BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, December 14, 2010

Tanda2 Seseorang Itu Mencintaimu~

Assalamualaikum dan salam perpaduan..tengah blogwalking tadi,tetiba terpandang 1 post yang menarik,jadi nak kongsi la kat sini~


  1. Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu.Yang dia tahu hanya kamu satu-satunya di hati dan matanya.
  2. Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih,dia tidak peduli.Yang penting kamu bahagia dan dia sentiasa mengimpikanmu.
  3. orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu seadanya,di hati dan matanya kamulah yang tercantik walaupun kamu merasakan berat badanmu bertambah.
  4. orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui hari ini,dia ingin tahu kegiatanmu.
  5. orang yang mencintai kamu akan mengirim SMS seperti 'selamat pagi','selamat hari minggu','selamat tidur','take care' dan lain2 lagi,walaupun kamu tidak membalas SMSnya,kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya,menyatakan dalamcara yang berbeza,bukan "aku CINTA padamu",tetapi terselindung di sebalik ayat2 lain rasa cinta itu.
  6. Jika kamu menyambut hari jadi dan kamu tidak menjemputnya ke majlis yang kamu adakan,setidak-tidaknya dia akan menelefon atau menghantar SMS untuk mengucapkan selamat hari lahir kepadamu.
  7. orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersamamu,bahkan mungkin kejadian yang kamu sudah lupakan,kerana saat itu terlalu berharga buatnya untuk dilupakan,dan saat itu pasti matanya berkaca kerana saat bersamamu itu tidak boleh berulang selalu.
  8. orang yang mencintai kamu sentiasa mengingati kata2 yang kamu ucapkan,bahkan mungkin kata2 yang kamu sendiri sudah lupa pernah diungkapkan,kerana dia menyemat kata2mu di hatinya,berapa banya kata2 yang penuh harapan yang kau tuturkan kepadanya,tetapi akhirnya kau musnahkan?pasti kau lupa,tetapi tidak bagi orang yang mencintai kamu.
  9. orang yang mencintai kamu akan cuba menyukai lagu2 kegemaranmubahkan mungkin meminjam CD kamu,kerana dia ingin tahu apa kegemaranmu-kesukaan kamu kesukaannya juga,walaupun sukar meminati kesukaanmu,tetapi akhirnya dia berjaya.
  10. kalau kali terakhir kalian berjumpa kamu sedang batuk2 dan demam,dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya khabarmu-kerana dia bimbang tentang kamu,peduli tentang kamu.
  11. jika kamu menyatakan akan menghadapi ujian,dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung,dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS "all the best" untuk menaikkan semangatmu.
  12. orang yang mencintai kamu akan memberikan kamu satu barang miliknya yang mungkin bagi kamu adalah sesuatu yang biasa,tetapi baginya adalah sesuatu yang istimewa.
  13. orang yang menyintai kamu akan terdiam sesaat ketika sedang bercakap dengan kamu,sehingga kamu menjadi bingung.sebenarnya saat itu dia merasa gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.
  14. orang yang mencintai kamu ingin selalu berada di sisimu dan menghabiskan hari2nya hanya dengan kamu.
  15. jika satu saat kamu kena berpindah ke daerah lain,dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa keburukan kepadamu.
  16. di hatinya dia benar2 takut kehilangan mu,pernah dengar 'jauh di mata,dekat di hati"?
  17. orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara berbanding kekasih.
  18. orang yang mencintai kamu selalu melakukan perkara2 yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari,atau mengejutkan kamu dengan SMS di tengah malam.Sebenarnya ketika itu dia memikirkanmu.
  19. orang yang mencintai kamu kadang2 merindukanmu dan membuat hal yang memeningkanmu.Namun ketika kamu menyatakan yang perbuatanmu mengganggumu,dia akan meminta maaf dan tidak akan melakukannya lagi.
  20. jika kamu memintanya untuk mengajarmu sesuatu perkara maka dia akan mengajarmu dengan penuh sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia.bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu.dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaanmu walaupun sesukar mana permintaanmu itu.
  21. kalau kamu melihat handphonenya kamu akan melihat nama kamu menghiasi sebahagian besar dari inboxnya.dia masih menyimpan SMS2 kamu walaupun kamu mengirimnya berbulan2 atau bertahun2 yang lalu.dia juga menyimpan surat2 kam ditempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda2 berharga buatnya.
  22. jika kamu memberi reaksi menolak atau menjauhkan diri darinya,dia akan menyedarinya dan menghilang dari hidupmu,walaupun hal itu membunuh hatinya.
  23. jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan menunggumu kerana sebenarnya dia tidak pernah mencari orang lain ,dia sentiasa menunggumu.
  24. orang yang begitu mencintaimu,tidak pernah memaksa kamu memberikan sebab dan alasan,walaupun hatinya meronta untuk mengetahui,kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan kerenahnya.Saat kau pinta dia berlalu,dia pergi tanpa menyalahkanmu,kerana dia benar2 mengerti apa itu cinta~

di ambil dari http://ceriterasangkurakura.blogspot.com/~

dah lama tak update~

Assalamualaikum dan salam perpaduan,hehe,long time no see,dah lama tak update blog ni,penyebab utamanya malas,idea banyak tapi kemalasan ni selalu je membantutkan usaha untuk sentiasa meng"update" blog ni,huhuu...

kali ni takde benda nak citer sebenarnya,tapi juz nak kongsi sedikit petua la yang ak dapat dari ayah ak dan kawan ayah ak,petua ni berguna wat orang yang selalu travel jauh la.Yang pertama,kalau kita travel jauh,contohnya dari KL ke kelantan,adalah sebaik2nya berhenti minum di kedai sebelum anda sampai ke rumah,ini adalah supaya "penumpang2" anda yang tak dapat dilihat dengan mata kasar tu akan turun di situ dan bukannya di rumah anda,hehe..seterusnya,bila dah sampai rumah,anda tak digalakkan terus naik ke rumah,anda dinasihatkan supaya jalan2 dulu di sekeliling rumah anda,baru la anda naikke rumah anda.

Nasihat yang berikutnya,bila dah naik rumah tu,jangan terus pegang anak anda(yang kecik2),sebab diorang masih lemah lagi,nanti meracau pulak anak anda tu..ok,seterusnya petua kalau anda tengah drive sorang2 & tetiba je anda nampak ad "penumpang" menumpang kereta anda.baca bismillah,pastu selawat 3 kali,pastu ketuk bumbung kereta anda 3 kali,insyaAllah dia akan pergi.

hehe,tu je la kot untuk post kali ni,insyaAllah nanti ak akan update blog ak ni(kalau tak malas la).jadi,jumpa lagi di lain hari,sekian,wassalam=D