BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Friday, October 22, 2010

Rasulullah SAW Menangis Kerana Bimbangkan Kita Di Akhirat Sana~

video


Assalamualaikum dan salam perpaduan...well,post kali ni,just nak kongsi video ni je...sedih sangat2 bila tengok dan hayati video ni,huhu,moga dapat dijadikan iktibar buat yang menonton video ni nanti,Subhanallah...Moga ALLAH SWT berikan kita petunjuk dan hidayahNya kepada kita,semoga diteguhkan keimanan kita terhadapNya...sama-samalah kita berusaha mengingati Rasulullah SAW supaya mendapat syafaatnya di akhirat sana nanti,insyaAllah~

Tuesday, October 19, 2010

Not Ok But Better~

Assalamualaikum dan salam perpaduan..tetiba je rasa nak update blog ni sambil2 tengok CSI Miami,hehe,one of my favourite show..Well,berkenaan dengan tajuk post tu,berkaitan ngan diri ak sendiri la..

Hu,kalau nak diikutkan,sebenarnya ak ni tak berapa nak sembuh lagi,tapi ok la sket kalau nak dibandingkan dengan 2-3 bulan lepas kan.jiwa dah tak kacau sangat,fikiran pun dah makin tenang,amarah pun dah makin kurang,alhamdulillah la,syukur kepada ALLAH,walaupun ak masih teringat kat dia dan perasaan tu masih ad,tapi nak buat macamana,at least dah kurang dah sakit tu,sekurang2nya dah mampu tersenyum dengan ikhlas dah,hehe..

Hu,pasal nak sambung belajar tu,sepatutnya bertolak pergi sana 23 Nov,tapi atas sebab2 tertentu dan masalah kewangan sket(loan tak lulus lagi),terpaksa la tunda dulu tarikh tu,maybe dalam bulan Disember or selewat2nya bulan Januari ni..well,better late than never rite?

Hu,setakat tu je la dulu kot..sebelum tu,nak ucap selamat maju jaya kepada rakan2ku dan adikku yang akan menghadapi final exam minggu depan,all the best,wat yang terbaik,doaku bersama kalian,moga kalian berjaya di dunia dan akhirat.dan kepada insan tersebut,yang masih dan sentiasa diingati,buat yang terbaik,moga mendapat result yang mantap,saya doakan yang terbaik untuk awak..wassalam~

p/s:kepada kawan ak yang sorang tu,ak tak kata apa yang ko nasihatkan ak tu salah,but i'm not that type of person...bukan senang k,bukan macam pakaian,boleh tukar sesuka hati dan bila2 masa je..papepun,thanks la for ur advice,really appreciate it:)

Thursday, October 14, 2010

Graduasi Adikku & Perginya Nenekku Buat Selama-lamanya~

Assalamualaikum dan salam perpaduan diucapkan...lama rasanya tak update blog ni..untuk post kali ni,nak cerita pasal benda happy dan benda yang tak happy...First,benda yang happy,adikku yang no. 2,Fadzil,dah selamat menjalani Majlis Konvokesyennya di Universiti Malaysia Sarawak(UNIMAS) pada ahad lepas(10/10/10) dan dengan rasminya telah bergelar seorang graduan yang memiliki segulung ijazah,tahniah diucapkan kepada adikku.

Kami sekeluarga bertolak ke Sarawak pada hari Sabtu(9/10/10) pada waktu pagi dari lapangan terbang Kota Bharu,kira2 pukul 9 pagi dengan menaiki penerbangan AirAsia...Kami sekeluarga(9 orang) dengan Nenekku 2 orang dan Datukku tiba di LCCT lebih kurang dalam pukul 10 pagi.Kemudian,pada pukul 11.45 pagi,kami menaiki penerbangan AirAsia menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching.Kami tiba di Kuching lebih kurang pada pukul 2 lebih,disambut oleh kawan ibuku.Kami bermalam di guest house di Gita kalau tak silap nama tempat tu.erm,itu sedikit sebanyak citer masa kitorang di Sarawak,malas nak citer banyak2 sebenarnya.

Berita yang kurang baik tu pulak,semalam,hari Khamis,nenekku meninggal dunia dalam lebih kurang antara pukul 4-4.30 pagi,meninggal ketika tidur.Agak terkejut la sebab sebelum ni dia arwah sihat je,tapi itu la kuasa Allah,kita takkan tahu bila kita akan meninggal.Alhamdulillah,segala proses pengurusan jenazah berjalan dengan lancar dan tanpa masalah,jenazah selamat dikebumikan lebih kurang dalam pukul 2.30 petang.Hampir semua ahli keluargaku balik,kecuali 2 orang adikku,yang di Sarawak dan di bangi,kerana tidak sempat dan mempunyai urusan2 yang tertentu.

hu,banyak jasa yang telah arwah lakukan kepadaku dan keluargaku.Dialah yang mengajarku membaca Al-Quran,dialah yang mengajarku bagaimana untuk bersolat,dialah yang selalu menceritakan kisah2 nabi kepadaku ketikaku kecil,dan banyak lagi.Semoga ALLAH menempatkan arwah dikalangan orang2 yag beriman dan mendapat syafaat di akhirat kelak.Semoga ALLAH mengampunkan dosa2nya,..Ya ALLAH,semoga roh nenekku tenang di alam kubur sana,ampunilah dosa2nya,tempatkanlah dia di kalangan orang2 yang beriman kepadaMu Ya ALLAH...

hu,ak rasa setakat ni je la kot post ak untuk kali ini...wassalam~