BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Monday, May 17, 2010

mythbuster~

salam..hoho,nak citer pasal salah satu rancangan feveret ak dalam astro,"mythbuster"..rancangan ni pasal diorang uji mitos2 dan kesan2 khas dalam muvi2 samada benar2 boleh berlaku atau tidak..

so dalam hari ni punya episod,dia uji pasal kebakaran dapur,peluru meriam dari keju,dan letupkan bom(C4) dalam microwave dalam masa 60 saat seperti dalam muvi...well,untuk kebakaran dapur tu,dia uji samada betul ke tak kalau kita guna air untuk padamkan periuk yang ad minyak yang tengah terbakar tu akan membuatkan api tu makin marak atau tak..well,suprisingly,memang betul,jangan gunakan air untuk padamkan periuk yang tengah terbakar dengan minyak di dalamnya menggunakan air sebab api akan marak secara tiba2 disebabkan minyak yang sangat panas tu mengewapkan air lalu menyebabkan ianya terbakar sekali dan memarakkan api tersebut,so kalau nak padamkan periuk yang tengah terbakar,sila gunakan pemadam api k...

untuk peluru meriam dari keju tu,mitos dari zaman dahulu,di mana tentera british terpaksa guna keju sebagai peluru meriam sebab peluru dah habis,so diorang pun uji la mitos tu..diorang gunakan 3 jenis keju,yang ak tak ingat nama2nya,haha,well,salah satu dari keju tu memang sesuai untuk jadi peluru meriam,sebab boleh menembusi kain layar kapal,yang dua lagi tu,hancur sebelum kena sasaran~so,jangan main2 dengan makanan,hohoo~~

untuk letupkan C4 dalam microwave tu,dia nak uji samada betul tak letak bom dalam microwave dan set selama 60 saat boleh meletupkan bom tu atau tak,seperti dalam filem2 omputeh..selepas diuji,bom tu meletup tak sampai 3 saat pun,so mitos muvi tu tak logik la,sebab kalau 3 saat,sekali dengan hero tu mati kena letupkan,x sempat nak lari pun,huhuu~~~

well,tu je la kot,rancangan2 macam ni bagi sesetengah orang mungkin membosankan,tapi bagi ak,ad baiknya tengok benda2 macam ni,sebab at least ad jugak pengetahuan2 yang kita boleh belajar kan,ilmu datang dalam berbagai bentuk,tak semestinya kita belajar kat sekolah baru dapat ilmu,tapi melalui pengalaman dan keadaan sekeliling kita juga boleh mengajar kita banyak perkara~~setakat tu je la dulu kot,hehe,sekian,wassalam:)

i'm sorry

Assalamualaikum~well,ak post ni,nak betulkan salah faham dalam post ak yang sebelum ni,unspoken words tu.....well,ak tuju post tu untuk kawan ak masa kat matrik dulu,sekali ad yang lain yang terasa pulak,adei,sori2,nak wat macamana,takkan ak nak letak nama dalam post ak kan,ak still jaga kehormatan orang tu,jaga hati orang tu walaupun dia tak jaga hati ak~so di sini,ak nak minta maaf sangat2 la kalau ad sesape yang terasa hati dengan post ak yang sebelum ni...ak pun baru start ber blog,so insyaallah ak akan tingkatkan skill ber blog ak supaya apa yang ak nak sampaikan tu tak disalah anggap lagi dan tak ad salah faham lagi~~so,maaf atas segala salah faham yang berlaku,wassalam~

Sunday, May 16, 2010

unspoken words~~

salam....well,post saja2 je sebenarnya ni~~ak rasa harus ak post la kali ni,kalau dok simpan dalam hati lama2 nanti,jadi catalyst untuk kemarahan pulak nanti kan~

so,dalam hidup ni,kita jumpa macam2 jenis manusia la kan,ad yang baik,ad yang kurang baik,biasa la,kita semua ad kekurangannya yang tersendiri,ak sendiri pun tak sempurna,ak akui...kawan,biasanya indah,bila hang out sama2,borak2,kongsi macam2~~tapi hidup ni macam roda,kita akan jumpa jugak kawan yang perangai macam bulls**t,at least once in a lifetime~tapi kalau difikirkan,ad jugak hikmahnya jumpa manusia macam tu,boleh train anger management dan tingkatkan tahap kesabaran kita kan~sesungguhnya,agak sakit la juga kalau bila kita tiba2 tahu yang kawan kita tipu kita selama ni dalam macam2 hal,sebarkan aib pasal kita,tikam kita dari belakang,kutuk kita kat belakang kita,sampaikan sesetengah orang pun terpengaruh & kutuk kita jugak,kawan yang kita dah anggap macam adik kita sendiri kan,macam agak terasa nak meletup juga la masa mula2 tahu~

Tapi alhamdulillah la,tahap kesabaran ak dah meningkat sekarang,kalau ak yang dulu,mungkin ak dah belasah sampai lunyai kot,alhamdulillah la,segala cabaran yang ak hadapi selama ni,mengajar ak erti kesabaran~~well,nak wat macaman kan,nama pun kawan,selagi ak boleh tahan,selagi tu la ak anggap dia kawan ak~~berani kerana benar,takut kerana salah....well,ad betul jugak kata2 pepatah tu kan,kita boleh tengok la bila ad orang buat salah dengan kita,diorang akan takut nak pandang kita,seolah2 ad menyembunyikan sesuatu~~tapi ALLAH maha berkuasa,sepandai2 tupai melompat,jatuh ke tanah juga kan~tapi,walaupun ak diam,tak bermakna selama2nya ak boleh bersabar,jangan sampai melepasi tahap kesabaran ak sudah,kalau tak,pandai2 la tanggung nanti....renung2kan,selagi ad kesabaran,selagi tidak melampaui batas,ak takkan berpatah arang..wassalam~

Saturday, May 8, 2010

Masya'Allah~~

Assalamualaikum. ..
buat santapan sahabat semua..
Moga dapat manfaat dari apa yang dibaca dan moga kita termasuk kedalam golongan yang disayangiNYA...Aminnnnnn

Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat tu, adalah dosa besar,dan malahan lebih hina drpd khinzir..Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat spt yg dikisahkan pd zaman NabiMusa A.S

Begini kisahnya... pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yg sudah berumahtangga , dia tak de zuriat lalu, terdetik dlm hati dia (nazar), "kalau aku dpt anak, aku akan minum air kencing anjing hitam." Nak dijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak. Bila dah dpt anak, laki ni pun runsinglah.. . Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam.

Syariat pd zaman Nabi Musa berbeza dgn syariat yg turun utk umat Nabi Muhammad. kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yg haram, maka tak payah buat, tapi kena denda(dam) atau sedekah.. Tapi, kalau zaman Nabi Musa, brgsiapa bernazar, walaupun haram,tetap kena laksanakan nazar tu..lalu, si lelaki yg dapat anak tu, dgn susah hatinya, pun pegilah bertemu dgn Nabi-Allah Musa.. Dan menceritakan apa yg terjadi ke atas dirinya..lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu xpayah minum air kencing anjing hitam, tapi akan minum air yg lebih hina dr air kencing anjing hitam.

Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut utk pergi menadah air yg jatuh dr bumbung rumah orang yg meninggalkan sembahyang dan minum air tu. lalu, lelaki tu pun senang hati, menjalankan apa yg diperintahkan oleh Nabi
Musa tadi...

Lihat.. betapa hinanya org yg meninggalkan solat, sampai dikatakan air yg jatuh dr bumbung rumah dia, lbh hina dr air kencing anjing hitam.. Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi.. Menyentuh bab air
tangan ni, selalu kita suka makan masakan ibu, isteri kita. Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah solat, sbb kalau meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan,
nasi, dsb..anak-anak, suami pulak yg akan makan makanan yg dimasak. takkan nak biarkan suami & anak2 gelap hati minum air tangan org tinggalkan solat..tak gamakkan? tapi.. lain pulak halnya dgn kita ni..
pagi petang..

mamak!! teh tarik satu, roti canai satu.. ada pulak segelintir tukang masak yg tak solat.. kita pun makan bekas air tangan dia...gelaplah hati kita.. sbb tu liat nak buat keja2 yg baik. beware apa yg kita makan... betapa beratnya amalan solat ni, hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra' Mikraj, sedangkan kewajipan2 lain memadai diutus melalui Jibril a. s.

Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kpd Saidina Ali (& utk umat Islam) , "As-solah as Solah wa amalakat aimanukum." maknanya,"Solat, solat jgn sekali kamu abaikan dan peliharalah org2 yg lemah di bawah tanggunganmu.

" jadi, sama2lah kita pelihara solat kita, dr segi zahir & batinnya, kerana amalan solatlah amalan yg mula2 akan ditimbang di neraca Mizan kelak~~~~

wassalam~~