BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, August 5, 2010

Fadilat Surah Al-Fatihah~

  • Membaca Fatihah sebanyak sekali mendapat pahala seperti membaca Al-Quran.
  • Membaca Fatihah dalam keadaan berwuduk 70 kali selama 7 hari,kemudian ditiup pada air suci lalu diminum,akan memperolehi ilmu dan hikmah,hatinya dibersihkan daripada kerosakan fikiran.
  • Membaca Fatihah sebanyak 41 kali selama 40 hari di antara sembahyang sunat subuh dan fardhu subuh,kemudian berdoa kepada ALLAH,insyaAllah dimakbulkan.
  • Membaca Fatihah sebanyak 20 kali setiap kali lepas sembahyang fardhu 5 waktu;ALLAH akan meluaskan rezekinya,membaiki akhlaknya,mempermudahkan urusannya,hilanglah kesusahannya,dianugerahkan apa yang diangan-angankan serta mendapat berkat dan kemuliaan.
  • Membaca Fatihah sebanyak 41 kali dapat mengubati sakit mata,sakit gigi,sakit perut dan pelbagai penyakit lain.
  • Menulis Fatihah dengan huruf-huruf terpisah lalu dilebur dengan air suci dan diminum oleh orang sakit,dengan izin ALLAH akan sembuh penyakitnya.
  • Jika ditulis dengan huruf arab pada tempat putih lagi suci dan dihapuskan dengan air dan diberi minum kepada si pelupa,akan hilang sifat pelupanya.
  • Jika membaca Fatihah sebanyak 7 kali pada air dan dicampur sedikit garam lalu diberi minum kepada orang yang digigit kala,insyaAllah akan hilang bisanya(sembuh).

0 comments: