Suatu hari seorang bayi siap untuk dilahirkan ke dunia~~
Dia bertanya kepada Tuhan : " Para malaikat disini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya kedunia, tetapi bagaimana cara saya hidup disana; saya begitu kecil dan lemah ?"
Dan Tuhan menjawab: "Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Ia akan menjaga dan mengasihimu ."
Bayi bertanya lagi: "Tetapi disini; didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa...Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia."
"Malaikatmu akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia"
"Dan bagaimana bisa saya mengerti disaat orang-orang berbicara kepada saya jika saya tidak mengerti bahasa mereka ?"
"Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar; dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara berbicara."
"Dan apa yang akan saya lakukan saat saya ingin berbicara kepadaMu ?"
"Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa"
"Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya ?
"Malaikatmu akan melindungimu; walaupun hal tersebut mungkin akan mengancam jiwanya"
"Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak melihatMu lagi"
"Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku, dan akan mengajarkan bagaimana agar kamu bisa kembali kepadaKu; walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu"
Disaat itu, Syurga begitu tenang dan heningnya sehingga suara dari Bumi dapat terdengar, dan sang bayi bertanya perlahan
"Tuhan, jika saya harus pergi sekarang, bisakah Kamu memberitahuku nama malaikat tersebut ?"
"Kamu akan memanggil malaikatmu itu: "IBU "
Ingatlah sentiasa kasih sayang dan pengorbanan ibu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa..... Dialah satu-satunya harta yang tiada galang gantinya dunia akhirat....
Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak yang sedang membesar...sesungguh nya Syurga itu dibawah telapak kakimu...
Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
1) Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
2) Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
3) Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, dan dosa-dosa yang silam
4) Di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."
Ya ALLAH~berkatilah hidup ibuku yang telah banyak berkorban untuk diriku ini~tika ku gembira,dialah di sisi untuk berkongsi kegembiraan ku,ketika ku bersedih,dialah yang menenangkan hatiku~sesungguhnya ibuku telah banyak berkorban untuk diriku ini~kurniakanlah kepada ibuku kesihatan dan ampunkanlah dosa2 ibuku Ya ALLAH~amin~
"Sampaikanlah walau satu ayat"
Sunday, March 14, 2010
Malaikatmu.. ...tersentuh hati~~~
Posted by kaduk at 5:26 PM 0 comments
Monday, March 8, 2010
kawan makan kawan~~
alkisahnya~~
tetiba je hari ni ak dapat msj dr member lama ak~pelik jgk,sbb jarang dia msj ak,time kat matrik dl je rapat~mula2 saling bertanya khabar,sihat ke x,mcmn study,haha,mula2 tu gelak2,hepi2 je,x pasal2 tetiba je dia sedey,nangis2 mengadu kat ak,ingatkan pasal apa~~rupanya dia baru clash,huhuu,ciannya member ak ni,punya la dok pujuk dia td,tanya mcmn leh clash,padahal dia tu punya la baik n syg kat awek dia tu,pelik jgk ak mcmn dia blh clash,kata pasangan ideal masa kat matrik dl,huhuu~~
rupa2nya,awek dia dh kn kebas,n yg kebas tu member dia sndr,pergh!!!menyirap sial ak dgr dia kata mcm tu~selama ni ak selalu dgr istilah "member makan member","backstabbing","gunting dalam lipatan","musuh dlm selimut" n lain2~tp x pernah plk bnd2 mcm ni terjadi kat org2 yg terdekat ngan ak,ingatkan semua ni terjadi dlm muvi or drama2 melayu je~punya la kesian kat member ak ni,selama ak knl dia,dia punya la baik,x pernah pun ak tgk dia sakitkan hati org lain~
kalau member ad masalah,dia la yg selalu ad,bak kata dia ni kawan time menangis n ketawa la,mmg terbaik la,ak pun rasa awek dia bertuah dpt dia,huhuu~~tgk2 member,kawan,sahabat,teman seperjuangan,yg dipercayai selama ni,yg diharap blh tlg kt di masa ssh,di masa senang,sanggup kebas awek member sndr?apa jenis manusia tu?dh xde perempuan lain ke,punya la ramai perempuan dalam dunia ni,tp awek member ko jgk yg ko kebas,what the hell?harapkan pagar,pagar makan padi~ak kesian giler2 kat member ak ni,dh la jatuh,dipijak member lg~~tp nasib la dia ni jenis yg sabar,n dengan luahkan kat ak apa yg terpendam tu,dia mcm dh ok sket~tp bg ak bnd ni x patut berlaku la~sebagai manusia,x patut lgsg wat member mcm tu~selama ni dia dok tlg kt,tp kt wat mcm ni,bagai bg bunga dibalas ngan taik lembu la kan?
ak tersangat2 bengang~kalau la bnd ni terjadi kat ak,mmg ak belasah kaw2 la,tiada maaf bagimu bak kata pepatah melayu~ak maybe je nmpk diam,tp kalau ak btl2 marah,mmg nahas la,hehe~~buat sahabatku itu,bersabarlah,ak akan sentiasa menyokong ko~sbb mmg x adil bnd ni berlaku kat ko,tp mungkin ad hikmahnya~kalau ko x tahan,ko juz call or msj ak je,ak sentiasa ad untuk bg ko smgt~~n bg member ko tu,ko mmg lahabau la,agak celaka la bg ko sebagai insan bergelar manusia wat mcm tu kat org yg baik mcm member ak ni~harap2 ko dpt balasan ko nnt~~huhuu,terlebih2 la plk ak marah,haish,padahal member yg kn(=,=)
papepun,sori wat sape2 yg baca ni,post kali ni agak kasar sket,hehe,x tahan beb bila member kn mcm tu~kalau ad tersalah bicara,terkasar bahasa,ampun n maaf dipinta~nama sahabat ak tu xleh la nk sebut kat sini,privasi,:)
ok la,rasanya ckp la kot dl~selamat maju jaya buat sahabatku,jgn kau berputus asa,insyaallah ad yg lebih baik untukmu~~wassalam~~
Posted by kaduk at 7:12 AM 0 comments
Saturday, March 6, 2010
GAMBARAN MANUSIA YANG BERDOSA DI PADANG MASYAR~~
BERWAJAH KERA
Suka menabur fitnah sesama manusia
BERWAJAH KHINZIR (babi)
Suka memberi & menerima rasuah
BUTA KEDUA BELAH MATA
Hakim yang zalim ketika menjatuhi hukuman
PEKAK DAN BISU
Suka menunjuk-nunjuk amal ibadat & kebajikan yang dilakukan kepada orang lain.
TUBUH YANG MENGALIR NANAH & DARAH YANG AMAT BUSUK SERTA MENIKAM LIDAHNYA BERULANG KALI
Golongan yang berilmu & mengajar orang lain tetapi perbuatannya sendiri tidak sama dengan apa yang dikatakannya.
BADANNYA LUKA SEPERTI DIHIRIS
Menjadi saksi tetapi berbohong terhadap kebenaran
BERJALAN TERHOYONG - HAYANG SEPERTI CACAT
Orang yang kedekut membelanjakan sedikit hartanya untuk kebajikan
BERJALAN SEPERTI MABUK
Orang yang suka bercerita hal-hal dunia didalam masjid
RUPA BADANNYA SEPERTI KHINZIR
Suka makan riba - orang yang digelar along @ ceti
TIDAK BERTANGAN & TIDAK BERKAKI
Suka menyakiti @ menyusahkan jiran sekeliling
WAJAH & BADANNYA SEAKAN KHINZIR
Suka mempermudahkan solat & lalai dalam solatnya hingga sering terlupa rukun
PERUTNYA DIPENUHI ULAR & KALAJENGKING YANG SERING MENYENGAT-NYENGAT
Tidak mahu mengeluarkan zakat terhadap dirinya, pendapatannya, terhadap perniagaan & lain-lain zakat
BADANNYA SANGAT BUSUK SEPERTI BAU BANGKAI
Melakukan maksiat secara sembunyi-sembunyi
TIDAK BERLIDAH & DARAH YANG BUSUK MENGALIR DARI MULUT
Malas dan jarang mengucap dua kalimah syahadah
BERJALAN KAKI KEATAS & KEPALA KEBAWAH, DARAH DAN NANAH SENTIASA MENGALIR DARI KEMALUAN
Suka melakukan zina
MUKA HITAM & PERUTNYA DIPENUHI API
Suka makan harta anak yatim
KULIT DIPENUHI SOPAK & KUDIS
Orang yang menderhaka kepada kedua orang tuanya
GIGINYA SEPERTI TANDUK LEMBU LIDAH TERJELIR HINGGA KEPERUT, NAJIS & AIR KENCINGNYA SENTIASA MENGALIR KELUAR DARI KEMALUAN
Orang yang suka minum arak @ segala jenis benda yang menghayalkan seperti dadah dan lain-lain.
Posted by kaduk at 12:31 PM 0 comments
Wednesday, March 3, 2010
DAHULUKAN KEPENTINGAN ALLAH....
Ayat2 Al Quran yang boleh diamalkan :
Untuk elak suami/isteri dan anak2 bergaduh : Surah Al Baqarah - Ayat 102
Anak2 pandai belajar : Surah Al Anbiyaa'- Ayat 79
Anak2 lembut hati/ elak panas baran : Surah Al Anbiyaa - Ayat 69 dan
Surah Al Hasyr - Ayat 22-24
Anak2 malas sekolah : Surah Toha ayat 1-5
Ayat pendinding : Ayat akhir surah At Taubah
Bg anak2 yg suka keluar malam : Surah Ar Ruum Ayat 31. Baca 33x
Untuk jadi pendinding rumah : Surah Al Baqarah dibaca & tiup pada air
dan spray keliling rumah
1 minit untuk mengingat Allah
Langkah 1:
* Sebutlah dengan sepenuh hati dan lidah yang fasih:
* SUBHANA'LLAH
* ALHAMDULI'LLAH
* LAA I LAAHA ILLA'LLAH
* ALLAHU AKBAR
* ASTAGHFIRU'LLAH
* LAA ILAAHA ILLA'LLAH, MUHAMMADUR RASULU'LLAH
* ALLAHUMMA SALLI WA SALLIM WABARIK ' ALA SAYYIDINA MUHAMMAD WA AALIHI* WA SAHBIHI AJMA'EEN
Langkah 2:
* Hayatilah sedalamnya akan makna ayat demi ayat, perkataaan demi
perkataan
Langkah 3:
* sebarkanlah kepada rakan2 anda yang anda kasihi~
Hasil 1:
* Dalam tempoh satu jam anda telah berjasa mengajak mereka untuk
mengingat, berdoa dan bermunajat kepada ALLAH SWT.
Hasil 2:
* Dalam tempoh satu jam anda telah berjasa mengajak mereka untuk
mengingat, berdoa kepada Nabi Muhammad SAW.
Wassalam~~~
Posted by kaduk at 3:36 AM 0 comments
10 protokol~~
Seminit untuk kita beringat... DIINGATKAN SEMULA supaya tak lupa...
Protokol ke 10 Yahudi mengandungi 8 perkara....
1.. Song....
Lagu-lagu yang menghiburkan. . jika ada anak-anak yang tak tau mengucap..
tetapi boleh menghafal lagu Hindustan yang panjang berjela... Ada
anak-anak yang tak hafal Fatihah.... tapi boleh mengingati lagu Siti
Nurhaliza yang panjangnya berdepa depa..... berjaya sudah Yahudi....
Hingga kita terfikir.... . bagaimana jadinya radio kalau tanpa lagu?
2. ...Sex.....
Lagi satu kegilaan remaja dan yang tua. Sex dimana-mana. . di kaca tv,
dalam filem, dalam iklan... babak sex amat lumrah.. kekadang adegan sex
tak diperlukan, tetapi diselitkan jua sehingga ada orang menonton filem
hanya kerana ada adegan sex... filem 18SX amat laris berbanding filem
U... VCD lucah mudah didapati... dan harganya amat murah... Adakah filem
yang tiada adegan sex? Lagi sekali berjaya sungguh Yahudi
laknatullah. .....
3. ...Smoke....
Rokok.. menjadi kegilaan para remaja... sehingga dikatakan tidak moden
jika tidak merokok... malah sekarang merokok menjadi budaya bagi
mana-mana perempuan yang kononnya mau digelar "up to date".. Dulu yang
merokok ini golongan pelacur saja.... ataupun penari kabaret.... (aku
tengok dari filem P Ramlee).... Syabas yahudi... berjaya lagi kamu....
4. .....Sport.. .
Pelbagai jenis sukan ditonjolkan dan lelaki dengan perempuan sama-sama
berlumba mencari nama dalam sukan... hinggakan sekarang bola sepak pun
perempuan main juga.. Bila bersukan, tutup aurat mestilah jauh sekali,
sembahyang pun banyak yang miss... bukan yang bermain sahaja tak
sembahyang.. . yang menonton pun tak sembahyang juga... Kalau menonton di
rumah... akan lambat sembahyang sebab takut tak nampak macam mana masuk
GOL.... Yahudi gol lagi.... sampai ada ulamak kata... kerana sukan..
sembahyang boleh tangguh... Masya-Allah, ..
5. .. Fun..
Hiburan...di mana-mana kita dapat hiburan yang melalaikan.. .. Kalau kita
lihat dalam 100 majalah.. mungkin 99 adalah majalah hiburan..
termasuklah majalah mangga... yang menayangkan buah mangga artis
perempuan... . Kalau ada konsert.... sanggup orang Islam bertandang
hingga menghabiskan banyak wang dan bila ke konsert.... pelbagai maksiat
akan diselit masuk.... Yahudi terhibur lagi....
6.... Female...
Perempuan... tawaran Yahudi yang amat mengasyikkan. .terutama dalam
iklan..yang kadang-kadang tidak ada kena mengena dengan perempuan...
Kalau kita ke kedai bateri kereta.... di hadapan bateri terpampang gadis
sunti separuh bogel beraksi... apa kena mengena bateri kereta dengan
perempuan?.. . kalau iklan Modess... perempuan ada patutlah... Yahudi
bersorak lagi.....
7...Fashion. ...
Fesyen terutama perempuan yang bermacam- macam.. sehinggakan kalau pakai
tudung pun mereka dah tak menutup aurat.... Macam mana dikatakan
bertutup aurat jika bertudung tetapi berbaju ketat yang kekadang
menampakkan pusat? Yang mewarnakan rambut lagi teruklah... Buat apa
bertudung kalau rambut diwarnakan.. .. Bila warnakan rambut.. mestilah
tidak bertudung sebab kalau bertudung.. bagaimana nak menayangkan warna
rambut yang terkini itu... Kalau dah rambut diwarnakan.. . sembahyang pun
tak sah... malah mandi hadas pun tak sah sebab kebanyakan pewarna adalah
kalis air... itu tak kira yang cukur bulu kening lagi... Yahudi ketawa
lagi....Umat islam sudah jadi macam Yahudi....
8. .. Food..Makanan. .
Lagi satu kegilaan Umat Islam terutama makanan dari Barat termasukalah
McD, Kentucky , Pizza hut... dan seribu satu macam lagi... Buah kurma
yang menjadi makanan Rasulullah dipandang hina.... masuk rumah pun
setahun sekali bila bulan Ramadan... tapi makanan Barat menjadi
kebanggaan.. . Bila makanan datang dari Barat.. adakah kita yakin tentang
halalnya? Contohnya Kentucky .. rempahnya datang dari Amerika.... siapa
nak pergi check... halal ke tidak? Bila makan benda haram, masakan iman
menjadi mantap... Maka lahirlah Umat Islam yang bukan perangai saja
macam yahudi... tetapi berfikiran pun macam yahudi...
Nauzubillah. ....Yahudi makan Islam lagi...
Itu baru protokol yang ke 10......yang lain-lain entah macam-macam
lagi.... aku cinta Malaysia ...... tapi lebih cintakan ALLAH..... oleh
itu, jika berlaku pertembungan antara kepentingan manusia dengan
kepentingan Allah......
Posted by kaduk at 3:34 AM 0 comments
kisah 3 ekor kura2~~
Pada suatu hari, ada 3 ekor kekura (kura-kura) hendak pergi berkelah
bersama-sama. Kekura pertama membawa makanan, kekura kedua membawa
minuman, sedangkan kekura ketiga tidak membawa apa-apa pun.
Di dalam perjalanan tiba-tiba hujan pun turun dengan lebatnya,
sehingga mereka tidak boleh meneruskan perjalanan. Kemudian timbul
perbualan di antara mereka.
Kekura I: "Ermmm..... salah seekor daripada kita mesti balik untuk
amik payung. Siapa yang nak pergi ni?"
Kekura II dan I saling pandang memandang, dan sepakat menuding Kekura III.
Kekura III: "Tak nak lah. Aku jalan lambat dan nanti aku nak sampai
sini lagilah terlambat. Pasti korang akan bedal makanan ni semua."
Kekura I & II: Taklah. "Kita orang tunggu sampai engkau datang."
Kekura III: "Betul??? Kalau aku lambat 1 jam?"
Kekura I & II: "Kita orang akan tetap tunggu."
Kekura III: "Kalau 3 jam?"
Kekura I & II: "Kita orang akan tetap tunggu."
Kekura III: "Kalau 1 hari?"
Kekura I & II: "Kita orang akan tetap tunggu."
Kekura III: "3 hari?"
Kekura I & II: "Kita orang akan tetap tunggu."
Kekura III: "5 hari?"
Kekura I & II: "Kita orang akan tetap tunggu."
Kekura III: "1 minggu?"
Kura I & II: "Kita orang akan tetap tunggu."
Kekura III: "2 minggu?"
Kekura I & II: "Kita orang akan tetap tunggu. Engkau pergi je lah."
Dengan berat hati, akhirnya Kekura III pun berangkat. Kekura I & II
menunggu dengan setia. Sehari, dua hari dan seminggu telah berlalu.
Kekura III tidak juga balik. Setelah dua minggu berlalu, Kekura I & II
sudah tidak dapat menahan lapar.
Kekura I : "Aku dah tak tahan lapar ni. Kita makan je lah."
Kekura II: "Aku pun dah nak pengsan ni. Jom kite habiskan makanan ni."
Tiba-tiba Kekura III muncul dari semak dan berseru "Hoi! Nasib baik
aku belum pergi lagi. Kalau tak, pasti engkau orang habiskan makanan
ni kan ? kan?!!!"
Posted by kaduk at 3:16 AM 0 comments
Tuesday, March 2, 2010
Paku Di Dinding~~
Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku.
"Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut.
"Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita
ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya. Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut.
Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan.
Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun.
Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan.
Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya.
Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata "Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini.
Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah, tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatan mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal.
Sahabat adalah permata yang sukar dicari. Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakkan kamu ke arah kejayaan.
Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka hatinya kepada kita.
Maafkan saya, sekiranya saya pernah meninggalkan kesan berlubang di dinding hati anda.
Posted by kaduk at 7:42 AM 0 comments

