BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, September 30, 2012

orientasi intake september sesi 2012/2013


semua fasilitator uniten intake september 12/13

Assalamualaikum dan salam perpaduan..pergh,dah berhabuk dah blog ak ni,lama sangat tak update,haha.ok,kali ni nak update pasal ak jadi fasi untuk intake september sesi 2012/2013 uniten muadzam shah.first time ak jadi fasi sepanjang duduk kat sini,banyak pengalaman dan perkara yang ak alami sepanjang induksi dan orientasi kali ni.


untuk induksi,biasa2 je,penat pun ada,sebab jadual training pack,dah la pukul 6 dah kena bangun,haha,tapi takpe,sebab makanan dia provide sangat sedap,puas hati beb makan banyak,haha.lupa pulak,first time jadi fasi,n dah diberi jawatan yang sangat berat iaitu penolong ketua fasi,dah la takde pengalaman,mula2 dapat tau tu bajet diorang wat lawak,rupa2nya betul,adei,melepas nak pegang group masa orientasi.walau macamanapun,ak still cuba wat yang terbaik amanah yang telah diberikan tu.

24 habi bersamaan dengan hari isnin,pendaftaran pelajar baru bermula dan ak ditugaskan untuk menjaga ilmiah.for your information,ilmiah tu penempatan untuk student wanita SAHAJA,haha,ak dengan sahabat ak faliq je lelaki yang jaga kat situ.tapi hari tu kitorang dapat kejutan,awal2 kitorang diberitahu student yang masuk 150 sahaja,tetiba hari tu jadi 250,pergh,memang kelam kabut la.walaupun banyak masalah yang berlaku,alhamdulillah la settle la jugak pendaftaran budak2 baru tu.

sebahagian fasi2 lelaki yang katang2,haha
maka bermula la orientasi untuk pelajar2 baru.ingatkan induksi dah bangun awal,orientasi lagi awal rupanya,tido pukul 12@1,pukul 4 pagi dah bangun,haha.sepanjang orientasi banyak kali jugak la ak kena duduk kat depan sbb kena iring vip,tapi serius bosan duduk kat depan,mengantuk pulak tu,memang selalu la ak tertido,haha.lepas tu time LDK ak hanya mampu memerhati,sebab xde group,sob3.

papepun,secara overall,ak enjoy la jadi fasi untuk intake kali ni,dapat kenal ramai orang,kenal dengan pihak atasan uniten dan belajar macamana nak handle program.memang banyak benefit la kalau jadi fasi ni,insyaAllah kalau ad rezeki jadi fasi lagi nanti.rasanya setakat tu je kot entry kali ni,sekian,wassalam~=)

Sunday, April 29, 2012

Bersih 3.0

Assalamualaikum dan salam perpaduan..huiyo,lama betul tak update blog ni kan,huhuu,sori2,sebab takde mood nak update blog,tapi kali ni terpanggil untuk update sebab perkara yang berlaku semalam,iaitu Bersih 3.0.seperti yang dijangka,banyak kontroversi dan kejadian2 yang tak diingini berlaku sepanjang demonstrasi dijalankan. walaupun ak tak pergi,tapi dengan kecanggihan teknologi zaman sekarang,dapat je tau perkembangan semasa.

ok,ni hanyalah pendapat ak,so kalau korang tak setuju,ak minta maaf la ye,sebab ni pendapat ak,bukan pendapat korang,huahuahua...first of all,yang ak tau,perhimpunan tu sebenarnya berjalan dengan lancar dari tengahari sampai la dekat2 nak masuk waktu asar,takde masalah yang berlaku,tiada provokasi antara pihak yang berdemonstrasi dengan pihak yang mengawal tempat tu.sebenarnya demonstrasi tu boleh dikatakan berjaya,tapi bila nak sampai ke penamatnya,tiba2 kekecohan berlaku.bermula dari situ la keganasan2 berlaku dan perang antara pihak Bersih dengan pihak polis,insiden2 yang tak diingini berlaku,masing2 mula mengambil video untuk dijadikan bukti.

persoalannya,macamana demonstrasi yang telah berlangsung selama berjam2 tanpa sebarang masalah,tiba2 dilanda kekecohan pada ketika waktu penamatnya semakin hampir?ada korang semua fikir benda tu?ak tak tau la samada pihak bersih atau pihak polis yang mulakan dulu,so ak no komen part tu,tapi ak panas la jugak bila baca post2 dalam facebook dengan twitter tu,ak tak kisah pun korang nak sokong pihak mana,memang la korang nak menangkan pihak korang kan,tapi jagalah sket adab dan tingkah laku tu bila komen2,tak payah la nak lebih2 sangat.dengan selambanya korang mem"binatang"kan manusia2 yang sama spesis dengan korang tu,lupa ke yang korang tu sama spesis dengan diorang?kalau diorang tu korang panggil binatang,korang pun sama la jugak kan?

pastu satu part lagi yang sangat2 la membuatkan ak sakit hati,yang part bila dikatakan ada mangsa yang terbunuh.memang la masih belum ada kesahihan atau diconfirmkan berita tu,tapi perlu ke korang gelakkan,menghina dan mencaci si mati?agama kita ada ajar ke kita wat perangai macam tu?sepanjang ak hidup ni,tak pernah pun ak belajar agama kita suruh wat macam tu?kata Islam,melayu,tapi kelakuan korang tu sket pun tak mencerminkan agama dan budaya korang.salah ke kalau kata yang berita tu tak betul ke,masih belum ada kesahihan ke,ni tak,dah la kutuk dengan hina,siap kata padan muka lagi,apa tu?

polis hanya menjalankan tugas diorang untuk mengawal keadaan,betul tu,dan pendemonstrasi juga menjalankan tanggungjawab mereka,untuk menegakkan keadilan.bagi ak,apa yang dituntut dalam Bersih tu sangat la wajar dan sememangnya wajib diguna pakai untuk ketelusan dalam sistem pilihanraya nanti.bukankah ketika Bersih 2.0 dulu pun,mereka dah kata,kalau kerajaan amik tindakan dan tunaikan permintaan mereka tu,takkan berlakunya Bersih 3.0.kalau kerajaan masih tak buat apa2,tidak mustahil Bersih 4.0 akan berlaku.mungkin korang rasa macam ak ni sokong pembangkang kan,tapi apa yang mereka minta tu tak dinafikan lagi kebenarannya,apa salahnya kalau kerajaan buat apa yang mereka tuntut tu?kalau betul la ramai rakyat yang sokong kerajaan,mereka tidak perlu takut untuk melaksanakan perkara yang dituntut tersebut.

ok la,ak rasa setakat tu je la kot post ak untuk kali ni,ada banyak lagi nak taip sebenanrnya,tapi ayat tu tak terkeluar dari kepala ak,haha,takpe2,nanti kalau ada idea lagi ak post k.Moga pilihanraya kali ni dapat dijalankan dengan telus dan jujur.maaf jika ada salah dan silap.wassalam~=)

Wednesday, February 8, 2012

cara menjawab ketika mengajak ke arah kebaikan~

Assalamualaikum dan salam perpaduan..tengah dok rilek2 tadi,teringat pulak ceramah ustaz ak masa kat matrik melaka dulu..walaupun x banyak yang ak ingat,ak rasa ok la untuk kongsi ngan korang semua kan..

ok,jawapan2 biasa yang kita dengar bila kita ajak orang nak buat baik,bila kita tegur bila seseorang tu wat kesalahan n macam2 lagi,kebiasaannya mereka akan jawab,"apasal pulak ko nak sibuk jaga tepi kain ak,kubur lain2 kot,x payah nak sibuk masuk campur hal ak",xpun "aisey,x sampai seru lagi la,slow2 la berubah" n macam2 lagi la jawapan mereka kan.

ok,secara logiknya kan,kita fikir,memang la kubur kita lain2,tapi sebab kubur kita lain2 la orang nak ajak kita ke arah kebaikan,sebab bila dah mati,dah masuk dalam kubur,memang dah xleh nak tolong dah,korang jerit la sekuat manapun,merayu la sampai xde suara pun,xde sape dah yang boleh tolong,sebab tu la nak tolong time hidup ni,supaya tak terseksa masa dalam kubur nanti.lagi 1,bila kita mati nanti,orang lain jugak yang tolong mandikan,tolongkafankan,tolong solatkan dan tolong kebumikan,bukannya korang sendiri2 masuk dalam kubur tu,jadi tak payah la nak jawab kubur lain2 lagi k?

lagi 1,x sampai seru lagi ek,boleh je nak tunggu seru tu sampai,ataupun dengan nama lainnya hidayah tu datang untuk korang berubah,nak berubah slow2 pun boleh,tapi fikir la kan,bila malaikat maut datang nanti,boleh kita minta tangguh masa kematian kita?boleh kita minta malaikat maut slow2 nak amik nyawa kita?slow2 berubah pun ok,tapi takut x sempat berubah nyawa dah dicabut macamana pulak kan?

ak sendiri pun xde la baik manapun,tapi sentiasa la mencuba untuk ke arah kebaikan tu,cuba menjauhkan diri dari perkara2 yang batil tu.kadang2 bila teringat balik zaman kecik2 dulu,zaman sekolah2 dulu,perwatakan dan peribadi orang2 pada masa tu sangat la berbeza dengan zaman sekarang..zaman dulu maksiat x berleluasa,keselamatan pun terjaga,walaupun x kunci rumah pun still rasa selamat lagi,zaman sekarang,pintu dah pasang kunci brlapis2,tingkap dah pasang grill,still rasa x selamat lagi.betapa berbezanya orang2 zaman dulu dengan orang2 zaman sekarang..sangat rindu untuk kembali ke zaman kecil dahulu,masa kebaikan tu lebih banyak dari keburukan.

sekian je la untuk post kali ni,kalau ada salah dan silap,minta betulkan,saya sendiri pun budak yang masih belajar lagi..sekian,wassalam~

Sunday, February 5, 2012

cara nak makan mee segera~

Assalamualaikum dan salam perpaduan..well,post kali ni berkaitan ngan mee segera,makanan yang popular di kalangan student,orang2 bujang dan pekerja2 yang xde masa nak masak sendiri,termasuk la ak sendiri,haha.sebenarnya,mee segera ni xde khasiat pun,mak ak pun xde la menggalakkan ak makan mee segera,tapi nak wat macamana kan,dah terpaksa.


ok,berkenaan dengan mee segera ni,dah la xde khasiat,kandungan MSG pun tinggi,so kalau nak makan tu,jangan la selalu sangat k,sbb ia akan memudaratkan tubuh badan kita untuk jangka masa yang lama.selain tu,selepas makan megi tu,digalakkan untuk minum air masak,diulangi,air masak sebanyak yang mungkin,untuk mengelakkan dari buah pinggang kita rosak disebaban oleh perencah mee segera tersebut.

selain tu,mee segera tu jugak mengandungi lilin atau wax yang sangat banyak,itu la sebabnya mee tu tahan lama,sebab diawetkan dengan lilin.badan kita ni amik masa yang lama untuk digest atau hadam lilin tu,around 4-5 days if i'm not mistaken.so,cara ak untuk kurangkan kandungan lilin tu,korang rendam dulu mee tu dalam air panas,bagi dia lembut dulu,pastu korang boleh tengok sendiri air tu berubah warna,boleh nampak lilin tu dalam air tu,so lepas tu korang toskan mee tu,buangkan air yang mengandungi lilin tu,pastu bilas ngan air yang bersih,untuk bersihkan sisa2 lilin tu,pastu baru la korang rendam dalam air panas skali lagi atau masak mee tu skali lagi dan campurkan dengan perencah,lagi bagus kalau campur dengan telur dan sayur2,ada la jugak khasiatnya kan.

walaupun cara ni tak menjamin yang lilin tu hilang 100%,tp sekurang2nya kandungan lilin tu dapat kita kurangkan,at least risiko untuk penyakit tu dapat la dikurangkan.semoga apa yang ak kongsikan ni dapat memberi manfaat kepada korang semua.stay healthy people,from healthy body comes healthy minds,adios~^__^

Saturday, February 4, 2012

xde keje nak wat~

Assalamualaikum dan salam perpaduan,haha,lama siot tak update blog ni,sori pak pari,teman xde idea la nak letak apa dalam blog ni,sob3,bukan saja2 xnak update...ni pun sebab bosan hujung minggu xde wat pape,ekeke..

ok,minggu ni ramai giler orang balik bercuti,sebab cuti panjang sket(cam pendek je),tapi ak malas nak balik,sebab ak rasa macam cuti tu pendek je,macam tak berbaloi je nak drive 8 jam dan habis duit isi minyak untuk cuti sampai isnin je,so ak decide stay la kat "bandar" muadzam yang tenang dan indah permai ni..nasib baik la sorang housemte ak tak balik,kalau tak,lagi la sunyi ak kat sini.

Sem ni ak dapat bilik kat tingkat 3,tinggi tu,hari2 naik turun tangga macam ni memang cepat la turun berat badan ak,dah la makan pun makin sket..target nak kempiskan perut dan capai balik fitness masa muda2 dulu sebelum habis sem ni,haha..selain tu nak maintain pointer yang ak dapat sem lepas atau dapat lagi higher dari sem lepas,insyaAllah,moga2 sem ni penyakit malas ak tu sembuh la sekt,kalau tak,harapan la nak maintain..

cuti sampai isnin ni,setakat ni ak xde lagi plan nak g mana2,macam malas je nak drive sorang2,kalau ada teman xpe la jugak,semangat sket nak g mana2 kan..maybe kalau rajin akan turun kuantan la tengok movie,x pun g gambang main2 air,tapi semua tu x pasti lagi,sebab xde teman nak g sana,haha,mana best g sorang2 kan,kena la ada lebih dari seorang baru best..

sem ni,banyak jugak la aktiviti ak,dengan silat(harap2 x ponteng training sem ni),pastu ada tournament volleyball(harap2 leh dapat medal la,ekeke),olahraga uniten(kalau jadi join),n macam2 lagi la..harap2 sem ni macam sem lepas,x banyak masalah n x busy sangat..kalau ada rezeki bulan 3 ni nak balik rumah kejap,sambut besday,haha=p

k la,setakat tu dulu kot,nanti kalau rajin ak update la lagi blog ni,merapu je entry ak kali ni,haha,sori2,tengah xde idea,sob3..k la,wassalam~=)