BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, April 24, 2010

cuti2 malaysia~

salam~lama x post,hoho~internet kat rumah mcm hampeh,so x dapat nak post selalu,ni pun nasib baik internet rumah makcik kamal laju,huhu~

wokeh,nak citer sket je,hari jumaat lepas bertolak dari rumah,sampai KL dalam pkl 10 malam,pastu tido dalam kete,wahaha,first time tido dalam kete,not bad la~pastu esoknya,bertolak ke johor,pegi rumah poji,abang dia kawen,pegi dua kete,kete ak sebuah~ingatkan dekat je johor,rupa2nya jauh jugak,adess,nasib baik la bawak secara berhemah(dalam 140-160 km/h),haha~

stop kat R&R kawasan johor,minum2 jap,pastu sambung balik perjalanan,dan dengan bantuan dari peta yang yana bagi("sangat2 membantu"),kami pun sampai la kat rumah poji~first thing,cari tandas,haha,pastu baru makan~ak makan sate je,x rasa nak makan banyak~after pengantin dah sampai,dah salam2 semua,kami pun gerak la,pegi rumah yana pulak,dia ajak makan,so pegi je la~sampai rumah dia,makan pulut kuning dengan rendang,solat,pastu layan citer cina jap~

skali dah lewat,ak pun ajak la diorang gerak,jauh tu nak balik,nak tengak MU lawan lagi,haha~pastu bertolak balik,macam biasa,bawa secara berhemah,haha~sampai kat niai dalam pkl 7.20,solat,pastu terus gerak pegi 15(maple)~time tu dah 10 minit match start,dengan penatnya,tengok jugak match tu dengan semangat,haha~nasib baik la MU menang,berbaloi la dengan kepenatan ak tu~3-1 beb,puas hati jerit,haha,lepas la jugak tension tu~after that,balik uniten anta d33n ngan nipa,ingat nak tido dalam kete lagi,tapi kamal x bagi,so tinggal kete kat amanah,naik kete kamal pegi rumah makcik dia,hohoo,tapi esoknya kena tido dalam kete balik la sbb kamal dh blk shah alam nnt~insyaallah,isnin tengahari gerak balik rumah~moga perjalanan dilindungi ALLAH nanti,amin~tu je la kot,walaupun x berapa detail kali ni post ak,tapi at least post jugak kan,ngeh3~tu je la kot setakat ni~imy~wassalam~

Thursday, April 15, 2010

Jangan~~

Jangan sengaja lewatkan solat.
Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita.


Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.

Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan.


Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.


Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).


Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.


Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam perjalanan.


Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.


Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.


Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.


Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.


Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.


Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.


Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.



Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.


Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.


Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.



Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.



Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan kita.




ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.

'Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun'
(Sabda Rasulullah SAW)



'Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.'