BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Friday, February 25, 2011

Aqua timez-Sen No Yoru Wo Koete~

Assalamualaikum dan salam perpaduan...hari ni bosan giler,xtau nak watpe,so layan anime2 dalam lappy,walaupun dah tengok,tapi tengok je lagi,sebab xde wat papekan,terpaksa la..tengah layan2 tu,tengok Bleach Movie 2:Memories Of Nobody,dengar lagu ending theme dia,antara feveret lagu Jepun ak..dengar2,terdetik pulak nak cari maksud lagu tu dalam bahasa Inggeris,dan ak sangat tertarik dengan lirik dia ni,so saja nak post dalam blog ak ni..penyanyi dia Aqua Timez,tajuk lagu Sen No Yoru Wo Koete~


I want to be loved, but you don’t seem to love me
I wander within that repetition
I found one answer; that even if I’m scared, even if I’m hurt
I can say “I love you” to the person who I love

Do you love me? Or not love me?
As for things like that, it’s already fine either way
No matter how I wish
There are many unchangeable things in this world, right?
That’s right, and because only the fact of my loving you
Is the truth unchangeable by anyone

I want to overcome the thousands of nights and tell it to you
There’s something that I must tell you
I want to be loved, but you don’t seem to love me
I wander within that repetition
I found one answer; that even if I’m scared
Even if I’m hurt, I can say “I love you” to the person who I love
It’s scary to turn my feelings into words
But I can say “I love you” to the person who I love

In this broad world, I can’t express the joy of encountering you with words
So we smile, sing about the vividly passing autumn in do-re-mi
Turn our backs on winter, wait for the sunlight streaming through trees in spring
And become reborn anew, so that we can protect someone

On the path we came from and our destination, when we looked back, I’d always have timid eyes
I want to face you, but I can’t be honest
I, who repeated days of not being able to straightforwardly love my partner
And hated being alone on that day
Seemed to love people while unwounded

I’ll overcome the thousands of nights and go meet you now
There is something that I must tell you
I want to be loved, but you don’t seem to love me
I wander within that repetition
I found one answer; that even if I’m scared
Even if I’m hurt, I can say “I love you” to the person who I love
Even if those thoughts aren’t fulfilled, I can say “I love you” to the person who I love


Wednesday, February 23, 2011

selamat hari lahir mak~

Assalamualaikum dan salam perpaduan..dah lama tak update blog,sebab tak on9,facebook pun dah diactivate dekat seminggu,so macam xde sebab untuk ak on9 sekarang,aktiviti harian,pegi kelas,balik,tido..kehidupan yang sangat bosan.henset pun rasanya macam nak letak dalam beg je,sebab macam xde fungsi,bukan ad orang nk mesej pun,kredit x gerak pun..ad kebaikan jugak xde mood nak makan,leh jimat duit n kuruskan badan~

tujuan ak wat post ni,sebab nak wish selamat hari lahir kepada mak ak,Puan Jah Binti Drani,yang menyambut hari lahir ke-51 kelmarin,iaitu pada 21 Februari,juga kepada blog ak yang telah cukup umur setahun,sama besday ngan mak ak,hepi besday blogku,thanks sebab banyak menemani ak selama ni,tempat ak meluahkan perasaan ak,satu2nya peneman ak dikala ak kesunyian,huhuu...

di sini,ak nak ucapkan jutaan terima kasih kepada mak ak,sebab dah banyak berkorban untuk ak,selalu bagi nasihat kepada ak,pemberi semangat kepada ak dikala ak down or xde semangat,sentiasa disisi ak dan menyokong ak,ak sangat2 terhutang budi kepada mak ak,semoga ak dapat kerja awal dan membalas segala jasa2 mak ak dan ayah ak,insyaAllah..epi doakan mak panjang umur,dimurahkan rezeki,diampunkan dosa2,sentiasa gembira,sentiasa sihat,dan macam2 lagi,moga ALLAH merahmati mak untuk semua pengorbanan mak kepada epi..

hu,rasanya setakat tu je dulu kot post untuk kali ni,sekian,wassalam~

Saturday, February 19, 2011

Petua Untuk Hati~

Assalamualaikum dan salam perpaduan..baca2 artikel kat www.iluvislam.com td,terbaca 1 artikel yang ak rasa nak kongsi kat sini..sekadar perkongsian..;

Istimewa untuk hati yang sedang bersedih, jiwa yang sedang berduka, minda yang sedang berkecamuk, inilah petua terbaik buat mengubat resah dan gundah:

  • Amalkan tasbih, tahmid dan takbir - Inilah petua yang diberikan oleh Rasulullah SAW kepada anaknya Siti Fatimah.
  • Berdoa - Mohonlah kepadaNya. Ingatlah, doa itu senjata bagi orang mukmin.
  • Sibukan diri dengan sesuatu - Lakukan aktiviti yang boleh melupakan segala kekusutan seperti perbanyakan membaca al-Quran & pelbagai bahan bacaan, terlibat dengan aktiviti usrah, kemasyarakatan dan sebagainya.
  • Luahkan perasaan anda - Bermacam cara boleh digunakan untuk meluahkan perasaan. Carilah seseorang yang paling anda percaya (sebaiknya yang ada pertalian darah atau orang yang arif dalam agama), menulis diari atau catatan harian, menulis blog dan sebagainya.
  • Senyum - Apabila berada dalam tekanan, cubalah untuk senyum. Senyumlah dihadapan cermin dan lihatlah diri anda yang sedang tersenyum. Ia mampu menenangkan fikiran dan hati.

Thursday, February 17, 2011

Hati Sebesar Cawan Dan Hati Sebesar Kolam

"Aduhai, kenapakah hidup aku selalu dirundung malang begini..?" lelaki muda itu berkeluh-kesah. Selama hidupnya, dia tak pernah merasakan ketenangan yang sebenar. Hatinya tidak pernah sepi daripada merasakan kerisauan.

Fikirnya, Tuhan tidak pernah sudi meminjamkan kedamaian hati padanya. Dia sangat cemburu apabila memandang sekeliling. Mereka bebas ketawa dan mudah tersenyum. Tapi dia? Dia hanya mampu tenggelam dalam dunia sepi dan resahnya sendiri.

Hatinya tidak mampu mengisi segala masalah yang menghimpit jiwanya. Lalu, selepas lelah dan puas berfikir, suatu hari dia melangkah longlai menuju ke hujung kampung. Niat hatinya, ingin menemui seorang lelaki tua.

Saban hari, wajah lelaki tua itu sentiasa kelihatan tenang. Damai sentiasa bertamu diwajahnya. Dia ingin sekali meminta rahsia. Lalu, dia terus berperi kepada lelaki tua tersebut.

Masalah keluh kesah dan kerisauannya didengari lelaki tua itu sambil tersenyum. Lalu dia mengajak lelaki itu ke suatu tempat iaitu ke tepi sebuah kolam yang besar sambil membawa sebiji cawan dan dua bungkus garam. Lelaki itu mengikut, walaupun hatinya sedikit hairan.

"Anak muda," lelaki tua itu bersuara.

"Ambillah cawan ini, isikanlah air dan masukkanlah sebungkus garam," ujarnya lagi. Lelaki itu yang dalam kebingungan hanya menurut.

Cawan diambil, air diisi dan garam dimasukkan. Kemudian lelaki tua itu berkata lagi.

"Sekarang kamu minumlah air tersebut," dalam bingung yang masih bersisa, lelaki itu mengikut kata lelaki tua itu.

" Apa rasanya?" tanya lelaki tua itu apabila melihat kerutan di dahi lelaki tersebut.

" Masin!"

Lelaki tua itu tersenyum lagi.

"Sekarang, kamu masukkan pula sebungkus garam ini ke dalam kolam itu. Kemudian kamu hiruplah airnya."

Lelaki tua itu menunjukkan arah ke kolam. Sekali lagi lelaki itu hanya mengikut tanpa menyoal. Air dicedok dengan kedua belah tapak tangan dan dihirup.

"Apa rasanya, wahai anak muda?" soal lelaki tua itu.

"Tawar, tidak masin seperti tadi," lelaki muda itu menjawab sambil mengelap mulut.

"Anakku, adakah kamu memahami kenapa aku meminta kamu berbuat begitu tadi?" tanya lelaki tua itu, sambil memandang tepat ke arah lelaki tersebut. Lelaki itu hanya menggeleng. Lelaki tua itu menepuk-nepuk bahu lelaki tersebut.

"Anakku, beginilah perumpamaan bagi diri kita dan masalah. Garam itu umpama masalah. Cawan dan kolam umpama hati kita. Setiap orang mempunyai masalah, ditimpa masalah dan diuji dengan masalah. Tetapi, kalau hati kita sebesar cawan, maka kita akan merasai pahitnya masalah itu, pedihnya hati kita dan keluh kesahnya kita."

"Tetapi kalau hati kita sebesar kolam, masalah tidak akan mengganggu kita. Kita masih boleh tersenyum sebab kita akan mengerti masalah bukan hadir untuk menyusahkan kita. Masalah dianugerahkan untuk kita berfikir, untuk kita muhasabah diri. Masalah dan ujian akan memberi hikmah kepada kita."

"Anakku, itulah rahsiaku. Aku sentiasa berlapang dada, aku sentiasa membesarkan jiwaku, supaya aku boleh berfikir tentang perkara-perkara lain dan masih boleh memberi kebahagiaan padaku. Aku tidak akan sesekali membiarkan hatiku kecil seperti cawan, sehingga aku tidak mampu menanggung diriku sendiri."

Maka, pada petang itu lelaki itu pulang dengan senyuman yang terukir di bibir. Dalam hati, dia berjanji akan sentiasa membesarkan jiwa dan berlapang dada.

*hu,mungkin hati ak cuma sebesar cawan..penuh dengan masalah...=(

Tuesday, February 15, 2011

Nostalgia Kelapa Tua~

Semua orang kenal kelapa tua. Tahu pula gunanya kelapa tua itu. Sangat penting dan sangat berguna kelapa tua ini dalam hidup manusia.

Namun begitu, kewujudannya tidak dipeduli dan tidak diendahkan orang. Kelapa tua tidak pernah menjadi topik perbincangan. Tidak pernah dikaitkan dengan apa-apa isu atau masalah. Kalaulah kelapa tua ini mempunyai emosi, tidak ramai orang yang akan dapat merasakan dan menyelami perasaannya. Itulah kelapa tua.

Kelapa tua pula tidak pernah susah hati kalau orang tidak mempedulikannya. Dia hanya tergantung di atas pokok dan terbuai-buai bila ditiup angin.

Tapi, lazimnya elok-elok kelapa tua itu tergantung di atas pokoknya sambil menikmati keindahan alam buana ini dari kedudukannya yang tinggi itu, datanglah orang menjoloknya dengan galah yang panjang. Tidak sabar menunggu kelapa tua itu jatuh sendiri. Bukannya selesa kena jolok-jolok macam tu.

Bila tangkainya sudah lemah setelah dijolok beberapa kali, maka gugurlah kelapa tua itu berpusing-pusing ke bumi. Gugur itu pula bukannya rendah. Bukan setakat lima atau sepuluh kaki tapi sampai empat puluh hingga lima puluh kaki. Bunyinya berdentum sampai ke tanah. Waduh! Kalau calang-calang buah, boleh berkecai. Kalau kepala orang, boleh bersepai otak!

Masalah kelapa tua ini tidak terhenti di situ sahaja. Ini baru muqaddimahnya. Dia dikutip dan kulit sabutnya dikoyak-koyak dan dibuang sedikit demi sedikit dengan parang cangkuk. Proses ini bukan sekadar sekali tetak. Berpuluh-puluh kali parang cangkuk itu menusuk ke dalam kulit sabutnya.Seksanya tak boleh nak cerita. Mula-mula sakit tusukan. Lepas itu sakit dikoyak dan disiat-siat. Ini berterusan sampai tempurung sahaja yang tinggal.

Bila dah sampai ke tempurung, maka tak apalah. Cantik juga rupanya. Keras dan bulat. Tetapi manusia bukan tahu hendak menilai seni yang seperti ini. Tempurung bulat yang cantik itu ditetak pula dengan parang dengan sebegitu kuat hingga terbelah dua di tengah-tengahnya. Maka tersembur dan mengalirlah air jernih dari dalam perutnya dan terdedahlah isinya yang putih bersih.

Bagi kebanyakan kehidupan yang lain, kalau sudah sampai ke tahap ini, maka selesailah riwayat hidupnya. Tetapi bagi kelapa tua, ini baru permulaan. Banyak lagi seksaan yang menanti.

Tak cukup dengan menyemburkan air dari dalam perutnya dan mendedahkan isinya, isinya yang putih bersih itu dipisahkan dari tempurung, diparut dan dikukur pula hingga menjadi lumat. Tempurungnya dibuang. Kadang-kadang di bakar. Bentuk asal kelapa tua sudah tidak ada lagi. Yang tinggal hanyalah isinya yang sudah lumat dikukur dan diparut.

Untuk menambah seksanya lagi, dituang pula air ke dalam isi parut itu, diramas-ramas dan diperah-perah. Alangkah seksanya. Kalau hendak dikirakan, ini sudah terkeluar dari batas-batas perikemanusiaan. Kemudian ia ditapis menjadi santan.Kelapa tua yang dulunya keras dan bulat kini sudah menjadi cecair yang putih.

Setelah itu, minyak dipanaskan dalam belanga. Bawang merah, rempah dan rencah-rencah yang lain ditumis. Bila sudah cukup kuning dituanglah santan tadi ke dalam belanga. Maka berpanasanlah santan itu hingga terkeluar minyaknya. Apabila sudah masak dan bau harumnya merebak keseluruh ceruk rumah, maka orang pun bertanya:

"Gulai apa tu? Sedap sangat baunya?"

Orang di dapur hanya menjawab, "Gulai ikan bawal."

Gulai dapat nama. Ikan bawal dapat nama.

Orang kata, "Oh! Sedap gulai ni.""Oh! Sedap ikan bawal ni."

Jasa kelapa tua tenggelam begitu sahaja. Perjalanan dan pengalamannya yang begitu panjang dan menyeksakan dari sebiji kelapa tua di atas pokok yang tinggi hingga ke belanga yang panas berbahang, tidak ada siapa yang ambil kira atau ambil peduli. Alangkah indahnya kalau kita dapat berjasa seperti kelapa tua ini. Jasa-jasa bukan untuk dipuji dan dipuja. Bukan untuk dikenang atau untuk mendapat nama, tapi untuk Tuhan. Biarlah jasa-jasa kita tidak nampak di mata orang, tapi ada dalam perhatian Tuhan!

gambar2 suasana akademi~

hangar WCC aviation


flight simulator(ad 2 je kat filipina,yang ni salah 1)


dalam simulator


gambar kelas


gambar runaway


swimming pool


dobi


hostel


koridor


hostel lagi




Monday, February 14, 2011

dah sampai Binalonan~

Assalamualaikum dan salam perpaduan.saja je update hari ni.dah sampai kat akademi penerbangan WCC dah.semalam bertolak dari Quezon City dalam pukul 10,sampai kat sini dalam pukul 1.15 pagi,alhamdulillah,selamat sampai ke destinasi.masa mula2 sampai tu,gelap giler,ak ingat masuk hutan mana dah,rupa2nya memang kat situ tempat dia.dalam hati ak dah kata,"habis la,kat Quezon City yang tengah bandar tu pun ak boleh bosan,xde wat pape,rasa sunyi,apatah lagi kat felda yang xde pape ni,huhuu".adei,tekanan perasaan betul.

lepas angkat barang2 masuk dalam bilik,terus ak baring,tido,malas nak fikir banyak2,wat serabut kepala ak je kan.tapi bilik dia ok la,siap ad aircond lagi,juz nice for a hostel u know.ai,punya la ak beli broadband hari tu,semata2 nak senang contact Malaysia..last2,hurm...at least ak leh update blog ak yang x seberapa ni kan.peneman ak dikala kesunyian,makacih blog(dah x betul agaknya borak2 dengan blog sendiri).

setakat tu je la kot dulu,kalau rajin n ad mood,ak g la amik gambar kat sekitar sini pastu letak dalam blog,kalau x,harap maaf la ye.

Ya Allah,tabahkanlah hati hambaMu ini,kuatkanlah semangatku untuk terus tinggal dan berjuang di negara orang ini.permudahkanlah segala urusanku di dunia dan akhirat.semoga ak dapat menghabiskan latihanku ini dengan secepat mungkin.semoga ak terus mendapat kerja selepas habis latihanku ini Ya Allah,sesungguhnya,hanya kepadaMu ak memohon,amin~