BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, August 10, 2010

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan~

Assalamualaikum dan salam perpaduan sebagai pembuka bicara....hehe,tersangat gembira,sebab dah masuk bulan puasa!!!hoyeh2:D

Alhamdulillah,pejam celik pejam celik,sekali lagi ak tiba ke bulan yang penuh keberkatan ini,bulan yang penuh dengan rahmat dan keampunan..nasib baik pejam celik pejam celik,kalau pejam tak celik2,hehe,alhamdulillah..well,azam ak di bulan puasa tahun ni,adalah untuk memanfaatkan bulan puasa tahun ni sebaik yang mungkin,lebih baik dari tahun-tahun yang sebelumnya,insyaALLAH...

di bulan puasa inilah,kita dapat mengerti apa itu penderitaan kelaparan dan kebuluran yang di alami oleh sahabat-sahabat kita di luar sana yang tidak bernasib baik seperti kita..kita juga dapat merehatkan perut kita yang telah bekerja sepanjang tahun dengan berpuasa,dan ianya penting kerana kalau kita pun,selalu je kerja 24 hours non-stop,boleh memudaratkan diri kita juga kan,so berilah peluang kepada perut kita ni nak rehat sebulan,hehe..kita juga boleh la menurunkan berat badan bagi sesetengah pihak..dan bulan puasa juga adalah bulan yang paling baik untuk belajar berhenti hisap rokok,sebab mana boleh hisap rokok time puasa kan:D

insyaALLAH,target ak tahun ni,taknak tinggal solat terawih(i'll try my best) dan cuba mendapatkan loteri terbaik yang ALLAH telah sediakan kepada hamba-hambanyayang hanya ada dalam bulan puasa sahaja,iaitu MALAM LAILATUL QADAR,malam yang diberikan ganjaran pahala seperti kita beribadat selama 1000 bulan..huiyooo,banyak tu,kalau convert,seperti kita telah beribadat selama 41.67 tahun..pergh,rugi tu kalau tak dapat score jackpot tu,huhuu..

bagi umat akhir zaman ini,ramai yang tersalah anggap bahawa berpuasa hanyalah sekadar menahan lapar dan dahaga dari terbitnya fajar hingga terbenamnya matahari..tapi,maksud puasa yang sebenarnya adalah,menahan diri dari perkara-perkara yang dapat membatalkan puasa,bukan sekadar menahan diri dari lapar dan dahaga..mereka terlupa bahawa aurat juga perlu dijaga sepanjang bulan puasa ini...yang free hair kena la pakai tudung,yang selalu pakai seluar pendek tu kena la pakai seluar panjang dan macam2 lagi...kita juga perlu menjaga pandangan mata kita,pendengaran,percakapan,perbuatan dan hati kita sepanjang berpuasa,sebab kalau tak dijaga,kita hnya mendapat lapar sahaja tetapi tiada ganjaran pahala..jadi,kepada semua kawanku,pandai-pandailah kalian menjaga tingkah-laku korang sepanjang bulan puasa ni,hehe..

wokeh,setakat tu je la dulu kot,dah penat la pulak menaip ni,haha..well,sebelum tu,ak nak ucapkan selamat berpuasa,bersahur,berbuka dan berterawih kepada semua umat Islam yang membaca blog ak ni..thanks sebab sudi melawat blog yang tak seberapa ni,hehe..papepun,selamat beribadah,wassalam~~=)

0 comments: