,ramai yang tersalah anggap bahawa berpuasa hanyalah sekadar menahan lapar dan dahaga dari terbitnya fajar hingga terbenamnya matahari..tapi,maksud puasa yang sebenarnya adalah,menahan diri dari perkara-perkara yang dapat membatalkan puasa,bukan sekadar menahan diri dari lapar dan dahaga..mereka terlupa bahawa aurat juga perlu dijaga sepanjang bulan puasa ini...yang free hair kena la pakai tudung,yang selalu pakai seluar pendek tu kena la pakai seluar panjang dan macam2 lagi...kita juga perlu menjaga pandangan mata kita,pendengaran,percakapan,perbuatan dan hati kita sepanjang berpuasa,sebab kalau tak dijaga,kita hnya mendapat lapar sahaja tetapi tiada ganjaran pahala..jadi,kepada semua kawanku,pandai-pandailah kalian menjaga tingkah-laku korang sepanjang bulan puasa ni,hehe..

wokeh,setakat tu je la dulu kot,dah penat la pulak menaip ni,haha..well,sebelum tu,ak nak ucapkan selamat berpuasa,bersahur,berbuka dan berterawih kepada semua umat Islam yang membaca blog ak ni..thanks sebab sudi melawat blog yang tak seberapa ni,hehe..papepun,selamat beribadah,wassalam~~=)

Monday, August 9, 2010

Tired With Humanity~

Assalamualaikum dan salam perpaduan diucapkan...Alhamdulillah,ak masih diberikan nafas dan dibenarkan oleh ALLAH untuk terus hidup di atas muka bumi ini...Sesungguhnya,banyak yang telah ak alami dan hadapi sepanjang tahun ini,dan semua itu benar2 telah mengubah persepsi ak terhadap umat manusia pada zaman ini,umat akhir zaman..

Sesungguhnya,ak terasa sangat penat,dan sangat kecewa dengan keadaan umat manusia pada zaman ini...banyak perubahan ketara yang ak lihat berbanding dengan ketika ak di alam persekolahan,terutamanya ketika di sekolah rendah...betapa sucinya pemikiran kami pada waktu itu,tidak terlintas langsung penyakit2 hati seperti hasad dengki,pentingkan diri sendiri dan macam2 lagi di dalam diri ketika itu...betapa indahnya kenangan ketika itu...tetapi,semakin ak meningkat usia,semakin ak dapat melihat betapa hodohnya dan teruknya perangai manusia2 yang ad di kalangan ak..betapa mereka begitu mementingkan diri sendiri,tidak menghargai jasa2 orang yang berjasa kepada mereka,menikam belakang kawan,gunting dalam lipatan dan macam2 lagi..MasyaALLAH..memang benarlah apa yang ak belajar dulu,umat yang paling ramai menjadi bahan bakar dalam api neraka nanti adalah umat Nabi Muhammad s.a.w.,umat di akhir zaman ini...

Ak tak kata yang ak ni sempurna,perfect dari segi akidah dan akhlak ak,tapi sekurang2nya,ak tahu menghormati rakan2,ak berusaha untuk tidak menyakitkan orang2 yang ak kasihi dan sayangi,kawan2,keluarga,guru2...ak berusaha untuk menjadi lebih baik,ak tidak buat perkara2 yang ak tidak mahu orang lain lakukannya ke atas ak...tapi kenapa mesti ada yang cuba mengkhianati ak,tidak jujur dengan ak..apa sebenarnya salah yang telah ak buat untuk dilayan sedemikian rupa..ak tahu,ALLAH tidak akan menguji hamba2Nya jika mereka tidak mampu menghadapinya...ak mampu untuk hadapinya,tetapi sesungguhnya,apabila dilukai,tidak mungkin luka itu akan sembuh sepenuhnya,mungkin akan meninggalkan parut yang mendalam atau retak yang tidak mungkin akan hilang dalam masa yang singkat....

Jika dulu,kita boleh menggunakan ayat,"Ibu/bapa mana yang tak sayangkan anak"..tapi sekarang,boleh dikatakan setiap minggu,atau setiap bulan,ad sahaja kes bayi dibuang...ad sahaja kes bapa rogol anak...dimana terletaknya nilai kemanusiaan kita..sedangkan haiwan yang tidak mempunyai akal boleh menyayangi anak mereka dengan sepenuh hati,inikan pula kita sebagai manusia yang dicipta sebaik2nya oleh ALLAH dan diberikan akal untuk berfikir mana baik dan mana buruknya....setakat mana agaknya jatuhnya akhlak umat manusia zaman ini...

remaja zaman sekarang,bercinta sehingga sanggup menggadaikan harga diri..cinta yang berdasarkan nafsu semata2,bukan dengan keikhlasan hati dan untuk kekal sehingga akhir hayat..apabila sudah mengandung,baru terfikir tentang malu dan aib yang akan dihadapi jika masyarakat mengetahui mengenai kandungan itu..sanggup mereka membuang anak yang tidak berdosa itu semata2 untuk menutup dosa yang telah mereka sendiri lakukan...apabila masalah timbul,mereka mula saling menuduh antara satu sama lain,lelaki mengatakan perempuan yang bersalah sebab menggoda,perempuan mengatakan lelaki yang bersalah sebab tidak menunaikan janji,padahal dua2 bersalah,dua2 tidak berfikir dengan baik,tidak menggunakan otak untuk berfikir tetapi membiarkan nafsu mengawal mereka...

hu,banyak lagi yang nak dikatakan,tapi malas pulak nak taip,sebab ak sendiri pun tengah celaru dalam kepala ni memikirkan benda2 yang dah lepas tu..tengah cuba melupakan tetapi memang agak mustahil nak lupakan sepenuhnya..sampaikan ak dah tak boleh nak kawal amarah ak,senang sangat naik darah sekarang ni..haish,moga2 cepat la sembuh ak ni,huhuuu..mereka kata kepadaku yang ak ni bodoh sebab senang mempercayai seseorang tetapi ak lebih rela menjadi si bodoh yang mempercayai seseorang daripada menjadi si penipu yang bijak memperdayakan orang lain....Ya ALLAH,bantulah hambaMu ini,berikanlah petunjuk dan hidayahMu kepada diriku yang lemah dan hina ini..terangilah hatiku,kuatkanlah keyakinanku,teguhkanlah keimananku..sesungguhnya hanya padaMu ku memohon pertolongan...amin...wassalam...

Adab Membaca AL-Quran~

  • Hendaklah sentiasa suci pada zahir dan batin kerana membaca Al-Quran adalah zikir yang paling afdal(utama) dari segala zikir yang lain.
  • Hendaklah membaca di tempat yang suci dan bersih yang layak dengan kebesaran Yang Maha Agung dan ketinggian Al-Quranul Karim.Para ulamak berpendapat sunat membaca Al-Quran di masjid iaitu tempat yang bersih dan mulia di samping dapat menambah kelebihan pahala-pahala iktiqaf.
  • Hendaklah memakai pakaian yang bersih,cantik dan kemas.
  • Hendaklah bersugi dan membersihkan mulut.Melalui mulut tempat mengeluarkan suara menyebut ayat Al-Quran.
  • Hendaklah melahirkan di dalam ingatan bahawa apabila membaca Al-Quran seolah-olah berhadapan dengan ALLAH dan bacalah dalam keadaan seolah-olah melihat ALLAH S.W.T. walaupun kita tidak dapat melihat ALLAH sesungguhnya ALLAH tetap melihat kita.
  • Hendaklah menjauhkan diri dari ketawa dan bercakap kosong ketika membaca Al-Quran.
  • Jangan bergurau dan bermain-main ketika membaca AL-Quran.
  • Hendaklah berada dalam keadaan yang tenang dan duduk penuh tertib.Jika membaca dalam keadaan berdiri hendaklah atas sebab yang tidak dapat dielakkan adalah harus.
  • Setiap kali memulakan bacaan lebih dahulu hendaklah membaca Istiazah.

Saturday, August 7, 2010

ZINA AKAN BERTERUSAN WALAU PUN DAH DI IJABKABUL~

BACA UNTUK PENGETAHUAN SENDIRI DAN PEDOMAN SEMUA...HIDUP SEBAGAI SEORANG BERNAMA ISLAM JGN BERTERUSAN HIDUP DALAM KEJAHILAN.

Sesungguhnya, permasalahan ini berat. Perhatikan soalan 1 - 5.

Perkahwinan seumpama ini Hari ini memang tersangat biasa kerana keluarga
biasanya memilih jalan ini untuk menutup malu. Bila dapat tahu anak pregnant luar nikah, cepat cepat kahwinkan.

Berdasarkan kenyataan ini, nikah itu TIDAK SAH, maka pasangan itu kelak hidup dalam zina sampai bila-bila... .

Persoalan ini telah diajukan kepada seorang Imam, di mana banyak persoalan lain timbul dari persoalan pokok tersebut. Saya kongsikan bersama anda di sini kerana ianya amat penting:


Soalan 1 : Apakah langkah yang sewajarnya sekiranya seorang gadis belum berkahwin didapati hamil anak luar nikah?

Jawapan 1 : Gadis itu tidak boleh berkahwin sehingga bayi itu dilahirkan.



Soalan 2 : Sekiranya lelaki yang bertanggungjawab itu bersedia mengahwini gadis itu, bolehkah mereka bernikah?

Jawapan 2 : Tidak. Mereka tidak boleh bernikah sehingga bayi itu dilahirkan.


Soalan 3 : Adakah pernikahan itu sah sekiranya mereka berkawin?

Jawapan 3 : Tidak. Pernikahan itu TIDAK SAH. Seorang lelaki tidak boleh mengahwini seorang wanita hamil, walaupun lelaki itu merupakan ayah kepada bayi yang dikandung itu.


Soalan 4 : Sekiranya mereka bernikah, apakah tindakan mereka untuk memperbetulkan keadaan?

Jawapan 4 : Mereka mesti berpisah. Perempuan itu mestilah menunggu sehingga melahirkan, atau sehingga sah dia tidak mengandung, barulah mereka boleh bernikah sekali lagi, secara sah.


Soalan 5 : Bagaimana sekiranya keadaan itu tidak diperbetulkan?

Jawapan 5 : Maka mereka akan hidup di dalam zinakerana pernikahan itu tidak sah



Soalan 6 : Apakah hak seorang anak luar nikah?

Jawapan 6 : Kebanyakan pendapat mengatakan bahawa anak itu TIADA HAK untuk menuntut apa-apa daripada ayahnya.



Soalan 7 : Sekiranya hukum mengatakan lelaki itu bukan ayah kepada anak tersebut, adakah itu bermakna dia bukan mahram kepada anak perempuannya sendiri?

Jawapan 7 : Ya. Dia tidak boleh menjadi mahram.



Soalan 8 : Sekiranya seorang lelaki Muslim Dan seorang wanita Muslim (atau bukan Muslim) ingin bernikah setelah bersekedudukan, apakah tindakan yang sewajarnya?

Jawapan 8 : Mereka mesti tinggal berasingan segera Dan menunggu sehingga perempuan itu haid satu kali sebelum mereka boleh bernikah.



Soalan 9 : Sekiranya saya kenal/tahu seseorang di dalam keadaan ini, apakah saya perlu memberitahu kepadanya, atau lebih baik menjaga tepi kain sendiri?

Jawapan 9 : Anda wajib memberitahu, kerana itu sebahagian tanggungjawab anda sebagai saudaranya. Mereka harus diberi peluang untuk memperbetulkan keadaan mereka, kalau tidak semua keturunan yang lahir dari pernikahan tidak sah itu adalah anak-anak yang tidak sah taraf.



Kesimpulannya: Ibubapa, saudaramara, org2 kampung, tok2 imam, tok2 kadi Dan saksi-saksi yang tahu akan keadaan tersebut tetapi mendiamkan, membiarkan atau membenarkan pernikahan tersebut diteruskan maka mereka juga tidak terlepas daripada menanggung azab Dan seksaan samada didunia atau pun diakhirat... .

Tolong jangan abaikan email ini. Ini merupakan satu perkara yang serious jadi, fahami Dan dalami betul-betul Dan bincanglah dengan Imam/ustaz sekiranya perlu.

Mafhumnya:

Katakanlah: 'Sesungguhnya sembahyangku Dan ibadatku, hidupku Dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara Dan mentadbirkan sekalian alam'.

WAHAI PARA SAHABATKU. .. .INSAFI LAH DIRI.

penulis asal: USTAZ ROSLI ALHAFIZ.

Thursday, August 5, 2010

Fadilat Surah Al-Fatihah~

  • Membaca Fatihah sebanyak sekali mendapat pahala seperti membaca Al-Quran.
  • Membaca Fatihah dalam keadaan berwuduk 70 kali selama 7 hari,kemudian ditiup pada air suci lalu diminum,akan memperolehi ilmu dan hikmah,hatinya dibersihkan daripada kerosakan fikiran.
  • Membaca Fatihah sebanyak 41 kali selama 40 hari di antara sembahyang sunat subuh dan fardhu subuh,kemudian berdoa kepada ALLAH,insyaAllah dimakbulkan.
  • Membaca Fatihah sebanyak 20 kali setiap kali lepas sembahyang fardhu 5 waktu;ALLAH akan meluaskan rezekinya,membaiki akhlaknya,mempermudahkan urusannya,hilanglah kesusahannya,dianugerahkan apa yang diangan-angankan serta mendapat berkat dan kemuliaan.
  • Membaca Fatihah sebanyak 41 kali dapat mengubati sakit mata,sakit gigi,sakit perut dan pelbagai penyakit lain.
  • Menulis Fatihah dengan huruf-huruf terpisah lalu dilebur dengan air suci dan diminum oleh orang sakit,dengan izin ALLAH akan sembuh penyakitnya.
  • Jika ditulis dengan huruf arab pada tempat putih lagi suci dan dihapuskan dengan air dan diberi minum kepada si pelupa,akan hilang sifat pelupanya.
  • Jika membaca Fatihah sebanyak 7 kali pada air dan dicampur sedikit garam lalu diberi minum kepada orang yang digigit kala,insyaAllah akan hilang bisanya(sembuh).

Wednesday, August 4, 2010

Fadilat Ayat Kursi~

Rasulullah S.A.W. pernah bersabda,maksudnya,"Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi,ALLAH S.W.T. hilangkan segala kefakiran di depan matanya."

Rasulullah S.A.W. bersabda lagi,"Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat kemudian berwuduk dan sembahyang sunat 2 rakaat,nescaya ALLAH S.W.T. memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar."

Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara ALLAH S.W.T. sebagaimana Dia memelihara Nabi Muhammad S.A.W.

Mereka yang mengamalkan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan ALLAH S.W.T. daripada gangguan serta hasutan syaitan.

Pengamal ayat Kursi,dengan izin ALLAH S.W.T. akan terhindar daripada pencerobohan pencuri.Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat untuk menyekat pencuri daripada memasuki rumah.

Membaca ayat Kursi akan memberikan keselamatan di dalam perjalanan.

Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, InsyaAllah akan menyebabkan jin dan syaitan terbakar.

Jika berpindah ke rumah baru,eloklah pada malam pertamanya membaca 100 kali ayat Kursi.Dengan izin ALLAH S.W.T. kita sekeluarga terhindar daripada gangguan zahir dan batin.

Friday, July 23, 2010

Noktah Cinta_Hafiz~

Ternyata semua bicaraku
Tersimpan di dalam hatiku
Ternyata semua soalanku
Tak pernah kau fikir di fikiran

Ternyata kau masih
Mencari kepastian dalam cinta
Dan disini masih
Menanti jawapannya

Tuhan tolong nyatakanlah
Padanya tentang cinta
Adakah masih diriku di perlukan

Tuhan tunjukkan padanya
Tentang apa yang ku fikirkan
Adakah cinta ini
Perlu untuk dirinya

Berbicara tentang cinta kita
Masih tiada noktah penghujungnya
Berbicara tentang perasaan
Simpan saja semua itu

Mengapa kau masih
Mencari kepastian dalam cinta
Dan disini masih
Menanti jawapannya

Thursday, July 8, 2010

Adios uniten~

Assalamualaikum..well,kembali lagi meng"update"kan blog ak yang memang jarang di update,haha...macam biasa,kemalasan melanda diri ini sejak kebelakangan ni..banyak benda nak post,tapi lepas fikir2 balik,biar la,baik ak rawat luka dalaman ak ni yang makin parah,nasib baik tak kena masuk hospital bahagia,kalau tak,haruuu,wakaka....

al-kisahnya,seperti tajuk post ak tu,tujuan ak kalii ni nak ucapkan selamat tinggal kepada Uniten,tempat ak belajar,menimba ilmu,berkawan,bersukan dan macam2 lagi..banyak yang ak pelajari sepanjang berada di Uniten...ak keluar dari Uniten pun sebab kesilapan dan kebodohan ak sendiri,walaupun masih diberi peluang untuk sambung di Uniten,tapi lepas fikir sedalam2nya dan amik kira semua faktor dan kejadian2 yang telah berlaku,ak amik keputusan nekad tinggalkan Uniten...banyak sangat kenangan manis semasa berada di Uniten..di Unitenlah ak mula bermain bola,masuk team Valencia,dijemput masuk ke dalam team tu oleh Badran,senior ak kat Uniten..thanks a lot,dan maafkan ak wahai teammate ku sekalian kerana tidak sempat menjalankan tugas sebagai kapten Valencia untuk musim ni,moga Ehwan dapat meneraju Valencia untuk menghadapi Uniten Cup tahun ni,insyaallah...

ramai yang ak kenal sepanjang di uniten,ak minta maaf atas segala salah silap,halalkan makan minum ak,doakan ak sebagaimana ak doakan korang semua...terutamanya kepada yang rapat sangat2 dengan ak,poji,kamal,fare dan sos,thanks a lot korang sebab bagi ak banyak kenangan manis sepanjang kat sana...thanks jugak kepada zaza,gurl pertama ak kenal kat uniten,dan geng2 dia,thanks a lot..semoga ALLAH merahmati kalian..

ak juga nak minta maaf kepada wan dan bali,sebab tak dapat join korang untuk volleyball tahun ni,tapi ak rasa ramai pelapis yang power2,hehe,all the best untuk team volleyball Uniten,chaiyok2,moga dapat pingat lagi tahun ni k..thanks a lot jugak kepada insan2 yang baru ak kenali sebelum ak kuar dari uniten ni,arina,ateeka,azi,noin,azrai,elle dan yang lain2,memang best dapat kenal ngan korang;)

sesungguhnya di Uniten tersangat la banyak kenangan ak masa kat sana,manis ad,pahit pun ada...harap2 ak dapat lupakan semua kenangan pahit tu(walaupun agak impossible),ak nak ingat kenangan manis je,huhuu...mungkin bukan rezeki ak untuk jadi engineer..walaupun dah kuar Uniten,tapi ak dah lama rancang back up plan,tapi tak boleh bagitahu korang semua lagi,sebab dah confirm nanti baru ak nk bagitau korang semua,hohoo...yang ak boleh bagitahu,ak mengejar cita-cita ak yang dah lama terpendam,impian ak sejak kecil lagi..insyaallah,ak takkan lepaskan peluang kali dan dan usaha sebaik yang mungkin untuk gapai impian ak tu...

hurm,banyak lagi nak taip,tapi atas sesuatu sebab,dah jadi malas nak taip banyak2,haha..banyak yang ak rasa masa nak amik keputusan meninggalkan Uniten,sedih ad,marah ad,gembira pun ad,macam rojak la orang kata,huhuu....yang penting,ak doakan semua rakan2 ak dan adik ak kejayaan dan yang terbaik kepada mereka semua...kenang daku dalam doa kalian..insyaallah,kalau panjang umur dan ad rezeki,ak akan pegi melawat korang semua nanti,ak akan usaha pergi jumpa dengan korang,tu pun kalau korang nak jumpa dengan ak la,wahaha=P

well,setakat ni dulu la kot,hehe,wassalam~~:)

Saturday, June 26, 2010

ko memang tak guna la~

Assalamualaikum...well,tujuan post ak kali ini,adalah bertujuan untuk mengutuk seseorang...well,orang yang ak nak kutuk ni,merupakan "bekas kawan" ak,sebab ak dah tak anggap manusia macam dia tu kawan ak..

pertama skali,ak nak cakap,ko memang agak bangsat la,mempermainkan hati dia..ko dah la amik kesempatan ngan perasaan curiga ak ni untuk raih simpati dia,ko memang jenis kasanova la ak agak,sebab ko memang pandai berkata2,menipu dan manis mulut,pakej yang baik untuk jadi seorang kasanova yang berjaya..ko dah hancurkan 2 hati dalam satu masa,so memang totally ak sangat2 marah dan bengang dengan ko,jadi ad baiknya ko jangan biar ak nampak muka ko kat mana2,sebab ak tak janji ak boleh tahan amarah ak macam masa ko datang bilik ak hari tu untuk meminta maaf dengan keadaan yang penuh berpura2..

yang kedua,ak memang menyesal la anggap ko macam adik ak,macam2 ko tipu ak kan,amik kesempatan ke atas ak,apa sebenarnya salah ak kat ko ek bangsat?selama ni ak layan ko macam adik ko sendiri,ajak ko main PES kat bilik ak,sampai laptop ak jadi bengong semata2 main PES ngan ko..bila ko cakap ko stop merekok,ak tumpang gembira,tapi sebenarnya ko hisap rokok senyap2 kat belakang kitorang kan,pandai sial ko berlakon baik depan kitorang,pijak semut pun tak mati,padahal kat belakang,paus biru pun ko pijak2 sampai lunyai kan..

ko memang bernasib baik sebab ak boleh kawal amarah ak hari tu,kalau tak,memang harus ak belasah ko kaw2 sampai ko lunyai...nak datang minta maaf,tapi menipu lagi,ingat ak ni bodoh ke?memang bodoh ak percaya kat ko selama ni..apa doakan kebahagiaan ak,apa dean's list,apa BMW,apa kelas mandarin 4 jam,apa JPA,semuanya dusta kan?kalau betul pointer ko dh dean list,watpe ko keluar uniten?watpe ko apply JPA guna result sekolah ko?bukan result foundation ko dah bagus sangat ke?tolong la,budak tadika pun boleh tahu ko menipu..

ak takkan maafkan ko selagi ko tak insaf...dan ak dah tak anggap ko sebagai adik ak lagi,apatah lagi sebagai kawan...ko memang drama king,sampaikan ak tertipu untuk anggap ko kawan baik ak...ko dah rampas kebahagiaan ak,thanks a lot...harap ko dapat balasan yang setimpal...wassalam~~

Thursday, June 24, 2010

selamat hari bapa~

Assalamualaikum...maybe post ni dh terlewat dari tarikh yang sepatutnya,tapi bagi ak,masih belum terlambat,hohoo~~

Ayah,seorang insan yang setiap insan di dunia ini memilikinya,kecuali Nabi Isa A.S.,yang hanya memiliki ibu,tanda kekuasaan ALLAH S.W.T...Hari Bapa,khas untuk insan yang bergelar bapa,ayah,abah dan mcm2 lagi panggilan yang digunakan,tetapi,janganlah hanya sehari ini sahaja kita meluahkan kasih dan sayang kita kepada ayahanda kita,sepatutnya setiap hari adalah hari bapa,bukannya sehari:)

Aku bertuah dilahirkan ke dunia ini di dalam keluarga yang sederhana,ayah dan ibu yang sentiasa menyayangi ak,sejak dari kecil,sehinggalah ak besar..walaupun ak x ingat apa yang ayah dan ibu dah lakukan kepada ak ketika kecil,tapi dari gambar2 dalam album2 lama itu,sudah menceritakan segala2nya,betapa kalian menyayangi ak ketika ak masih kecil..betapa kalian mendodoikan ak ketika ak ingin tidur,betapa kalian membelai ak dengan penuh kasih dan sayang,betapa kalian menjaga ak ketika ak sakit..sesungguhnya ak tidak mampu membalas segala jasa2 ibu dan ayah..

Ayah,walaupun dirimu tidak selalunya menunjukkan kasih sayangmu secara terang-terangan seperti yang ibu lakukan,tapi ak tahu betapa dirimu menyayangi anak2mu,tidak kurang kasih sayangmu dari kasih sayang yang ibu berikan..walaupun ayah selalu menghukum ak ketika ak masih kecil,tapi itu semuanya untuk kebaikan ak,kalau ayah tidak menghukum ak atas kesalahan2 yang ak telah lakukan,ak tidak mungkin menjadi seperti diriku sekarang,mungkin ak akan hanyut dan tenggelam ke dalam arus keduniaan jika dirimu tidak mencegah diriku dari hanyut ketika kecil dahulu~

Ayah,betapa diri ini berdosa kepadamu setelah ak besar..ak pernah membuatkan ayahku menangis kekecewaan selepas ak nekad keluar dari sekolah berasrama penuh ketika form 1,jutaan kemaafan ku pohon,sesungguhnya ak tidak mampu memenuhi kemahuanmu ketika itu..tapi ak berjaya tebus kembali kesalahanku itu ketika form 4,dengan berjaya masuk ke MRSM Beseri,betapa bercahaya wajahmu dengan kegembiraan ketika itu..tapi sekali lagi ak mengecewakanmu ketika ak masuk ke universiti ini..betapa ak terlalu mengikut perasaan dan hati ini...maafkan anakmu ini wahai ayahku,sesungguhnya ak berjanji tidak akan mengulangi lagi kesilapan seperti ni,memperbodohkan diri ini,akan ku tebus kembali kesilapan ku ini,ku berjanji kepadamu wahai ayahku..

Ayah,betapa kasih dan sayangnya dirimu kepadaku selama ini,jutaan terima kasih,dan kemaafan ku pinta kepadamu..ak akan berusaha sedaya upaya untuk membalas segala jasa2mu sedaya yang termampu..Ya ALLAH,panjangkanlah umur ayah dan ibuku,semoga mereka dapat melihat ak berjaya dalam hidupku di dalam dunia dan akhirat,ampunilah dosa2 mereka Ya ALLAh,sesungguhnya mereka adalah insan yang paling ku kasihi....amin~~

Tuesday, June 22, 2010

PINTAR 2010~~














Assalamualaikum..lama rasanya x update blog ni,ketiadaan mood membataskan diri ini untuk mengupdatekan blog ini~

well,nak citer pasal pintar 2010 yang ak hadiri sebagai fasi di johor...sebagai pembuka bicara,sebenarnya ak memang sket pun xde mood nak pegi pintar tu,seriously,malam sebelum ak gerak g johor tu,mmg ak berkira2 nak balik kelantan terus je..tapi disebabkan ilhami(ketua program) bagi ak tugas untu pegi ke lokasi lebih awal,so ak pun batalkan niat untuk balik tu...ak gerak sehari lebih awal dari fasi2 dan urusetia yang lain,naik kete ak,sebab nak kena pasang banner dan banting kat sana..yang naik skali ngan ak time tu,sos,azrai & tyson,well,diorang mmg happening,sedikit sebanyak membantu ak menghilangkan stress dalam diri ak ni,thanks guys~

kitorang bermalam kat rumah azrai malam tu,thanks a lot kepada azrai dan family atas layanan yang diberikan kepada kami,three thumbs up..dipendekkan citer,keesokannya,kitorang berjaya pasang banting tu kat tiang2 lampu kat kawasan tu,penat siot,haha,tapi dengan adnya 3 org tu,x terasa sangat kepenatan ak tu...masa pasang banting terakhir tu,yang lain2 pun sampai,memang kena pada masanya la...malam tu kitorang wat keje2 persediaan sket & berehat~


esoknya,sampai la masa perasmian,dan ak ditugaskan jaga pintu untuk VVIP dan VIP masuk bersama dengan Dzul,haha,ad jugak Arina ngan Azi sebagai usher kat pintu,x hbs2 gaduh ngan si Arina tu,masuk air betul,haha:p...kemudian,lps perasmian,bermulalah program Pintar..ak ditugaskan menjadi fasi kepada kumpulan 1,dengan nama kumpulan gajah,haha,partner ak plk namanya hafiza,ak panggil fiza je...masa mula2 nak berkenalan tu,dak2 laki memang bising la,dak pompuan plk senyap sunyi je,segan la kot..tp ak ingat la nama adik2 ak tu, shah,shahmi,daniel,azri,damia,fatimah,khatijah,suhaila,iffah dan haiqal..walaupun diorang banyak kerenah,tapi ak memang rasa sangat seronok dapat layan kerenah diorang tu,thanks a lot kepada adik2 dan partner ak,cik fiza...


secara overallnya,program pintar kali ni memang sangat2 ak enjoy,sebab dapat adik2 yang bagus,dan dapat kawan2 baru,macam arina,ateeka,azi,azrai,elle,anis,nora,ain,fiza, dan lain2 lagi(sori ak x dpt nak sebut semua)..korang memang happening la,thanks sebab sudi layan ak yang selalu sangat masuk air sepanjang seminggu tu,terutamanya arina,yang sama2 masuk air dengan ak,haha,....dengan adnya korang dan adik2 tu,memang ak enjoy program pintar,at least ak xde la terasa sedih sangat:)..thanks jugak kepada sos dan faiz yang banyak bagi semangat kat ak,korang memang terbaik la..harap2 dapat jumpa korang lagi sem depan,insyaallah:)

akhir kata,ak nak minta maaf kalau ad tergurau senda yang melampaui batas sampai ad yang terasa dengan ak,halalkan apa2 yang ak terambil secara sengaja atau tidak,salam sayang dari diri ini kepada kamu semua..korang antara pengubat hati ak,thanks a lot..kalau panjang umur,insyaallah kita berjumpa lagi nanti,wassalam~~:)











Thursday, June 10, 2010

The Answer that i get after waiting for it~

salam..haha,xde pape sangat nk post sebenarnya,dh lama x post,sebab xde rasa nk post pape sebelum ni...tapi banyak sangat benda yang berlaku dalam hidup ak dalam masa yang terdekat ni...kejadian2 yang betul2 menguji tahap kesabaran dan tahap kewarasan ak...sesungguhnya,ak makin x memahami maksud "cinta" itu yang sebenarnya..apa itu "cinta",apa itu "persahabatan"....

selama ak hidup ni,yang ak selalu dengar,dua benda tu boleh wat orang bahagia,boleh wat orang hepi,boleh wat orang tersenyum..tapi kenapa ek apa yang ak alami x pernah sama dengan apa yang orang lain alami?kenapa ek setiap kali bila ak rasa ak dah jumpa kebahagiaan ak,setiap kali tu lah "kebahagiaan" itu meragut senyuman ak,meragut kegembiraan ak...ak makin x memahami hati dan perasaan orang2 zaman moden ni..yup,ak dah tua,ak akui,tapi ak rasa ak dah berada dalam dunia yang sangat2 asing bagi ak sekarang..dulu,zaman ak dulu,kawan2 lah tempat kita nak bergantung..tapi,sekarang,kawan2lah benda yang paling kita dah tak boleh nak percaya(walaupun tak semua)...

selama ni ak selalu bagi nasihat kat kawan2 ak,selalu dengar apa masalah2 diorang,tapi bila ak sendiri yang terkena,hahaha,ak xtau nak buat apa...semua perasaan ad,bercampur gaul,dah jadi rojak pun ad ak rasa....kenapa ek kejujuran macam dah tak wujud dalam dunia ni?kenapa ek penipuan seolah2 dah jadi budaya hidup masyarakat zaman sekarang?kenapa ek?setiap kali ak fikir benda2 ni,makin ak x faham...

ak xtau apa la salah ak dengan diorang kan...maybe ak ni jahat kot?deserve to be treat like that..well,ak akui mmg diri ak x sempurna pun,makacih la ek kamu2 semua,menyedarkan ak yang ak ni makhluk yang x sempurna...maybe kat dahi ak ni dah ad cop,"sila la wat pape yang anda suka kat saya,nak pijak ke,nak hancurkan hati dan perasaan ke,asalkan anda gembira" yang mana ak x nampak(sbb kat dahi,mcmn nk tgk) dan mereka2 ini nampak..

dua kali benda yang sama berlaku dalam hidup ak..kenapa ek?luka lama berdarah kembali,jadi makin dalam lukanya..ak kena jadi manusia yang macamana ek baru ak x alami semua benda2 ni?haruskah ak berubah?haruskah ak amik tindakan drastik?kalau bukan sebab ak belajar agama time sekolah dulu,maybe ak dah gila kot masa mula2 dapat tau semua kebenaran tu..

papepun,nak rehatkan minda jap,dah xleh nk fikir balik,teringat kat someone la plk,haish....papepun,harap bahagia la ye,ak doakan yang terbaik la..jangan masing2 tipu sama tipu sudeyh...if i ever know that you make her cry,you betrayed her,i'll search for you,and i'm gonna kick your f**king ass,mark my words..wassalam~

Monday, May 17, 2010

mythbuster~

salam..hoho,nak citer pasal salah satu rancangan feveret ak dalam astro,"mythbuster"..rancangan ni pasal diorang uji mitos2 dan kesan2 khas dalam muvi2 samada benar2 boleh berlaku atau tidak..

so dalam hari ni punya episod,dia uji pasal kebakaran dapur,peluru meriam dari keju,dan letupkan bom(C4) dalam microwave dalam masa 60 saat seperti dalam muvi...well,untuk kebakaran dapur tu,dia uji samada betul ke tak kalau kita guna air untuk padamkan periuk yang ad minyak yang tengah terbakar tu akan membuatkan api tu makin marak atau tak..well,suprisingly,memang betul,jangan gunakan air untuk padamkan periuk yang tengah terbakar dengan minyak di dalamnya menggunakan air sebab api akan marak secara tiba2 disebabkan minyak yang sangat panas tu mengewapkan air lalu menyebabkan ianya terbakar sekali dan memarakkan api tersebut,so kalau nak padamkan periuk yang tengah terbakar,sila gunakan pemadam api k...

untuk peluru meriam dari keju tu,mitos dari zaman dahulu,di mana tentera british terpaksa guna keju sebagai peluru meriam sebab peluru dah habis,so diorang pun uji la mitos tu..diorang gunakan 3 jenis keju,yang ak tak ingat nama2nya,haha,well,salah satu dari keju tu memang sesuai untuk jadi peluru meriam,sebab boleh menembusi kain layar kapal,yang dua lagi tu,hancur sebelum kena sasaran~so,jangan main2 dengan makanan,hohoo~~

untuk letupkan C4 dalam microwave tu,dia nak uji samada betul tak letak bom dalam microwave dan set selama 60 saat boleh meletupkan bom tu atau tak,seperti dalam filem2 omputeh..selepas diuji,bom tu meletup tak sampai 3 saat pun,so mitos muvi tu tak logik la,sebab kalau 3 saat,sekali dengan hero tu mati kena letupkan,x sempat nak lari pun,huhuu~~~

well,tu je la kot,rancangan2 macam ni bagi sesetengah orang mungkin membosankan,tapi bagi ak,ad baiknya tengok benda2 macam ni,sebab at least ad jugak pengetahuan2 yang kita boleh belajar kan,ilmu datang dalam berbagai bentuk,tak semestinya kita belajar kat sekolah baru dapat ilmu,tapi melalui pengalaman dan keadaan sekeliling kita juga boleh mengajar kita banyak perkara~~setakat tu je la dulu kot,hehe,sekian,wassalam:)

i'm sorry

Assalamualaikum~well,ak post ni,nak betulkan salah faham dalam post ak yang sebelum ni,unspoken words tu.....well,ak tuju post tu untuk kawan ak masa kat matrik dulu,sekali ad yang lain yang terasa pulak,adei,sori2,nak wat macamana,takkan ak nak letak nama dalam post ak kan,ak still jaga kehormatan orang tu,jaga hati orang tu walaupun dia tak jaga hati ak~so di sini,ak nak minta maaf sangat2 la kalau ad sesape yang terasa hati dengan post ak yang sebelum ni...ak pun baru start ber blog,so insyaallah ak akan tingkatkan skill ber blog ak supaya apa yang ak nak sampaikan tu tak disalah anggap lagi dan tak ad salah faham lagi~~so,maaf atas segala salah faham yang berlaku,wassalam~

Sunday, May 16, 2010

unspoken words~~

salam....well,post saja2 je sebenarnya ni~~ak rasa harus ak post la kali ni,kalau dok simpan dalam hati lama2 nanti,jadi catalyst untuk kemarahan pulak nanti kan~

so,dalam hidup ni,kita jumpa macam2 jenis manusia la kan,ad yang baik,ad yang kurang baik,biasa la,kita semua ad kekurangannya yang tersendiri,ak sendiri pun tak sempurna,ak akui...kawan,biasanya indah,bila hang out sama2,borak2,kongsi macam2~~tapi hidup ni macam roda,kita akan jumpa jugak kawan yang perangai macam bulls**t,at least once in a lifetime~tapi kalau difikirkan,ad jugak hikmahnya jumpa manusia macam tu,boleh train anger management dan tingkatkan tahap kesabaran kita kan~sesungguhnya,agak sakit la juga kalau bila kita tiba2 tahu yang kawan kita tipu kita selama ni dalam macam2 hal,sebarkan aib pasal kita,tikam kita dari belakang,kutuk kita kat belakang kita,sampaikan sesetengah orang pun terpengaruh & kutuk kita jugak,kawan yang kita dah anggap macam adik kita sendiri kan,macam agak terasa nak meletup juga la masa mula2 tahu~

Tapi alhamdulillah la,tahap kesabaran ak dah meningkat sekarang,kalau ak yang dulu,mungkin ak dah belasah sampai lunyai kot,alhamdulillah la,segala cabaran yang ak hadapi selama ni,mengajar ak erti kesabaran~~well,nak wat macaman kan,nama pun kawan,selagi ak boleh tahan,selagi tu la ak anggap dia kawan ak~~berani kerana benar,takut kerana salah....well,ad betul jugak kata2 pepatah tu kan,kita boleh tengok la bila ad orang buat salah dengan kita,diorang akan takut nak pandang kita,seolah2 ad menyembunyikan sesuatu~~tapi ALLAH maha berkuasa,sepandai2 tupai melompat,jatuh ke tanah juga kan~tapi,walaupun ak diam,tak bermakna selama2nya ak boleh bersabar,jangan sampai melepasi tahap kesabaran ak sudah,kalau tak,pandai2 la tanggung nanti....renung2kan,selagi ad kesabaran,selagi tidak melampaui batas,ak takkan berpatah arang..wassalam~

Saturday, May 8, 2010

Masya'Allah~~

Assalamualaikum. ..
buat santapan sahabat semua..
Moga dapat manfaat dari apa yang dibaca dan moga kita termasuk kedalam golongan yang disayangiNYA...Aminnnnnn

Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat tu, adalah dosa besar,dan malahan lebih hina drpd khinzir..Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat spt yg dikisahkan pd zaman NabiMusa A.S

Begini kisahnya... pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yg sudah berumahtangga , dia tak de zuriat lalu, terdetik dlm hati dia (nazar), "kalau aku dpt anak, aku akan minum air kencing anjing hitam." Nak dijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak. Bila dah dpt anak, laki ni pun runsinglah.. . Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam.

Syariat pd zaman Nabi Musa berbeza dgn syariat yg turun utk umat Nabi Muhammad. kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yg haram, maka tak payah buat, tapi kena denda(dam) atau sedekah.. Tapi, kalau zaman Nabi Musa, brgsiapa bernazar, walaupun haram,tetap kena laksanakan nazar tu..lalu, si lelaki yg dapat anak tu, dgn susah hatinya, pun pegilah bertemu dgn Nabi-Allah Musa.. Dan menceritakan apa yg terjadi ke atas dirinya..lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu xpayah minum air kencing anjing hitam, tapi akan minum air yg lebih hina dr air kencing anjing hitam.

Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut utk pergi menadah air yg jatuh dr bumbung rumah orang yg meninggalkan sembahyang dan minum air tu. lalu, lelaki tu pun senang hati, menjalankan apa yg diperintahkan oleh Nabi
Musa tadi...

Lihat.. betapa hinanya org yg meninggalkan solat, sampai dikatakan air yg jatuh dr bumbung rumah dia, lbh hina dr air kencing anjing hitam.. Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi.. Menyentuh bab air
tangan ni, selalu kita suka makan masakan ibu, isteri kita. Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah solat, sbb kalau meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan,
nasi, dsb..anak-anak, suami pulak yg akan makan makanan yg dimasak. takkan nak biarkan suami & anak2 gelap hati minum air tangan org tinggalkan solat..tak gamakkan? tapi.. lain pulak halnya dgn kita ni..
pagi petang..

mamak!! teh tarik satu, roti canai satu.. ada pulak segelintir tukang masak yg tak solat.. kita pun makan bekas air tangan dia...gelaplah hati kita.. sbb tu liat nak buat keja2 yg baik. beware apa yg kita makan... betapa beratnya amalan solat ni, hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra' Mikraj, sedangkan kewajipan2 lain memadai diutus melalui Jibril a. s.

Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kpd Saidina Ali (& utk umat Islam) , "As-solah as Solah wa amalakat aimanukum." maknanya,"Solat, solat jgn sekali kamu abaikan dan peliharalah org2 yg lemah di bawah tanggunganmu.

" jadi, sama2lah kita pelihara solat kita, dr segi zahir & batinnya, kerana amalan solatlah amalan yg mula2 akan ditimbang di neraca Mizan kelak~~~~

wassalam~~

Saturday, April 24, 2010

cuti2 malaysia~

salam~lama x post,hoho~internet kat rumah mcm hampeh,so x dapat nak post selalu,ni pun nasib baik internet rumah makcik kamal laju,huhu~

wokeh,nak citer sket je,hari jumaat lepas bertolak dari rumah,sampai KL dalam pkl 10 malam,pastu tido dalam kete,wahaha,first time tido dalam kete,not bad la~pastu esoknya,bertolak ke johor,pegi rumah poji,abang dia kawen,pegi dua kete,kete ak sebuah~ingatkan dekat je johor,rupa2nya jauh jugak,adess,nasib baik la bawak secara berhemah(dalam 140-160 km/h),haha~

stop kat R&R kawasan johor,minum2 jap,pastu sambung balik perjalanan,dan dengan bantuan dari peta yang yana bagi("sangat2 membantu"),kami pun sampai la kat rumah poji~first thing,cari tandas,haha,pastu baru makan~ak makan sate je,x rasa nak makan banyak~after pengantin dah sampai,dah salam2 semua,kami pun gerak la,pegi rumah yana pulak,dia ajak makan,so pegi je la~sampai rumah dia,makan pulut kuning dengan rendang,solat,pastu layan citer cina jap~

skali dah lewat,ak pun ajak la diorang gerak,jauh tu nak balik,nak tengak MU lawan lagi,haha~pastu bertolak balik,macam biasa,bawa secara berhemah,haha~sampai kat niai dalam pkl 7.20,solat,pastu terus gerak pegi 15(maple)~time tu dah 10 minit match start,dengan penatnya,tengok jugak match tu dengan semangat,haha~nasib baik la MU menang,berbaloi la dengan kepenatan ak tu~3-1 beb,puas hati jerit,haha,lepas la jugak tension tu~after that,balik uniten anta d33n ngan nipa,ingat nak tido dalam kete lagi,tapi kamal x bagi,so tinggal kete kat amanah,naik kete kamal pegi rumah makcik dia,hohoo,tapi esoknya kena tido dalam kete balik la sbb kamal dh blk shah alam nnt~insyaallah,isnin tengahari gerak balik rumah~moga perjalanan dilindungi ALLAH nanti,amin~tu je la kot,walaupun x berapa detail kali ni post ak,tapi at least post jugak kan,ngeh3~tu je la kot setakat ni~imy~wassalam~

Thursday, April 15, 2010

Jangan~~

Jangan sengaja lewatkan solat.
Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita.


Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.

Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan.


Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.


Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).


Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.


Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam perjalanan.


Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.


Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.


Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.


Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.


Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.


Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.


Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.



Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.


Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.


Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.



Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.



Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan kita.




ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.

'Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun'
(Sabda Rasulullah SAW)



'Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.'



Friday, March 26, 2010

Satu Pergi,Seribu Datang??


Salam~~tetiba tergerak hati nak post pasal benda ni hari ni,semua sebab kata2 dari seorang kawan tadi,"xpe sorang pegi,seribu mari nanti"~~serius ak x setuju dengan kata2 dia tu,& ak turut terasa sedikit marah la dengan statement dia,sebab bagi ak kata2 tu x patut wujud pun dalam dunia ni~

kata2 tu seolah2 menghina perkataan "sayang" dan "cinta"~sebab kalau ayat tu diungkapkan,seolah2 kita x pernah serius dalam perhubungan kita~rasa sayang yang diungkapkan hanyalah sekadar ungkapan dari mulut sahaja,tetapi tidak ikhlas dan tulus dari hati~seolah2 mereka hanya ber-couple untuk suka2 sahaja,hanya untuk mengisi masa lapang,sebab bagi ak,kalau la ad rezeki ak dapat awek,memang ak akan stay sampai ke jinjang pelamin~

maybe zaman sekarang anak2 muda terlalu dihidangkan dengan cara hidup atau gaya hidup cara barat,sehinggakan pemikiran mereka pun terlalu kebaratan~adakah sehingga cara hidup mereka pun kita nak tiru?selalu bertukar2 pasangan?tidak setia?tidak jujur dengan pasangan masing2?apabila ungkapan sayang itu diungkapkan,seharusnya ia tulus dan ikhlas dari hati,serius dan bukan main2~

apabila sayang itu muncul dalam hati ini,peganglah ia dengan sekuat2nya,jangan biarkan ia terlepas,sebab ak sendiri pernah mengalami keadaan itu dulu~serius,sakitnya sangat dahsyat,sebab bukan mudah untuk ak menyayangi seseorang,ak jenis setia pada yang satu(kalau xnak percaya xpe,it's ok)~ak ditinggalkan oleh si dia,betapa selama itu ak sayang dia,ak jaga dia,ak x faham kenapa dia dengan senangnya tinggalkan ak,ak ad wat salah ke,ak ad sakitkan hati dia ke?seribu 1 soalan menerjah pemikiran ak ketika itu~

ak memerlukan setengah tahun untuk hilangkan rindu ak kepada dia,setahun untuk menerima pemergian dia~selama itu ak menderita~adakah tidak cukup kejujuran dan keikhlasan dalam perhubungan?serius,hancur lebur hati ak masa tu,ak memang kecewa giler babeng la masa tu~sebab tu ak bengang bila perkataan "xpe sorang pegi,seribu mari nanti",seolah2 prinsip hidup ak ni salah selama ni~


ades,makin melalut pulak,huhuu~~sket je lagi,jadi bagi sahabatku itu,jangan la sekali2 ko ungkapkan ayat tu lagi~jangan sampai ko yang terkena baru ko nak menyesal~kalau dah ad tu,jujur dan sayangilah pasangan anda,terima dia seadanya,baik buruk dia,terima seadanya,jangan sampai sudah kehilangan dan terasa pedihnya baru nak menyesal~~jujur,ikhlas,sayang,percaya antara satu sama lain,itu antara foundation untuk kekal lama,dan insyaallah sampai ke akhir hayat~

teringat lirik lagu DeHearty,"Dialah Permata Yang Dicari~Selama Ini,Baru Ku Temui~Tapi Ku Tak Pasti,Rencana Illahi~Apakah Dia Kan Ku Miliki~Ya ALLAH,Jika Dia Benar Untukku~Dekatkanlah Hatinya Dengan Hatiku~Jika Dia Bukan Milikku~Damaikanlah hatiku Dengan KetentuanMu~~"

Insyaallah,jangan berputus asa~~

Setakat ni la dulu kot,sekadar luahan hati terhadap apa yang diungkapkan oleh sahabatku itu dan dari dalam hati ini sendiri~Wassalam~~