BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, December 13, 2011

Tudung~

Assalamualaikum dan salam perpaduan..tengah bosan2 dok dalam bilik xde benda nak wat ni,ada baiknya kalau ak kongsikan pendapat ak tentang beberapa isu kan,diulangi,pendapat ak..so kalau ada yang salah tu minta diperbetulkan la ye,hehe..ok,isu yang ak nak bincangkan kali ni adalah tudung.

well,kalau kita perhatikan zaman sekarang,tudung dah ada macam2 jenis dah,kalau zaman ak muda2 dulu,ak kenal tudung bawal dengan tudung labuh je,tapi sekarang macam2 nama dan gaya pemakaian tudung dah ak tengok..contohnya tudung mawi,tudung Yuna,shawl dan sebagainya..dari segi kebaikannya,bagus la anak2 muda dah semakin ramai yang mendekati tudung,tapi dari pandangan ak,kebanyakan mereka memakai tudung hanyalah mengikut fesyen/trend zaman sekarang dan stereotype sahaja,bukannya memakai tudung untuk betul2 menutup aurat.

kenapa ak cakap macam ni?sebab kebanyakan tudung yang ak tengok tu xde la menutup aurat mereka dengan sempurna,ada yang kain tudungnya terlalu nipis dan nampak bayangan rambut dan leher..ada yang gaya tudungnya hanya menutup rambut tapi tidak menutup leher,ada yang pakai tudung tapi baju lengan pendek dan sendat..dan yang terbaru ak jumpa kat Uniten Muadzam ni,gaya tudung Rosmah,sebab cara diorang pakai tudung tu sebijik macam cara Rosmah pakai tudung,iaitu hanya melilitkan tudung tu di atas kepala mereka..adakah ak yang ketinggalan zaman atau mereka yang tidak faham akan erti pemakaian tudung?

ok,berbicara tentang aurat wanita ni,semuanya adalah aurat kecuali muka dan tapak tangan..diulangi,MUKA dan TAPAK tangan..so kalau anda rasa bahagian2 tubuh selain muka dan tapak tangan itu terdedah,maka anda tidak menutup aurat anda dengan sempurna..cara anda memakai tudung juga haruslah diperhatikan,contohnya sanggul rambut tu xleh tinggi sangat sampai nampak berbonggol kat atas kepala tu bila pakai tudung..

ok,1 lg isu yang ak tertarik nak bincang,adalah salah 1 cara pemakaian tudung Yuna yang dikatakan menyerupai Rahib wanita di gereja kristian..ada yang kata tak boleh,tidak kurang juga yang kata "kenapa kita nak kondem,asalkan dia pakai tudung ok la tu"..well,from my opinion(kalau salah sila tegur),memanglah dia pakai tudung tu tak salah,memang bagus bertudung ni,tapi cara pemakaian tu seelok2nya dibetulkan la,setiap benda yang kita buat ada adab dan cara untuk melakukannya,contohnya memakai kopiah di kalangan lelaki,kalau pakai terlalu ke belakang dan menampakkan rambut di bahagian hadapan,akan menyerupai kaum Yahudi,samada sengaja atau tak..jangan kita jadi hamba fesyen..tambah2 lagi kalau anda itu artis dan orang terkenal,sebab ramai yang akan tiru cara pemakaian anda,nanti x pasal2 dapat dosa free,hehe..

tujuan post ak ni hanyalah untuk berkongsi pendapat ak je,so kalau ad salah dan silap,minta kawan2 tegur la ye,betulkan apa yang salah.kita sama2 belajar,ak sendiri pun xde la baik sangat,masih mencari2 identiti diri..mana yang baik,kita dekati,mana yang kurang baik,kita cuba sebaik mungkin untuk jauhi...rasanya setakat tu je la dulu kot,sekian,wassalam~=)


3 comments:

Ikan_Pari@@ said...

*terbayang pak kadok ngan pak din pakai tudung

kaduk said...

lol,ak ingat apa la yg ko nk komen sgt tu,haha~

d33n_ny said...

detut =__=