skip to main |
skip to sidebar
- Hendaklah sentiasa suci pada zahir dan batin kerana membaca Al-Quran adalah zikir yang paling afdal(utama) dari segala zikir yang lain.
- Hendaklah membaca di tempat yang suci dan bersih yang layak dengan kebesaran Yang Maha Agung dan ketinggian Al-Quranul Karim.Para ulamak berpendapat sunat membaca Al-Quran di masjid iaitu tempat yang bersih dan mulia di samping dapat menambah kelebihan pahala-pahala iktiqaf.
- Hendaklah memakai pakaian yang bersih,cantik dan kemas.
- Hendaklah bersugi dan membersihkan mulut.Melalui mulut tempat mengeluarkan suara menyebut ayat Al-Quran.
- Hendaklah melahirkan di dalam ingatan bahawa apabila membaca Al-Quran seolah-olah berhadapan dengan ALLAH dan bacalah dalam keadaan seolah-olah melihat ALLAH S.W.T. walaupun kita tidak dapat melihat ALLAH sesungguhnya ALLAH tetap melihat kita.
- Hendaklah menjauhkan diri dari ketawa dan bercakap kosong ketika membaca Al-Quran.
- Jangan bergurau dan bermain-main ketika membaca AL-Quran.
- Hendaklah berada dalam keadaan yang tenang dan duduk penuh tertib.Jika membaca dalam keadaan berdiri hendaklah atas sebab yang tidak dapat dielakkan adalah harus.
- Setiap kali memulakan bacaan lebih dahulu hendaklah membaca Istiazah.
0 comments:
Post a Comment