well,post kali ni special sket,sebab ni berkenaan ngan first time ak fly,wahaha..tengahari tadi,28/9/2010,hari selasa,kami berempat-ak,Khairul,Vinod,Hassan-naik kereta Mr Khairul menuju ke Subang Airport,sampai kat sana tepat2 orang tengah azan zohor,hohoo.well,lepas prepare,kami sedia untuk flying test kami.Airplane yang kami akan naik adalah jenis Cessna,single propeller,4 seater.tepat pukul 2,ak ngan khairul memulakan penerbangan kami dengan diketuai oleh Miss Nana,instructor di situ.Time tu ak duduk belakang dulu,haha,bagi khairul dulu duduk depan.
Masa naik tu,memang excited giler la,first time naik flight la katakan,memang best giler,haha.masa kat atas(1,500 feets),ak tengok bawah,pemandangan kat subang tu memang indah la,huhuu..Pastu Miss Nana kata kat Khairul,"Ok,you have control",dia bagi peluang kat Khairul cuba bawa kapal terbang tu,haha,naik pening jugak la ak masa Khairul bawa tu,sebab angin agak tak tenang,so kapal terbang tu bergegar la,macam naik kapal laut pun ad,duduk belakang pening wooo,haha...lps setengah jam,kami bertukar kedudukan masa kat atas tu,ak duduk kat depan,Khairul duduk belakang pulak,haha,masa tu perasaan ak mixed la,nervous ad,excited pun ad.Masa Miss Nana bgtau ak in control of the airplane,wallawei,baru ak tau perasaan bawa airplane,tak la susah sangat tapi memerlukan kemahiran juga la,haha,nak maintain 1500 feet la,nak turn right left la,nak kena tambah thrust masa climb la,semua tu ak dah belajar teori,so xde masalah sangat la masa nak praktikkan tu,haha.
Masa nak landing tu pun menarik juga,sebab masa tu cross wind bertiup,so airplane kitorang terapung sekejap sebelum Miss Nana tolak stering untuk mendaratkan airplane tu,"DUP",bunyi tayar kena landasan,haha,ak rasa tak puas lagi masa tu,rasa macam nak naik lagi sekali je tapi apakan daya,tunggu masa kat flying school nanti la nampaknya,haha,tak sabarnya~~kemudian lepas kitorang turun,giliran Vinod ngan Hassan pulak,boleh tengok muka diorang cuak,haha..kemudian ak,Khairul ngan Mr Khairul pun makan la sambil nak tunggu diorang tu habis fly.lepas semua selesai,kitorang bergambar sket kat airport tu,kemudian baru balik.Maka secara rasminya ak dah grad dari Transair Academy,haha,tunggu nak pergi Filipina pulak,insyaAllah bulan sebelas ni kalau xde aral melintang~
Well,tu je la kot untuk post kali ni,hehe,pengalaman yang ak takkan lupakan sampai bila2~okeh,nak rehat jap,sekian,wassalam:)