BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS �

Sunday, February 13, 2011

familyku~


Assalamualaikum dan salam perpaduan..hu,tetiba je rindu kat family ak(padahal hari2 rindu),jadi nak citer pasal family ak la sket.

mula ngan ayah ak,En. Amram bin Mat Yashim,lahir pada 28/10/1959,kerja dengan TNB,seorang ayah yang sangat ak hormati,sangat rajin bekerja dan seorang ayah yang tegas.dia merupakan role model ak dan ak sangat berharap dapat jadi seperti dia kalau ak ad keluarga sendiri nanti,bertanggungjawab dan penyayang.kemudian mak ak,Puan Jah binti Drani,lahir pada 21/2/1960,kerja sebagai seorang guru kat SK Ismail 1.seorang ibu yang penyayang dan memahami.kalau ak ad masalah atau tekanan perasaan,mak ak sentiasa ad untuk mendengar dan memberi nasihat kepada ak,seorang isteri yang baik dan ibu yang sangat penyayang,sentiasa bagi dorongan dan kata2 semangat kepada ak.Alhamdulillah,sangat bersyukur dikurniakan ibu dan ayah yang sangat baik,sangat bahagia mempunyai mak dan ayah seperti mereka.

seterusnya,ak sebagai anak sulung,malas nak cakap pape pasal ak.yang kedua,Muhammad Fadzil,lahir pada 12/7/1989,seorang yang pendiam,sangat suka anime dan manga(mcm ak,cm dia lg obses),dia pakai baju melayu hijau dalam gambar kat atas tu,sekarang tengah sambung Master kat Unimas dalam bidang Zoologi,masa kecil dulu ak banyak habiskan masa dengan dia,sebab dia langkau kelas,sekelas ngan ak masa darjah 5,haha,pastu masuk matrikulasi pun sekali,seorang adik yang sangat baik.seterusnya,Muhammad Fadlullah,lahir pada 20/7/1990,pakai baju melayu biru dalam gambar kat atas tu,yang ni pun pendiam jugak,sekarang wat degree in mechanical engineering kat Uniten,masa kecik2 dulu ak selalu jugak la gaduh ngan dia,xtau kenapa,tapi lepas ak masuk MRSM,dh x gaduh langsung,hehe.dia pun suka manga ngan anime jugak,tapi dia lebih kepada download movie,games n suka modify barang2 eletronik.desktop kat rumah tu memang penuh dengan game je,hehe.

kemudian,adik perempuan ak,Farahanim Aliza,lahir pada 30/7/1993,baru lepas SPM,sebelum ni belajar kat Sm Teknik Bachok,sekarang kena masuk PLKN,haha,cian kat dia,pakai baju hitam dalam gambar kat atas tu,yang ni degil sket,mungkin sebab dalam family ak ni sket je perempuan,so dia ni kasar sket,n garang,tapi dia takut la kat abang2 dia,hehe.dia ni banyak mulut sket,dan suka shopping,huhu,selalu jugak la kena marah dengan ak sebab degil,hehe.seterusnya,kembar,Muhammad Faizol dan Muhammad Faizal,lahir pada 23/8/1994,tahun ni amik SPM,yang abangnya pakai baju melayu merah kat atas,blaja kat Maktab Sultan Ismail,yang adiknya pulak pakai baju melayu kuning kat atas tu,sekarang belajar kat MRSM Kuala Krai.walaupun diorang ni kembar eiras,tapi perangai banyak jugak la bezanya,selalu gaduh time kecik2 dulu,xleh leka sket,mesti gaduh.Faizol ni sama macam adik perempuan ak tadi,degil dan garang,selalu jugak kena marah dengan abang2 dia,haha,Faizal ni pulak sama macam adik ak yang Fadzil tu,tapi dia xde la diam sangat,cuma sifat dan sikap tu serupa sket.ak doakan dua2 ni akan dapat result yang baik dalam SPM nanti.

seterusnya adik perempuan bongsu ak,Farahanum Alina,lahir pada 5/3/1997,sekarang belajar kat Maahad Muhammadi Perempuan,pakai baju pink dalam gambar kat atas,yang ni memang sangat sama dengan mak ak,muka dia,sikap dia,cuma dia garang je sket.banyak cakap,dan ak baru dapat tau yang dia minat Korea,adess,macaman la adik ak leh minat dengan arti korea ni,huhuu.sangat rajin wat kerja2 rumah,tolong mak ak,macam cuci pinggan ke,masak,menyapu dan seterusnya.akhir sekali,adik bongsu ak,Muhammad Farhan,lahir pada 23/8/1998,dia duduk antara mak dan ayah ak dalam gambar kat atas,sekarang belajar di SM Agama Sullamiah,Bunut Payong,adik bongsu ak ni sangat manja,mungkin sebab mak dan ayah ak manjakan sangat dia,biasa la,nama pun anak bongsu kan.sangat suka tengok TV,sampaikan dapat hafal citer2 kartun dalam TV tu,dan dia jugak sangat suka main game,terutamanya PS2 ngan komputer,kalau bab game,da memang expert la,kalah ak,haha.harap2 dah masuk sekolah menengah ni,kurang la sket keinginan dia nak tengok TV dan main game tu.

tak lupa juga kepada arwah nenekku yang baru meninggal tahun lepas,x sampai 3 bulan lagi rasanya dia pergi menghadap Yang Maha Pencipta,dia memang banyak berjasa kepada ak dan keluarga ak.dialah yang mengajar ak dan adik2 ak untuk bersolat,mengaji,berpuasa,dia jugak selalu bercerita tentang kisah2 Nabi masa ak kecil dulu.sesungguhnya,ak merindui nenek ak,sebab ak rasa masih banyak jasa dia yang ak masih belum balas,banyak rasanya dosa yang ak dah wat kat dia.betul la apa yang orang kata,kita takkan sedar betapa pentingnya sesuatu itu sehinggalah kita kehilangannya.semoga roh nenekku ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman,amin.

ak rasa setakat tu je la dulu kot pasal family ak,memang macam2 kerenah dan ragam dalam keluarga ak ni.tapi walau macamanapun,ak tetap sayangkan diorang,keluarga ak la yang paling penting buat ak,sebab keluarga ak je yang sayangkan ak dengan seadanya.ak harap keluarga ak akan kekal seperti ni sampai bila2.

Ya Allah,panjangkanlah umur ibu dan ayahku,berikanlah kesempatan kepadaku untuk membalas jasa2 ayah dan ibuku.Engkau lindungilah ahli keluargaku dari segala malapetaka.berikanlah petunjuk dan hidayahMu kepada kami,matikanlah kami dalam keadaan yang beriman kepadaMu,ampunilah dosa kami,permudahkanlah segala urusan kami di dunia dan akhirat,Amin~

Saturday, February 12, 2011

empty~

Assalamualaikum dan salam perpaduan...sori lama x update,xde mood sangat2 sebenarnya sekarang ni,byk sgt problem.lagipun ak amik keputusan nak kurangkan post pasal masalah ak dalam blog ni,xpun x post langsung lagi bagus rasanya,sebab bukan ad orang amik kisah pun kat?baik ak simpan sorang2,telan sorang2 je semua masalah ak tu,xde nak menyusahkan orang lain..mungkin ak ni jenis yang kena hidup sorang2 kot,asyik menyusahkan orang lain je ak ni,sakitkan hati dia,n macam2 lg la...stakat tu je kot,mls nk taip byk2,nanti tertaip pasal mslh ak plk,..


ni sket2 gambar,nnt la br ak upload byk2 sket~





suasana dalam kawasan masjid


Golden Mosque,dekat dgn recto,manila~

Friday, February 4, 2011

xde keje nk wat~

Assalamualaikum dan salam perpaduan..huhu,hari ni sangat bosan,jadi sebab xde benda nak wat,update blog je la kan.alhamdulillah,setakat ni medical check up berjalan dengan lancar.siap dapat jumpa dengan senior melayu lagi.borak2 dengan dia n tanya semua benda,ad la baik dan buruknya kat Filipina ni,tapi ak xnak citer lagi,sebab ak nk confirmkan dengan mata ak sendiri baru la ak leh citer kat sini.tapi salah 1 berita yang ak anggap sebagai berita baik adalah,melayu agak ramai kat Binalonan sana,dan setiap hari jumaat diorang sewa van untuk pegi solat jumaat,alhamdulillah la,bimbang jugak x dapat nak solat jumaat.penginapan pun diorang kata sangat bagus,tapi entertainment sangat kurang kat sana,diorang kata mcm duduk kat felda,adei,tapi xpe,kena alami dulu baru boleh tau macamana keadaan nanti kan.

hari ni sampai hari ahad xde wat pape,jadi akan sangat bosan,duduk dalam bilik je,kuar pun juz untuk on9 dengan makan je.Isnin ni ad interview dan body check up,diorang kata kalau xde aral melintang InsyaAllah hari khamis atau jumaat ni kitorang akan bertolak ke Binalonan,4 jam perjalanan dari Quezon City ni,jauh nak mampus,huhu.1 lagi berita yang ak anggap bagusnya,kat sini ad Maybank,dan kat Binalonan pun ad Maybank,so xde masalah la parent nak anta duit makan,cuma masalahnya ak xde akaun Maybank,huhuu,xpe,nanti try tanya leh buka akaun x kat sini nanti~

setakat tu dulu kot,xde idea dah,ni update pun sebab bosan tahap dewa.syukur la stress dah kurang sket hari ni.harap2 cepat la ak sesuaikan diri dengan life kat sini.sekian,wassalam~

Tuesday, February 1, 2011

stress tahap dewa~

Assalamualaikum dan salam perpaduan..well,hari ni mood ak sangat2 x baik,sangat2 stress..semuanya sebab medical check up..menambahkan beban yang dah tersedia ada..hari ni,kena kumpul pukul 8,tapi pukul 9 baru gerak,sebab driver lambat,ok,ak blh sabar lagi yang tu.lepas perjalanan dalam sejam,sampai la kitorang dekat DCA filipina,tapi sebab sampai lambat dan terlepas appoinment kitorang,kena tunda ke pukul 1,time tu baru pukul 11,pergh,dah menyirap sket~

kemudian diorang bawak pegi makan tengahari,ad ke patut bawak pegi KFC,apa je nak makan kat situ,macam la ayam dia sembelih,maka terpaksa la pegi kedai runcit beli roti dan air mineral,nasib baik ad kedai,kalau tak,kebulur..lepas makan,kitorang pegi duduk kat DCA tu,start dari pukul 12 sampai pukul 1.30 baru boleh masuk wat appoinment.tengok senarai,banyak jugak la nak kena test,mata la,psikologi la,neuro la,macam2,masa ak wat kat Malaysia xde pulak banyak macam tu.

sebab dah lewat,kitorang sempat test mata je,dan terbahagi kepada 3 bahagian,test rabun,test buta warna dan depth test.Astaga,ak x lepas depth test,macam nak nangis rasa,punya la lama menunggu,depth test je ak x lulus?dia suruh wat sekali lagi esok.budak2 lepas ak semua nasib baik sebab dapat jawapan dari yang lulus test tu,ak ngan sorang lagi je x lepas.masa tu memang x dapat bayang perasaan ak,dah la banyak masalah sejak datang ke sini,dengan jauh dari keluarga dan xde kawan2 kat sini,ak xde sape2 nak luahkan apa yang ak rasa,semua terbuku je dalam hati,dan tadi tu memang titik maksima ak boleh tahan.ak tahan sampai hotel,amik henset,call mak ak.nasib baik mak ak memahami,syukur ak ad seorang ibu yang sangat menyayangi ak dan sentiasa memberi dorongan kepada ak.terima kasih mak,epi xkan sia2kan harapan mak dan ayah lagi.

walaupun stress sangat2,dan rindu kepada keluarga dan seseorang,ak kena tabahkan hati ak,kuatkan semangat ak,semua ni cita2 ak sejak dari kecil lagi,ak xkan mengalah di tengah jalan..semoga ak lulus test esok hari.Ya ALLAH,tabahkanlah hatiku,kuatkanlah semangatku untuk mengharungi segala dugaan dan cabaran yang Engkau berikan padaku.semoga ak dapat mengharunginya dengan lancar dan penuh kesabaran.Lindungilah insan2 yang kusayangi dengan sepenuh hatiku sementara ak jauh dari mereka,dekatkanlah mereka di hatiku walaupun mereka jauh dari mataku,ak memohon kepadaMu Ya ALLAH,lindungilah mereka dari segala malapetaka,amin~

Sunday, January 30, 2011

seminggu di Filipina~

Assalamualaikum dan salam perpaduan..well,dah nak seminggu ak ad kat negara orang ni.dah boleh adapt dah sket2 dengan cara hidup diorang.walaupun tak makan nasi,alhamdulillah ak masih hidup dan bertenaga.

hari jumaat lepas,first time kuar jalan2,sebab nak cari masjid.cari punya cari,jauh giler baru jumpa sebuah masjid,nama masjid tu The Golden Mosque.jauh jugak la,naik train dari Anonas pastu turun kat stesen last,stesen apa ak lupa namanya.lepas tu kena jalan kaki pulak dalam 1 Km lebih2 rasanya.pusing2 ingatkan dah sesat,sekali jumpa daa,kat kawasan masjid tu penuh dengan kedai halal,memang muslim territory la,siap ad kedai makanan Malaysia lagi.lepas solat jumaat,kitorang makan kat kedai makanan Malaysia tu la,pergh,1st time jumpa nasi dalam masa 4 hari.ingatkan ad orang Malaysia,rupanya semua pekerja orang filipina,huhuu..ak ngan Azzan order nasi goreng special,Anas plk order nasi goreng Pattaya..lama jugak baru siap order kitorang,hahaperut dah nyanyi lagu rock baru sampai..

lepas makan tu kitorang pun amik keputusan jalan2 kejap kat kawasan tu.masuk 1 shopping mall tu,ingatkan nak tengok wayang apa yang ad,skali xde wayang,dah kena tutup,penat je naik sampai tingkat atas.dah xde angin nak jalan2,kitorang pun amik keputusan balik je la,huhu,penat berjalan..

semalam pulak xde pape nak wat,boring giler,ak pun ajak budak 2 orang tu g pasaraya,cari2 makanan sket,tak larat makan roti ngan sardin je hari2.kitorang pegi pasaraya kecil dekat dengan penginapan kitorang,tapi banyak la barang kat situ,makanan halal pun ad,even produk Malaysia pun ad kat situ,contohnya teh Lipton,made in Malaysia lagi..ad jugak makanan yang ad cop halal Jakim,barang Malaysia daa..ak beli roti gardenia,mangkuk,sudu,epal dan biskut.cukup la tu untuk bekalan minggu ni,total semua benda tu dalam 315 peso rasanya.

hu,rasa macam dah sewel sket ak ni..setiap 15 minit,mesti tengok henset,ad msj ke x..haha,lucu betul..padahal xde sape2 nak msj..menunggu je tiap2 hari..ai,sedih betul..apa nak jadi dengan ak agaknya..mengharapkan sesuatu yang x pasti..jangan jadi gila dah la,huhu..selalu tertanya2,kenapa orang lain boleh bahagia,boleh bercinta..tapi kenapa ak x boleh,kenapa ak selalu gagal dalam part ni..ak xtau apa silap yang ak dah buat...missing someone so much=(

esok start medical check up,harap2 semua berjalan dengan lancar dan settle dengan cepat.dah boring duduk kat sini dengan xde wat pape,x sabar nak tengok kawasan Binalonan,ntah macamana agaknya keadaan kat sana,harap2 makanan tak susah la nak cari kat sana,dah la jauh,2 jam perjalanan kalau ak x silap...

well,stakat tu je la dulu kot,harap2 semuanya berjalan dengan lancar..Ya ALLAH,kuatkanlah semangat hambaMu ini..sekian,wassalam..

Friday, January 28, 2011

tears...


airmata..haha,ak ingatkan ak xkan alirkan airmata lagi..tapi nyata jangkaan ak meleset..skali lagi air mata ak mengalir,atas sebab yang sama..mungkin ini padahnya apabila terlalu optimis dan mengharapkan sesuatu dengan terlalu yakin bahawa akan memilikinya suatu hari nanti....

pada saat ak perlukan sokongan untuk terus bertahan di negara orang ni,ak hilang salah 1 penyangga kepada keyakinan ak untuk terus tinggal di sini...yang dah memang sunyi,menjadi semakin sunyi....mungkin takdir ak hidup keseorangan..tanpa kasih sayang dari insan bergelar wanita...salahkah ak untuk menyayangi seseorang..tak layakkah ak untuk mereka..

Ya ALLAH,kenapa begitu berat dugaanMu ini..tabahkanlah hatiku ini Ya ALLAH...bantulah hambaMu ini menghadapi dugaanMu ini Ya ALLAH...sesungguhnya ak terlalu menyayanginya...

Tuesday, January 25, 2011

dah sampai Filipina~

Assalamualaikum dan salam perpaduan,huhuu..alhamdulillah,semalam selamat sampai ke filipina,selepas flight selama 3 jam lebih2....

first of all,thanks a lot kepada yang datang ke LCCT menghantar ak,adik tersayang,Fadlullah, dan kawan2:sos,fare,rez,deen,aya,zaza,nunu n sarah..thanks a lot..walaupun family x dpt dtg sebab bekerja,alhamdulillah diorang datang temankan ak,xde la rasa sedih sangat,thanks a lot korang,love u guys a lot.

semalam berlepas dari LCCT pkl 7.30,dan sampai di sini pada pukul 11.15n pagi,penat naik flight jauh2,huhuu..dah la makan nasi lemak kena charge rm10,mahal giler,rugi makan atas flight.lepas sampai tu ingatkan leh terus ke tempat blaja n rest,tapi rupanya kena naik keter pulak pegi bandar manila,jauh jugak,dalam 2 jam dari airport.sampai2 je kat ibu pejabat WCC,kitorang dapat tahu kena stay kat sini selama 10 hari untuk urusan pendaftaran dan medical check up,lama tu,dah la xde internet,makan pun susah,ni pun nasib baik jumpa CC,tapi xleh masuk fesbuk,xtau kenapa,adesssss.tekanan betul ak...nasib baik adik ak bagi roti semalam,makan roti tu je la wat masa ni,huhu,lapar seyh...

first 2 days ni,masih belum biasa dengan suasana dan keadaan kat sini,rindu sangat2 kat family ak dan dia,sebab ad yang datang dengan family,so ak macam keseorangan la,memang terasa sangat sunyi..harap2 cepat la ok,huhu,tekanan jugak kalau lama2 kena macam ni..tapi ak kena kuatkan semangat,setahun je duduk kat sini,maybe less kalau ak leh perform,so ak kena kuatkan semangat,usaha sebaik mungkin untuk capai cita2 ak ni,untuk masa depan ak,keluarga ak dan dia.

sebenarnya banyak nak citer,tapi sebab lapar,n on9 kat CC,idea nak wat ayat tu tak banyak sangat.nanti la bila dah pegi tempat blaja ad wifi,insyaAllah ak update sebaik mungkin blog ni,termasuk dengan gambar2 skali.insyaAllah ak cuba cari jalan untuk masuk dalam facebook nanti,banyak la dia punya security,huhuu..sekian,tu je la dulu kot,wassalam~