BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Monday, August 30, 2010

12 Barisan Manusia menuju ke Akhirat~


barisan pertama: di iringi dari kubur dlm keadaan tidak bertangan & berkaki. keadaan ini dijelaskan melalui seruan Allah SWT:"mereka orang2 yg menyakiti hati jiran sewaktu hidup mereka.mereka yg sombong & tidak berbuat kebaikan kepada jiran tetangga akan mendapat kehinaan didunia
mahupun di akhirat".
firman Allah :'aku akan memalingkan hati orang yg sombong serta takbur di muka bumi ini dengan tiada alasan yg benar dari (memahami) ayat2 ku(yg menunjukkan kekuasaan ku),itulah balasan & tempat kembali mereka adalah neraka"

barisan ke-2: di iringi dari kubur dlm bentuk babi hutan.datang seruan Allah "mereka orang yg meringan2kan solat sewaktu hidup,sesungguhnya orang yg memelihara solat 5 waktu akan dihindari dari siksa kubur.sebaliknya,mereka yg mengabaikan maka waktu dia mati,mayatnya akan dihimpit oleh liang lahat sehingga berselisih tulang rusuk."
Rasulullah saw bersabda "sesungguhnya seorang hamba apabila dia berdiri untuk bersolat,maka di letakkan semua dosanya di atas kepala & kedua2 bahunya,maka setiap kali dia rukuk atau sujud,berjatuhanlah dosa2 itu


barisan ke-3: di iringi dari kubur dgn bentuk keldai & perut penuh ular serta kala jengking
"mereka adalah orang yg enggan membayar zakat ketika hidupnya walaupun pada ketika itu mereka tergolong dlm orang yg berkemampuan. inilah balasannya & tempat kembali mereka adalah neraka
"

barisan ke-4: diiringi dari kubur dlm keadaan darah memancut keluar dari mulut
"mereka adalah antara orang yg suka berdusta ketika berjual beli.berniagalah dengan jujur serta amanah agar hasil yg diperoleh datang dari sumber yg halal.
"

barisan ke-5: diiringi dari kubur dalam keadaan berbau busuk seperti bangkai.ketika itu Allah menurunkan angin sehingga bau busuk itu menganggu ketenteraman padang mahsyar.
"mereka ini adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka,takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula takut kepada Allah.inilah balasannya & tempat mereka juga adalah neraka"

barisan ke-6 : diiringi dari kubur dengan keadaan kepala terputus dari badan.mereka adalah orang yg dahulunya menjadi saksi palsu.

barisan ke-7: diiringi dari kubur tanpa lidah tetapi mengalir darah & nanah dari mulut mereka. mereka ini adalah orang yg enggan memberi kesaksian kebenaran


barisan ke-8
:diiringi dari kubur dlm keadaan terbalik,kepala kebawah & kaki ke atas.mereka adalah orang yg melakukan zina.tempat mereka juga adalah di neraka. sabda Rasulullah "tiada bersunyi2an antara seorang lelaki & wanita,melainkan wujudnya syaitan sebagai orang ketiga antara mereka"


barisan ke-9
:diiringi dari kubur dengan wajah hitam & bermata biru,sementara dlm diri mereka penuh dengan api gemuruh.mereka adalah orang yg makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sepatutnya


barisan ke-10
: diiringi dari kubur dlm keadaan tubuh berpenyakit sopak & dipenuhi kusta. mereka ini adalah orang yg derhaka kepada ibu bapa sewaktu hidupnya.


barisan ke-11
: diiringi dari kubur dlm keadaan buta,gigi panjang seperti tanduk lembu jantan,bibir terjuih hingga ke dada & lidah terjulur hingga ke perut serta keluar pelbagai kotoran yg menjijikkan. mereka ini adalah orang yg minum arak sewaktu hidupnya.


barisan ke-12
: diiringi dari kubur dengan wajah bersinar2 seperti bulan purnama. mereka melalui titian siratulmustakim seperti kilat.datang suara dari sisi Allah yang memaklumkan "mereka semasa hidupnya adalah orang yg beramal salih & melakukan kebaikan.mereka juga menjauhi perbuatan derhaka,memelihara solat lima waktu, & meninggalkan dunia dalam keadaan bertaubat.inilah balasan mereka & tempat kembali mereka adalah syurga,beroleh keampunan,kasih sayang & keredhaan Allah SWT."


Sunday, August 29, 2010

The Side Effect~


Assalamualaikum dan salam perpaduan..dah lama rasanya tak update blog ni..well,kali ni nak wat luahan hati la sket,haha(macam sebelum2 ni xde wat luahan hati la pulak kan)...well,kali ni pasal masalah dalaman ak,kesan dari kejadian2 yang ak alami baru2 ni...tak ramai yang tau apa yang ak alami kecuali yang terdekat dan yang terlibat sahaja..

well,ak perasan jugak la perubahan2 yang ak alami sekarang walaupun tak banyak..contohnya,short tempered(cepat dan mudah marah),berbeza dengan ak yang dulu yang tak mudah naik darah,kalau marah pun diam je,tapi sekarang ni ad masalah sket nak control amarah tu,sampaikan hari tu hancur charger ak hempas kat lantai,huhu,padan muka kena beli charger baru..semalam pun hampi2 ak lempang sorang mamat dalam STAR semalam,sebab dia kurang ajar dengan foreigner ni,walaupun pakcik tu foreigner,tapi dia sepatutnya hormat la kat orang yang lebih tua,wat malu bangsa melayu je..

secondly,ak sangat susah nak percaya kat orang lain sekarang,adei,dulu senang sangat nak percaya kat orang,sekarang susah nak mampus nak percaya kat orang,mesti ak menaruh syak wasangka...huhu,kesan paling ketara la ni yang berlaku kat diri ak..tapi ak tengah cuba untuk mengubah kembali diri ak kepada ak yang dulu,cuba untuk mempercayai orang lain lagi sekali..tapi kalau dikhianati skali lagi,memang sampai mati la ak takkan percaya kat orang lain lagi,kecuali family ak...moga semuanya kembali kepada yang asal..

kemudiannya,ak ni dah jadi seorang thinker,banyak sangat berfikir,sampaikan kadang2 mood ak ni dah terikut2 ngan kepala otak ak ni,tapi biasanya badmood la,haha..dari benda yang sepatutnya sampai la kepada benda yang tak sepatutnya...ak asyik berfikir benda yang dah lepas2,apa kesannya kalau ak amik tindakan yang berlainan dulu,adakan sekarang akan menjadi lebih baik kalau tindakan yang ak ambik tu berlainan dengan apa yang dah ak lakukan,adakah sekarang akan menjadi lebih baik...ak asyik berfikir apa yang dilakukannya dulu..sekarang ak dah fobia dengan beberapa tempat dan beberapa benda..contohnya viva putih,kalau ak nampak viva kaler putih confirm ak tengok nombor plat dia,naik bengang jugak kalau nampak kete kaler putih ni,kenapa la diorang tak beli warna lain,takde la ak moody sangat..then midvalley dan timesquare,atas sesuatu sebab,ak tak berapa suka dengan dua tempat tu,dem...

ai,teruknya diri ak ni kan?apa la nak jadi,huhu,menyeksa diri je tau...papepun,setakat ni la kot dulu,next time ak akan cuba kurangkan kisah pasal diri ak dan cuba banyakkan sumber2 ilmu dalam blog ni..banyak benda nak luahkan kat blog ni,tapi kena wat privasi la,so ak simpan je la dalam hati ni,biar la beranak pinak dalam hati ak je,wahaha..well,tu je la dulu kot,wassalam...


p/s:biasanya ramadhan dan syawal ni orang bermaaf-maafan..tapi wat ko sorang,si makhluk yang ak benci,sila jangan cuba nak minta maaf dengan ak,sebab ak tau sangat perangai ko yang penuh dengan kepura-puraan tu,ko hanya akan dapat ak bertambah benci je kat ko kalau ko minta maaf ngan ak nanti,jangan cuba berpura-pura depan ak..kalau ak nampak ko kat mana2 dalam malaysia ni,pandai2 la ko jaga diri,sebab ak dah susah nak kawal amarah ak sekarang,semua sebab ko...blaja je la kat "new zealand" ko tu k..harap2 ko dapat balasan yang setimpal,i'm not the same nice guy that i used to be k..lagi satu,ko jangan nak berlagak la walaupun ko betul2 kaya pun,tu semua harta mak ayah ko,bukan harta ko sendiri,ko boleh la kaburi mata pompuan2 kat malaysia ni dengan harta dan ayat2 serta janji2 manis ko tu,tapi ak takkan termakan lagi dengan kata2 ko tu...menipu la ko selagi ko nak menipu,asalkan ak tak jadi macam ko~

Saturday, August 21, 2010

Breaking Fast At Masjid Uniten~

Assalamualaikum dan salam perpaduan,hehe,agak lama tak update blog ni,sebab ad sedikit kekangan kebelakangan ni,jadi agak susah nak update blog ni..papepun,di kesempatan ni,ak nak cerita pasal berbuka puasa,hoho..bukan calang2 berbuka,berbuka di Masjid Uniten gitu,huehuehue(macam la berbuka kat hotel 5 bintang,hakhak)..

well,alkisahnya,hari ni ak turun ke Uniten sebab dah tersangat boring duduk kat ampang,sebab dak2 rumah semua balik kampung,tinggal la ak dengan khairul je,tu pun khairul banyak kuar,so tinggal ak sorang2,so ak pun amik keputusan melawat adik ak sambil amik sket2 barang yang mak ak kirimkan,hehe...memang tak plan pun nak turun Uniten,so ak bagitau adik ak je,skali dah sampai Uniten,ramai plk yang xde,padan muka ak,hukhuk...papepun,dapat la jugak jumpa sahabat2 lama walaupun tak sempat jumpa semua skali..

mula2nya,ingat nak balik malam ni jugak,tapi dipujuk oleh faiz dan adik ak,so ak amik keputusan tak jadi balik,balik esok la kot.so timbul 1 masalah,nak berbuka kat mana...so lepas fikir2,kami amik keputusan nak berbuka di Masjid Uniten.ak pun tak kisah sangat sebab dah lama tak berbuka kat masjid kan.so ak,adik ak ngan Baem pun naik kete pegi masjid,sampai dalam lebih kurang pukul 7.10 pm,ingatkan dah lambat,sekali ak turun kat ruang bawah tu,terkejut la jugak,sebab lengang je,tak ramai orang pun,huhuu..seingat ak tahun lepas kalau berbuka kat Masjid Uniten memang meriah la sebab ramai yang datang berbuka di masjid,tak tau la kenapa sekarang tak ramai yang datang,maybe diorang ad fulus dan bajet lebih kot,makan kat kedai or pegi bazar ke...

tapi bagi ak,berbuka di Masjid Uniten pun dah cukup mewah dan kenyang dah,tambahan pulak free,hohoo,rugi tu kalau tak pegi berbuka kat sana,makanan pun sedap2...disebabkan orang tak ramai,maka ak pun amik la nasi lebih,tapi lauk sket je la(diet2,hakhak)..kelebihan berbuka di masjid adalah antaranya,ianya percuma dan tak perlu bayar apa2,dah jimat duit poket,selain tu makanan pun sedap2,dan juga dapat berbuka puasa beramai2,dapat mengeratkan silaturrahim antara sahabat2,hehe,yang jauh kita dekatkan,yang dekat kita rapatkan,yang rapat kita kekalkan,betul tak:)~kita juga dapat terus solat lepas makan tu,senang kan?kalau malas nak balik rumah,terus stay kat situ tunggu Isya' dan terawih..kalau berbuka kat rumah,kemalasan disebabkan makan banyak ketika berbuka menyebabkan kita malas nak pergi terawih,kalau berbuka kat masjid,stay je kat masjid tu,senang kan:)

hehe,tak dapat nak tulis banyak2,ni pun guna lappy adik,insyaALLAH lain kali ak cuba update blog ni dengan ilmu2 pengetahuan,sekadar perkongsian,kalau tak pun,ak citer la pasal kisah hidup ak yang tak tahu la menarik ke tak,haha..wokeh,berjumpa di lain hari..selamat berpuasa,dan selamat beramal...wassalam~





Tuesday, August 10, 2010

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan~

Assalamualaikum dan salam perpaduan sebagai pembuka bicara....hehe,tersangat gembira,sebab dah masuk bulan puasa!!!hoyeh2:D

Alhamdulillah,pejam celik pejam celik,sekali lagi ak tiba ke bulan yang penuh keberkatan ini,bulan yang penuh dengan rahmat dan keampunan..nasib baik pejam celik pejam celik,kalau pejam tak celik2,hehe,alhamdulillah..well,azam ak di bulan puasa tahun ni,adalah untuk memanfaatkan bulan puasa tahun ni sebaik yang mungkin,lebih baik dari tahun-tahun yang sebelumnya,insyaALLAH...

di bulan puasa inilah,kita dapat mengerti apa itu penderitaan kelaparan dan kebuluran yang di alami oleh sahabat-sahabat kita di luar sana yang tidak bernasib baik seperti kita..kita juga dapat merehatkan perut kita yang telah bekerja sepanjang tahun dengan berpuasa,dan ianya penting kerana kalau kita pun,selalu je kerja 24 hours non-stop,boleh memudaratkan diri kita juga kan,so berilah peluang kepada perut kita ni nak rehat sebulan,hehe..kita juga boleh la menurunkan berat badan bagi sesetengah pihak..dan bulan puasa juga adalah bulan yang paling baik untuk belajar berhenti hisap rokok,sebab mana boleh hisap rokok time puasa kan:D

insyaALLAH,target ak tahun ni,taknak tinggal solat terawih(i'll try my best) dan cuba mendapatkan loteri terbaik yang ALLAH telah sediakan kepada hamba-hambanyayang hanya ada dalam bulan puasa sahaja,iaitu MALAM LAILATUL QADAR,malam yang diberikan ganjaran pahala seperti kita beribadat selama 1000 bulan..huiyooo,banyak tu,kalau convert,seperti kita telah beribadat selama 41.67 tahun..pergh,rugi tu kalau tak dapat score jackpot tu,huhuu..

bagi umat akhir zaman ini,ramai yang tersalah anggap bahawa berpuasa hanyalah sekadar menahan lapar dan dahaga dari terbitnya fajar hingga terbenamnya matahari..tapi,maksud puasa yang sebenarnya adalah,menahan diri dari perkara-perkara yang dapat membatalkan puasa,bukan sekadar menahan diri dari lapar dan dahaga..mereka terlupa bahawa aurat juga perlu dijaga sepanjang bulan puasa ini...yang free hair kena la pakai tudung,yang selalu pakai seluar pendek tu kena la pakai seluar panjang dan macam2 lagi...kita juga perlu menjaga pandangan mata kita,pendengaran,percakapan,perbuatan dan hati kita sepanjang berpuasa,sebab kalau tak dijaga,kita hnya mendapat lapar sahaja tetapi tiada ganjaran pahala..jadi,kepada semua kawanku,pandai-pandailah kalian menjaga tingkah-laku korang sepanjang bulan puasa ni,hehe..

wokeh,setakat tu je la dulu kot,dah penat la pulak menaip ni,haha..well,sebelum tu,ak nak ucapkan selamat berpuasa,bersahur,berbuka dan berterawih kepada semua umat Islam yang membaca blog ak ni..thanks sebab sudi melawat blog yang tak seberapa ni,hehe..papepun,selamat beribadah,wassalam~~=)

Monday, August 9, 2010

Tired With Humanity~

Assalamualaikum dan salam perpaduan diucapkan...Alhamdulillah,ak masih diberikan nafas dan dibenarkan oleh ALLAH untuk terus hidup di atas muka bumi ini...Sesungguhnya,banyak yang telah ak alami dan hadapi sepanjang tahun ini,dan semua itu benar2 telah mengubah persepsi ak terhadap umat manusia pada zaman ini,umat akhir zaman..

Sesungguhnya,ak terasa sangat penat,dan sangat kecewa dengan keadaan umat manusia pada zaman ini...banyak perubahan ketara yang ak lihat berbanding dengan ketika ak di alam persekolahan,terutamanya ketika di sekolah rendah...betapa sucinya pemikiran kami pada waktu itu,tidak terlintas langsung penyakit2 hati seperti hasad dengki,pentingkan diri sendiri dan macam2 lagi di dalam diri ketika itu...betapa indahnya kenangan ketika itu...tetapi,semakin ak meningkat usia,semakin ak dapat melihat betapa hodohnya dan teruknya perangai manusia2 yang ad di kalangan ak..betapa mereka begitu mementingkan diri sendiri,tidak menghargai jasa2 orang yang berjasa kepada mereka,menikam belakang kawan,gunting dalam lipatan dan macam2 lagi..MasyaALLAH..memang benarlah apa yang ak belajar dulu,umat yang paling ramai menjadi bahan bakar dalam api neraka nanti adalah umat Nabi Muhammad s.a.w.,umat di akhir zaman ini...

Ak tak kata yang ak ni sempurna,perfect dari segi akidah dan akhlak ak,tapi sekurang2nya,ak tahu menghormati rakan2,ak berusaha untuk tidak menyakitkan orang2 yang ak kasihi dan sayangi,kawan2,keluarga,guru2...ak berusaha untuk menjadi lebih baik,ak tidak buat perkara2 yang ak tidak mahu orang lain lakukannya ke atas ak...tapi kenapa mesti ada yang cuba mengkhianati ak,tidak jujur dengan ak..apa sebenarnya salah yang telah ak buat untuk dilayan sedemikian rupa..ak tahu,ALLAH tidak akan menguji hamba2Nya jika mereka tidak mampu menghadapinya...ak mampu untuk hadapinya,tetapi sesungguhnya,apabila dilukai,tidak mungkin luka itu akan sembuh sepenuhnya,mungkin akan meninggalkan parut yang mendalam atau retak yang tidak mungkin akan hilang dalam masa yang singkat....

Jika dulu,kita boleh menggunakan ayat,"Ibu/bapa mana yang tak sayangkan anak"..tapi sekarang,boleh dikatakan setiap minggu,atau setiap bulan,ad sahaja kes bayi dibuang...ad sahaja kes bapa rogol anak...dimana terletaknya nilai kemanusiaan kita..sedangkan haiwan yang tidak mempunyai akal boleh menyayangi anak mereka dengan sepenuh hati,inikan pula kita sebagai manusia yang dicipta sebaik2nya oleh ALLAH dan diberikan akal untuk berfikir mana baik dan mana buruknya....setakat mana agaknya jatuhnya akhlak umat manusia zaman ini...

remaja zaman sekarang,bercinta sehingga sanggup menggadaikan harga diri..cinta yang berdasarkan nafsu semata2,bukan dengan keikhlasan hati dan untuk kekal sehingga akhir hayat..apabila sudah mengandung,baru terfikir tentang malu dan aib yang akan dihadapi jika masyarakat mengetahui mengenai kandungan itu..sanggup mereka membuang anak yang tidak berdosa itu semata2 untuk menutup dosa yang telah mereka sendiri lakukan...apabila masalah timbul,mereka mula saling menuduh antara satu sama lain,lelaki mengatakan perempuan yang bersalah sebab menggoda,perempuan mengatakan lelaki yang bersalah sebab tidak menunaikan janji,padahal dua2 bersalah,dua2 tidak berfikir dengan baik,tidak menggunakan otak untuk berfikir tetapi membiarkan nafsu mengawal mereka...

hu,banyak lagi yang nak dikatakan,tapi malas pulak nak taip,sebab ak sendiri pun tengah celaru dalam kepala ni memikirkan benda2 yang dah lepas tu..tengah cuba melupakan tetapi memang agak mustahil nak lupakan sepenuhnya..sampaikan ak dah tak boleh nak kawal amarah ak,senang sangat naik darah sekarang ni..haish,moga2 cepat la sembuh ak ni,huhuuu..mereka kata kepadaku yang ak ni bodoh sebab senang mempercayai seseorang tetapi ak lebih rela menjadi si bodoh yang mempercayai seseorang daripada menjadi si penipu yang bijak memperdayakan orang lain....Ya ALLAH,bantulah hambaMu ini,berikanlah petunjuk dan hidayahMu kepada diriku yang lemah dan hina ini..terangilah hatiku,kuatkanlah keyakinanku,teguhkanlah keimananku..sesungguhnya hanya padaMu ku memohon pertolongan...amin...wassalam...

Adab Membaca AL-Quran~

  • Hendaklah sentiasa suci pada zahir dan batin kerana membaca Al-Quran adalah zikir yang paling afdal(utama) dari segala zikir yang lain.
  • Hendaklah membaca di tempat yang suci dan bersih yang layak dengan kebesaran Yang Maha Agung dan ketinggian Al-Quranul Karim.Para ulamak berpendapat sunat membaca Al-Quran di masjid iaitu tempat yang bersih dan mulia di samping dapat menambah kelebihan pahala-pahala iktiqaf.
  • Hendaklah memakai pakaian yang bersih,cantik dan kemas.
  • Hendaklah bersugi dan membersihkan mulut.Melalui mulut tempat mengeluarkan suara menyebut ayat Al-Quran.
  • Hendaklah melahirkan di dalam ingatan bahawa apabila membaca Al-Quran seolah-olah berhadapan dengan ALLAH dan bacalah dalam keadaan seolah-olah melihat ALLAH S.W.T. walaupun kita tidak dapat melihat ALLAH sesungguhnya ALLAH tetap melihat kita.
  • Hendaklah menjauhkan diri dari ketawa dan bercakap kosong ketika membaca Al-Quran.
  • Jangan bergurau dan bermain-main ketika membaca AL-Quran.
  • Hendaklah berada dalam keadaan yang tenang dan duduk penuh tertib.Jika membaca dalam keadaan berdiri hendaklah atas sebab yang tidak dapat dielakkan adalah harus.
  • Setiap kali memulakan bacaan lebih dahulu hendaklah membaca Istiazah.

Saturday, August 7, 2010

ZINA AKAN BERTERUSAN WALAU PUN DAH DI IJABKABUL~

BACA UNTUK PENGETAHUAN SENDIRI DAN PEDOMAN SEMUA...HIDUP SEBAGAI SEORANG BERNAMA ISLAM JGN BERTERUSAN HIDUP DALAM KEJAHILAN.

Sesungguhnya, permasalahan ini berat. Perhatikan soalan 1 - 5.

Perkahwinan seumpama ini Hari ini memang tersangat biasa kerana keluarga
biasanya memilih jalan ini untuk menutup malu. Bila dapat tahu anak pregnant luar nikah, cepat cepat kahwinkan.

Berdasarkan kenyataan ini, nikah itu TIDAK SAH, maka pasangan itu kelak hidup dalam zina sampai bila-bila... .

Persoalan ini telah diajukan kepada seorang Imam, di mana banyak persoalan lain timbul dari persoalan pokok tersebut. Saya kongsikan bersama anda di sini kerana ianya amat penting:


Soalan 1 : Apakah langkah yang sewajarnya sekiranya seorang gadis belum berkahwin didapati hamil anak luar nikah?

Jawapan 1 : Gadis itu tidak boleh berkahwin sehingga bayi itu dilahirkan.



Soalan 2 : Sekiranya lelaki yang bertanggungjawab itu bersedia mengahwini gadis itu, bolehkah mereka bernikah?

Jawapan 2 : Tidak. Mereka tidak boleh bernikah sehingga bayi itu dilahirkan.


Soalan 3 : Adakah pernikahan itu sah sekiranya mereka berkawin?

Jawapan 3 : Tidak. Pernikahan itu TIDAK SAH. Seorang lelaki tidak boleh mengahwini seorang wanita hamil, walaupun lelaki itu merupakan ayah kepada bayi yang dikandung itu.


Soalan 4 : Sekiranya mereka bernikah, apakah tindakan mereka untuk memperbetulkan keadaan?

Jawapan 4 : Mereka mesti berpisah. Perempuan itu mestilah menunggu sehingga melahirkan, atau sehingga sah dia tidak mengandung, barulah mereka boleh bernikah sekali lagi, secara sah.


Soalan 5 : Bagaimana sekiranya keadaan itu tidak diperbetulkan?

Jawapan 5 : Maka mereka akan hidup di dalam zinakerana pernikahan itu tidak sah



Soalan 6 : Apakah hak seorang anak luar nikah?

Jawapan 6 : Kebanyakan pendapat mengatakan bahawa anak itu TIADA HAK untuk menuntut apa-apa daripada ayahnya.



Soalan 7 : Sekiranya hukum mengatakan lelaki itu bukan ayah kepada anak tersebut, adakah itu bermakna dia bukan mahram kepada anak perempuannya sendiri?

Jawapan 7 : Ya. Dia tidak boleh menjadi mahram.



Soalan 8 : Sekiranya seorang lelaki Muslim Dan seorang wanita Muslim (atau bukan Muslim) ingin bernikah setelah bersekedudukan, apakah tindakan yang sewajarnya?

Jawapan 8 : Mereka mesti tinggal berasingan segera Dan menunggu sehingga perempuan itu haid satu kali sebelum mereka boleh bernikah.



Soalan 9 : Sekiranya saya kenal/tahu seseorang di dalam keadaan ini, apakah saya perlu memberitahu kepadanya, atau lebih baik menjaga tepi kain sendiri?

Jawapan 9 : Anda wajib memberitahu, kerana itu sebahagian tanggungjawab anda sebagai saudaranya. Mereka harus diberi peluang untuk memperbetulkan keadaan mereka, kalau tidak semua keturunan yang lahir dari pernikahan tidak sah itu adalah anak-anak yang tidak sah taraf.



Kesimpulannya: Ibubapa, saudaramara, org2 kampung, tok2 imam, tok2 kadi Dan saksi-saksi yang tahu akan keadaan tersebut tetapi mendiamkan, membiarkan atau membenarkan pernikahan tersebut diteruskan maka mereka juga tidak terlepas daripada menanggung azab Dan seksaan samada didunia atau pun diakhirat... .

Tolong jangan abaikan email ini. Ini merupakan satu perkara yang serious jadi, fahami Dan dalami betul-betul Dan bincanglah dengan Imam/ustaz sekiranya perlu.

Mafhumnya:

Katakanlah: 'Sesungguhnya sembahyangku Dan ibadatku, hidupku Dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara Dan mentadbirkan sekalian alam'.

WAHAI PARA SAHABATKU. .. .INSAFI LAH DIRI.

penulis asal: USTAZ ROSLI ALHAFIZ.

Thursday, August 5, 2010

Fadilat Surah Al-Fatihah~

  • Membaca Fatihah sebanyak sekali mendapat pahala seperti membaca Al-Quran.
  • Membaca Fatihah dalam keadaan berwuduk 70 kali selama 7 hari,kemudian ditiup pada air suci lalu diminum,akan memperolehi ilmu dan hikmah,hatinya dibersihkan daripada kerosakan fikiran.
  • Membaca Fatihah sebanyak 41 kali selama 40 hari di antara sembahyang sunat subuh dan fardhu subuh,kemudian berdoa kepada ALLAH,insyaAllah dimakbulkan.
  • Membaca Fatihah sebanyak 20 kali setiap kali lepas sembahyang fardhu 5 waktu;ALLAH akan meluaskan rezekinya,membaiki akhlaknya,mempermudahkan urusannya,hilanglah kesusahannya,dianugerahkan apa yang diangan-angankan serta mendapat berkat dan kemuliaan.
  • Membaca Fatihah sebanyak 41 kali dapat mengubati sakit mata,sakit gigi,sakit perut dan pelbagai penyakit lain.
  • Menulis Fatihah dengan huruf-huruf terpisah lalu dilebur dengan air suci dan diminum oleh orang sakit,dengan izin ALLAH akan sembuh penyakitnya.
  • Jika ditulis dengan huruf arab pada tempat putih lagi suci dan dihapuskan dengan air dan diberi minum kepada si pelupa,akan hilang sifat pelupanya.
  • Jika membaca Fatihah sebanyak 7 kali pada air dan dicampur sedikit garam lalu diberi minum kepada orang yang digigit kala,insyaAllah akan hilang bisanya(sembuh).

Wednesday, August 4, 2010

Fadilat Ayat Kursi~

Rasulullah S.A.W. pernah bersabda,maksudnya,"Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi,ALLAH S.W.T. hilangkan segala kefakiran di depan matanya."

Rasulullah S.A.W. bersabda lagi,"Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat kemudian berwuduk dan sembahyang sunat 2 rakaat,nescaya ALLAH S.W.T. memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar."

Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara ALLAH S.W.T. sebagaimana Dia memelihara Nabi Muhammad S.A.W.

Mereka yang mengamalkan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan ALLAH S.W.T. daripada gangguan serta hasutan syaitan.

Pengamal ayat Kursi,dengan izin ALLAH S.W.T. akan terhindar daripada pencerobohan pencuri.Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat untuk menyekat pencuri daripada memasuki rumah.

Membaca ayat Kursi akan memberikan keselamatan di dalam perjalanan.

Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, InsyaAllah akan menyebabkan jin dan syaitan terbakar.

Jika berpindah ke rumah baru,eloklah pada malam pertamanya membaca 100 kali ayat Kursi.Dengan izin ALLAH S.W.T. kita sekeluarga terhindar daripada gangguan zahir dan batin.