BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Friday, July 23, 2010

Noktah Cinta_Hafiz~

Ternyata semua bicaraku
Tersimpan di dalam hatiku
Ternyata semua soalanku
Tak pernah kau fikir di fikiran

Ternyata kau masih
Mencari kepastian dalam cinta
Dan disini masih
Menanti jawapannya

Tuhan tolong nyatakanlah
Padanya tentang cinta
Adakah masih diriku di perlukan

Tuhan tunjukkan padanya
Tentang apa yang ku fikirkan
Adakah cinta ini
Perlu untuk dirinya

Berbicara tentang cinta kita
Masih tiada noktah penghujungnya
Berbicara tentang perasaan
Simpan saja semua itu

Mengapa kau masih
Mencari kepastian dalam cinta
Dan disini masih
Menanti jawapannya

Thursday, July 8, 2010

Adios uniten~

Assalamualaikum..well,kembali lagi meng"update"kan blog ak yang memang jarang di update,haha...macam biasa,kemalasan melanda diri ini sejak kebelakangan ni..banyak benda nak post,tapi lepas fikir2 balik,biar la,baik ak rawat luka dalaman ak ni yang makin parah,nasib baik tak kena masuk hospital bahagia,kalau tak,haruuu,wakaka....

al-kisahnya,seperti tajuk post ak tu,tujuan ak kalii ni nak ucapkan selamat tinggal kepada Uniten,tempat ak belajar,menimba ilmu,berkawan,bersukan dan macam2 lagi..banyak yang ak pelajari sepanjang berada di Uniten...ak keluar dari Uniten pun sebab kesilapan dan kebodohan ak sendiri,walaupun masih diberi peluang untuk sambung di Uniten,tapi lepas fikir sedalam2nya dan amik kira semua faktor dan kejadian2 yang telah berlaku,ak amik keputusan nekad tinggalkan Uniten...banyak sangat kenangan manis semasa berada di Uniten..di Unitenlah ak mula bermain bola,masuk team Valencia,dijemput masuk ke dalam team tu oleh Badran,senior ak kat Uniten..thanks a lot,dan maafkan ak wahai teammate ku sekalian kerana tidak sempat menjalankan tugas sebagai kapten Valencia untuk musim ni,moga Ehwan dapat meneraju Valencia untuk menghadapi Uniten Cup tahun ni,insyaallah...

ramai yang ak kenal sepanjang di uniten,ak minta maaf atas segala salah silap,halalkan makan minum ak,doakan ak sebagaimana ak doakan korang semua...terutamanya kepada yang rapat sangat2 dengan ak,poji,kamal,fare dan sos,thanks a lot korang sebab bagi ak banyak kenangan manis sepanjang kat sana...thanks jugak kepada zaza,gurl pertama ak kenal kat uniten,dan geng2 dia,thanks a lot..semoga ALLAH merahmati kalian..

ak juga nak minta maaf kepada wan dan bali,sebab tak dapat join korang untuk volleyball tahun ni,tapi ak rasa ramai pelapis yang power2,hehe,all the best untuk team volleyball Uniten,chaiyok2,moga dapat pingat lagi tahun ni k..thanks a lot jugak kepada insan2 yang baru ak kenali sebelum ak kuar dari uniten ni,arina,ateeka,azi,noin,azrai,elle dan yang lain2,memang best dapat kenal ngan korang;)

sesungguhnya di Uniten tersangat la banyak kenangan ak masa kat sana,manis ad,pahit pun ada...harap2 ak dapat lupakan semua kenangan pahit tu(walaupun agak impossible),ak nak ingat kenangan manis je,huhuu...mungkin bukan rezeki ak untuk jadi engineer..walaupun dah kuar Uniten,tapi ak dah lama rancang back up plan,tapi tak boleh bagitahu korang semua lagi,sebab dah confirm nanti baru ak nk bagitau korang semua,hohoo...yang ak boleh bagitahu,ak mengejar cita-cita ak yang dah lama terpendam,impian ak sejak kecil lagi..insyaallah,ak takkan lepaskan peluang kali dan dan usaha sebaik yang mungkin untuk gapai impian ak tu...

hurm,banyak lagi nak taip,tapi atas sesuatu sebab,dah jadi malas nak taip banyak2,haha..banyak yang ak rasa masa nak amik keputusan meninggalkan Uniten,sedih ad,marah ad,gembira pun ad,macam rojak la orang kata,huhuu....yang penting,ak doakan semua rakan2 ak dan adik ak kejayaan dan yang terbaik kepada mereka semua...kenang daku dalam doa kalian..insyaallah,kalau panjang umur dan ad rezeki,ak akan pegi melawat korang semua nanti,ak akan usaha pergi jumpa dengan korang,tu pun kalau korang nak jumpa dengan ak la,wahaha=P

well,setakat ni dulu la kot,hehe,wassalam~~:)