BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS �

Thursday, June 10, 2010

The Answer that i get after waiting for it~

salam..haha,xde pape sangat nk post sebenarnya,dh lama x post,sebab xde rasa nk post pape sebelum ni...tapi banyak sangat benda yang berlaku dalam hidup ak dalam masa yang terdekat ni...kejadian2 yang betul2 menguji tahap kesabaran dan tahap kewarasan ak...sesungguhnya,ak makin x memahami maksud "cinta" itu yang sebenarnya..apa itu "cinta",apa itu "persahabatan"....

selama ak hidup ni,yang ak selalu dengar,dua benda tu boleh wat orang bahagia,boleh wat orang hepi,boleh wat orang tersenyum..tapi kenapa ek apa yang ak alami x pernah sama dengan apa yang orang lain alami?kenapa ek setiap kali bila ak rasa ak dah jumpa kebahagiaan ak,setiap kali tu lah "kebahagiaan" itu meragut senyuman ak,meragut kegembiraan ak...ak makin x memahami hati dan perasaan orang2 zaman moden ni..yup,ak dah tua,ak akui,tapi ak rasa ak dah berada dalam dunia yang sangat2 asing bagi ak sekarang..dulu,zaman ak dulu,kawan2 lah tempat kita nak bergantung..tapi,sekarang,kawan2lah benda yang paling kita dah tak boleh nak percaya(walaupun tak semua)...

selama ni ak selalu bagi nasihat kat kawan2 ak,selalu dengar apa masalah2 diorang,tapi bila ak sendiri yang terkena,hahaha,ak xtau nak buat apa...semua perasaan ad,bercampur gaul,dah jadi rojak pun ad ak rasa....kenapa ek kejujuran macam dah tak wujud dalam dunia ni?kenapa ek penipuan seolah2 dah jadi budaya hidup masyarakat zaman sekarang?kenapa ek?setiap kali ak fikir benda2 ni,makin ak x faham...

ak xtau apa la salah ak dengan diorang kan...maybe ak ni jahat kot?deserve to be treat like that..well,ak akui mmg diri ak x sempurna pun,makacih la ek kamu2 semua,menyedarkan ak yang ak ni makhluk yang x sempurna...maybe kat dahi ak ni dah ad cop,"sila la wat pape yang anda suka kat saya,nak pijak ke,nak hancurkan hati dan perasaan ke,asalkan anda gembira" yang mana ak x nampak(sbb kat dahi,mcmn nk tgk) dan mereka2 ini nampak..

dua kali benda yang sama berlaku dalam hidup ak..kenapa ek?luka lama berdarah kembali,jadi makin dalam lukanya..ak kena jadi manusia yang macamana ek baru ak x alami semua benda2 ni?haruskah ak berubah?haruskah ak amik tindakan drastik?kalau bukan sebab ak belajar agama time sekolah dulu,maybe ak dah gila kot masa mula2 dapat tau semua kebenaran tu..

papepun,nak rehatkan minda jap,dah xleh nk fikir balik,teringat kat someone la plk,haish....papepun,harap bahagia la ye,ak doakan yang terbaik la..jangan masing2 tipu sama tipu sudeyh...if i ever know that you make her cry,you betrayed her,i'll search for you,and i'm gonna kick your f**king ass,mark my words..wassalam~

Monday, May 17, 2010

mythbuster~

salam..hoho,nak citer pasal salah satu rancangan feveret ak dalam astro,"mythbuster"..rancangan ni pasal diorang uji mitos2 dan kesan2 khas dalam muvi2 samada benar2 boleh berlaku atau tidak..

so dalam hari ni punya episod,dia uji pasal kebakaran dapur,peluru meriam dari keju,dan letupkan bom(C4) dalam microwave dalam masa 60 saat seperti dalam muvi...well,untuk kebakaran dapur tu,dia uji samada betul ke tak kalau kita guna air untuk padamkan periuk yang ad minyak yang tengah terbakar tu akan membuatkan api tu makin marak atau tak..well,suprisingly,memang betul,jangan gunakan air untuk padamkan periuk yang tengah terbakar dengan minyak di dalamnya menggunakan air sebab api akan marak secara tiba2 disebabkan minyak yang sangat panas tu mengewapkan air lalu menyebabkan ianya terbakar sekali dan memarakkan api tersebut,so kalau nak padamkan periuk yang tengah terbakar,sila gunakan pemadam api k...

untuk peluru meriam dari keju tu,mitos dari zaman dahulu,di mana tentera british terpaksa guna keju sebagai peluru meriam sebab peluru dah habis,so diorang pun uji la mitos tu..diorang gunakan 3 jenis keju,yang ak tak ingat nama2nya,haha,well,salah satu dari keju tu memang sesuai untuk jadi peluru meriam,sebab boleh menembusi kain layar kapal,yang dua lagi tu,hancur sebelum kena sasaran~so,jangan main2 dengan makanan,hohoo~~

untuk letupkan C4 dalam microwave tu,dia nak uji samada betul tak letak bom dalam microwave dan set selama 60 saat boleh meletupkan bom tu atau tak,seperti dalam filem2 omputeh..selepas diuji,bom tu meletup tak sampai 3 saat pun,so mitos muvi tu tak logik la,sebab kalau 3 saat,sekali dengan hero tu mati kena letupkan,x sempat nak lari pun,huhuu~~~

well,tu je la kot,rancangan2 macam ni bagi sesetengah orang mungkin membosankan,tapi bagi ak,ad baiknya tengok benda2 macam ni,sebab at least ad jugak pengetahuan2 yang kita boleh belajar kan,ilmu datang dalam berbagai bentuk,tak semestinya kita belajar kat sekolah baru dapat ilmu,tapi melalui pengalaman dan keadaan sekeliling kita juga boleh mengajar kita banyak perkara~~setakat tu je la dulu kot,hehe,sekian,wassalam:)

i'm sorry

Assalamualaikum~well,ak post ni,nak betulkan salah faham dalam post ak yang sebelum ni,unspoken words tu.....well,ak tuju post tu untuk kawan ak masa kat matrik dulu,sekali ad yang lain yang terasa pulak,adei,sori2,nak wat macamana,takkan ak nak letak nama dalam post ak kan,ak still jaga kehormatan orang tu,jaga hati orang tu walaupun dia tak jaga hati ak~so di sini,ak nak minta maaf sangat2 la kalau ad sesape yang terasa hati dengan post ak yang sebelum ni...ak pun baru start ber blog,so insyaallah ak akan tingkatkan skill ber blog ak supaya apa yang ak nak sampaikan tu tak disalah anggap lagi dan tak ad salah faham lagi~~so,maaf atas segala salah faham yang berlaku,wassalam~

Sunday, May 16, 2010

unspoken words~~

salam....well,post saja2 je sebenarnya ni~~ak rasa harus ak post la kali ni,kalau dok simpan dalam hati lama2 nanti,jadi catalyst untuk kemarahan pulak nanti kan~

so,dalam hidup ni,kita jumpa macam2 jenis manusia la kan,ad yang baik,ad yang kurang baik,biasa la,kita semua ad kekurangannya yang tersendiri,ak sendiri pun tak sempurna,ak akui...kawan,biasanya indah,bila hang out sama2,borak2,kongsi macam2~~tapi hidup ni macam roda,kita akan jumpa jugak kawan yang perangai macam bulls**t,at least once in a lifetime~tapi kalau difikirkan,ad jugak hikmahnya jumpa manusia macam tu,boleh train anger management dan tingkatkan tahap kesabaran kita kan~sesungguhnya,agak sakit la juga kalau bila kita tiba2 tahu yang kawan kita tipu kita selama ni dalam macam2 hal,sebarkan aib pasal kita,tikam kita dari belakang,kutuk kita kat belakang kita,sampaikan sesetengah orang pun terpengaruh & kutuk kita jugak,kawan yang kita dah anggap macam adik kita sendiri kan,macam agak terasa nak meletup juga la masa mula2 tahu~

Tapi alhamdulillah la,tahap kesabaran ak dah meningkat sekarang,kalau ak yang dulu,mungkin ak dah belasah sampai lunyai kot,alhamdulillah la,segala cabaran yang ak hadapi selama ni,mengajar ak erti kesabaran~~well,nak wat macaman kan,nama pun kawan,selagi ak boleh tahan,selagi tu la ak anggap dia kawan ak~~berani kerana benar,takut kerana salah....well,ad betul jugak kata2 pepatah tu kan,kita boleh tengok la bila ad orang buat salah dengan kita,diorang akan takut nak pandang kita,seolah2 ad menyembunyikan sesuatu~~tapi ALLAH maha berkuasa,sepandai2 tupai melompat,jatuh ke tanah juga kan~tapi,walaupun ak diam,tak bermakna selama2nya ak boleh bersabar,jangan sampai melepasi tahap kesabaran ak sudah,kalau tak,pandai2 la tanggung nanti....renung2kan,selagi ad kesabaran,selagi tidak melampaui batas,ak takkan berpatah arang..wassalam~

Saturday, May 8, 2010

Masya'Allah~~

Assalamualaikum. ..
buat santapan sahabat semua..
Moga dapat manfaat dari apa yang dibaca dan moga kita termasuk kedalam golongan yang disayangiNYA...Aminnnnnn

Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat tu, adalah dosa besar,dan malahan lebih hina drpd khinzir..Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat spt yg dikisahkan pd zaman NabiMusa A.S

Begini kisahnya... pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yg sudah berumahtangga , dia tak de zuriat lalu, terdetik dlm hati dia (nazar), "kalau aku dpt anak, aku akan minum air kencing anjing hitam." Nak dijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak. Bila dah dpt anak, laki ni pun runsinglah.. . Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam.

Syariat pd zaman Nabi Musa berbeza dgn syariat yg turun utk umat Nabi Muhammad. kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yg haram, maka tak payah buat, tapi kena denda(dam) atau sedekah.. Tapi, kalau zaman Nabi Musa, brgsiapa bernazar, walaupun haram,tetap kena laksanakan nazar tu..lalu, si lelaki yg dapat anak tu, dgn susah hatinya, pun pegilah bertemu dgn Nabi-Allah Musa.. Dan menceritakan apa yg terjadi ke atas dirinya..lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu xpayah minum air kencing anjing hitam, tapi akan minum air yg lebih hina dr air kencing anjing hitam.

Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut utk pergi menadah air yg jatuh dr bumbung rumah orang yg meninggalkan sembahyang dan minum air tu. lalu, lelaki tu pun senang hati, menjalankan apa yg diperintahkan oleh Nabi
Musa tadi...

Lihat.. betapa hinanya org yg meninggalkan solat, sampai dikatakan air yg jatuh dr bumbung rumah dia, lbh hina dr air kencing anjing hitam.. Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi.. Menyentuh bab air
tangan ni, selalu kita suka makan masakan ibu, isteri kita. Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah solat, sbb kalau meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan,
nasi, dsb..anak-anak, suami pulak yg akan makan makanan yg dimasak. takkan nak biarkan suami & anak2 gelap hati minum air tangan org tinggalkan solat..tak gamakkan? tapi.. lain pulak halnya dgn kita ni..
pagi petang..

mamak!! teh tarik satu, roti canai satu.. ada pulak segelintir tukang masak yg tak solat.. kita pun makan bekas air tangan dia...gelaplah hati kita.. sbb tu liat nak buat keja2 yg baik. beware apa yg kita makan... betapa beratnya amalan solat ni, hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra' Mikraj, sedangkan kewajipan2 lain memadai diutus melalui Jibril a. s.

Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kpd Saidina Ali (& utk umat Islam) , "As-solah as Solah wa amalakat aimanukum." maknanya,"Solat, solat jgn sekali kamu abaikan dan peliharalah org2 yg lemah di bawah tanggunganmu.

" jadi, sama2lah kita pelihara solat kita, dr segi zahir & batinnya, kerana amalan solatlah amalan yg mula2 akan ditimbang di neraca Mizan kelak~~~~

wassalam~~

Saturday, April 24, 2010

cuti2 malaysia~

salam~lama x post,hoho~internet kat rumah mcm hampeh,so x dapat nak post selalu,ni pun nasib baik internet rumah makcik kamal laju,huhu~

wokeh,nak citer sket je,hari jumaat lepas bertolak dari rumah,sampai KL dalam pkl 10 malam,pastu tido dalam kete,wahaha,first time tido dalam kete,not bad la~pastu esoknya,bertolak ke johor,pegi rumah poji,abang dia kawen,pegi dua kete,kete ak sebuah~ingatkan dekat je johor,rupa2nya jauh jugak,adess,nasib baik la bawak secara berhemah(dalam 140-160 km/h),haha~

stop kat R&R kawasan johor,minum2 jap,pastu sambung balik perjalanan,dan dengan bantuan dari peta yang yana bagi("sangat2 membantu"),kami pun sampai la kat rumah poji~first thing,cari tandas,haha,pastu baru makan~ak makan sate je,x rasa nak makan banyak~after pengantin dah sampai,dah salam2 semua,kami pun gerak la,pegi rumah yana pulak,dia ajak makan,so pegi je la~sampai rumah dia,makan pulut kuning dengan rendang,solat,pastu layan citer cina jap~

skali dah lewat,ak pun ajak la diorang gerak,jauh tu nak balik,nak tengak MU lawan lagi,haha~pastu bertolak balik,macam biasa,bawa secara berhemah,haha~sampai kat niai dalam pkl 7.20,solat,pastu terus gerak pegi 15(maple)~time tu dah 10 minit match start,dengan penatnya,tengok jugak match tu dengan semangat,haha~nasib baik la MU menang,berbaloi la dengan kepenatan ak tu~3-1 beb,puas hati jerit,haha,lepas la jugak tension tu~after that,balik uniten anta d33n ngan nipa,ingat nak tido dalam kete lagi,tapi kamal x bagi,so tinggal kete kat amanah,naik kete kamal pegi rumah makcik dia,hohoo,tapi esoknya kena tido dalam kete balik la sbb kamal dh blk shah alam nnt~insyaallah,isnin tengahari gerak balik rumah~moga perjalanan dilindungi ALLAH nanti,amin~tu je la kot,walaupun x berapa detail kali ni post ak,tapi at least post jugak kan,ngeh3~tu je la kot setakat ni~imy~wassalam~

Thursday, April 15, 2010

Jangan~~

Jangan sengaja lewatkan solat.
Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita.


Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.

Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan.


Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.


Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).


Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.


Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam perjalanan.


Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.


Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.


Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.


Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.


Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.


Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.


Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.



Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.


Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.


Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.



Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.



Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan kita.




ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.

'Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun'
(Sabda Rasulullah SAW)



'Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.'