BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Friday, December 30, 2011

selamat tinggal 2011~

Assalamualaikum dan salam perpaduan..lama tak update blog,semua gara2 busy dengan final exam,haha..tapi alhamdulillah,ada gap panjang sket,sempat la nak wat entry terakhir untuk tahun 2011 ni~

serba sedikit tentang hidup ak sepanjang 2011 ni,ak rasa tahun 2011 la tahun yang paling banyak menghadapi dugaan dan cabaran berbanding dengan tahun2 yang sebelum ni..banyak peristiwa yang betul2 membuatkan ak down dan hampir putus asa..antaranya awal2 tahun ni,ak sangat hepi sebab dapat jugak cita2 ak nak belajar macamana nak jadi juruterbang,siap dah fly dah,betapa gembiranya ak apabila selangkah makin hampir dengan cita2 ak sejak dari kecil lagi..tapi apakan daya,manusia hanya mampu merancang,ALLAH yang menentukan segala-galanya..ak terpaksa abaikan cita2 ak tu atas sebab2 yang tertentu..harapan yang setinggi langit,tiba2 jatuh terhempas ke bumi..betapa kecewanya ak pada masa tu..Alhamdulillah,keluarga,dia dan rakan2 banyak memberi semangat untuk ak bangkit semula...

banyak lagi dugaan yang ak hadapi,tapi biarlah ak simpan je dalam hati ni..alhamdulillah,hidup di muadzam ni takde la seteruk mana..walaupun duduk dalam hutan dan takde entertainment langsung,tapi ak dapat adapt la dengan lifestyle kat sini..pengalaman sepanjang berada di Binalonan jugak banyak membantu ak,sebab kat sana lagi teruk dari muadzam,haha,tu yang cepat adapt tu..nasib baik adanya sahabat baik ak kat sini,Fauzie a.k.a poji yang banyak membantu ak sepanjang ak duduk kat sini..takde la bosan sangat,haha..seterusnya dia yang jugak banyak menemani ak sepanjang ak duduk kat sini.walaupun xde benda nak buat,bosan tahap dewa,tapi bila dapat mesej dia dan dengar suara dia,tu pun dah cukup untuk membuatkan ak rasa tidak sunyi..walaupun sekarang dia menjauhi diri ak,tapi ak sentiasa anggap dia ada di sisi ak,setiap kali ak rasa sunyi atau sedih,ak imbas balik kenangan ak ngan dia,itu dah cukup untuk membuatkan ak tersenyum sendiri(nasib baik duduk dalam bilik sorang2,kalau tak,member dah cakap ak gila senyum sorang2,haha)..

tu je la kot untuk post ak dalam tahun 2011 ni,insyaAllah ak akan cuba update selalu blog ak ni dalam tahun 2012 nanti..moga tahun 2012 nanti lebih baik dari tahun 2011..all the best untuk final exam buat diri ak dan mereka yang sedang menghadapi final exam..jumpa lagi di tahun hadapan,wassalam~


2 comments:

Ikan_Pari@@ said...

kamon bersemangat lebih untuk tahun ni!

kaduk said...

haha,thanks pak pari=)