BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Friday, March 26, 2010

Satu Pergi,Seribu Datang??


Salam~~tetiba tergerak hati nak post pasal benda ni hari ni,semua sebab kata2 dari seorang kawan tadi,"xpe sorang pegi,seribu mari nanti"~~serius ak x setuju dengan kata2 dia tu,& ak turut terasa sedikit marah la dengan statement dia,sebab bagi ak kata2 tu x patut wujud pun dalam dunia ni~

kata2 tu seolah2 menghina perkataan "sayang" dan "cinta"~sebab kalau ayat tu diungkapkan,seolah2 kita x pernah serius dalam perhubungan kita~rasa sayang yang diungkapkan hanyalah sekadar ungkapan dari mulut sahaja,tetapi tidak ikhlas dan tulus dari hati~seolah2 mereka hanya ber-couple untuk suka2 sahaja,hanya untuk mengisi masa lapang,sebab bagi ak,kalau la ad rezeki ak dapat awek,memang ak akan stay sampai ke jinjang pelamin~

maybe zaman sekarang anak2 muda terlalu dihidangkan dengan cara hidup atau gaya hidup cara barat,sehinggakan pemikiran mereka pun terlalu kebaratan~adakah sehingga cara hidup mereka pun kita nak tiru?selalu bertukar2 pasangan?tidak setia?tidak jujur dengan pasangan masing2?apabila ungkapan sayang itu diungkapkan,seharusnya ia tulus dan ikhlas dari hati,serius dan bukan main2~

apabila sayang itu muncul dalam hati ini,peganglah ia dengan sekuat2nya,jangan biarkan ia terlepas,sebab ak sendiri pernah mengalami keadaan itu dulu~serius,sakitnya sangat dahsyat,sebab bukan mudah untuk ak menyayangi seseorang,ak jenis setia pada yang satu(kalau xnak percaya xpe,it's ok)~ak ditinggalkan oleh si dia,betapa selama itu ak sayang dia,ak jaga dia,ak x faham kenapa dia dengan senangnya tinggalkan ak,ak ad wat salah ke,ak ad sakitkan hati dia ke?seribu 1 soalan menerjah pemikiran ak ketika itu~

ak memerlukan setengah tahun untuk hilangkan rindu ak kepada dia,setahun untuk menerima pemergian dia~selama itu ak menderita~adakah tidak cukup kejujuran dan keikhlasan dalam perhubungan?serius,hancur lebur hati ak masa tu,ak memang kecewa giler babeng la masa tu~sebab tu ak bengang bila perkataan "xpe sorang pegi,seribu mari nanti",seolah2 prinsip hidup ak ni salah selama ni~


ades,makin melalut pulak,huhuu~~sket je lagi,jadi bagi sahabatku itu,jangan la sekali2 ko ungkapkan ayat tu lagi~jangan sampai ko yang terkena baru ko nak menyesal~kalau dah ad tu,jujur dan sayangilah pasangan anda,terima dia seadanya,baik buruk dia,terima seadanya,jangan sampai sudah kehilangan dan terasa pedihnya baru nak menyesal~~jujur,ikhlas,sayang,percaya antara satu sama lain,itu antara foundation untuk kekal lama,dan insyaallah sampai ke akhir hayat~

teringat lirik lagu DeHearty,"Dialah Permata Yang Dicari~Selama Ini,Baru Ku Temui~Tapi Ku Tak Pasti,Rencana Illahi~Apakah Dia Kan Ku Miliki~Ya ALLAH,Jika Dia Benar Untukku~Dekatkanlah Hatinya Dengan Hatiku~Jika Dia Bukan Milikku~Damaikanlah hatiku Dengan KetentuanMu~~"

Insyaallah,jangan berputus asa~~

Setakat ni la dulu kot,sekadar luahan hati terhadap apa yang diungkapkan oleh sahabatku itu dan dari dalam hati ini sendiri~Wassalam~~

Tuesday, March 23, 2010

Sambutan Besday~~



Salam~wokies,nk citer sket pasal sambutan besday ak semalam~~well,sebenarnya xnak sambut pun besday ni,sebab besday time final exam,so xnak la menyusahkan dak2 ni yang tengah menghadapi final jugak,tapi diorang wat jugak,so,thanks a lot guys,really appreciate it,menyusahkan korang je:)

petang tu,kamal call,ajak makan malam tu,dah boleh agak dah sebenarnya,tapi on je la kan,diorang mesti dah plan,xkan nk sia2kan usaha diorang,hehe~~after that,si poji,my roommate ni pun kuar,katanya nak pegi bangi jumpa bakal kakak ipar dia,so x kisah la,tinggal sorang2 kat bilik~~

pukul 8 malam,ak pun turun la dari A6 sebab kamal kata dah sampai,tengok2 dalam kete dia ad d33n,haha,ikut jugak mamat tu,xde hal la~pastu poji n fare naik kete siam(hilmi),ak naik kete kamal skali ngan d33n~~gerak pegi upten,skali lagi ramai tunggu kat situ,haha,syaza & azwa naik kete loli,zaza & intan naik kete wan,yana naik kete kamal~so konvoi la kami 4 kete menuju ke putrajaya,ntah kedai mana diorang amik pun ak xtau,huhuu~~

jauh punya perjalanan,maka sampai la kami kat kedai tu,pergh,penat den,jauh tu nak sampai~masuk kedai tu,susun meja,maka duduk la kami ber-13 orang kat meja tu~wahaha,time nak amik order tu,ak xtau nak order apa,semua makanan pelik2,ades,dah la mahal2 pulak tu,tapi kamal kata,"xpe duk,ko amik je apa2 yang ko nak,all on me",katanya~~so ak pun punya la fikir2,xtau jugak nak makan apa,dak2 ni semua dah order,tinggal ak sorang je,wahaha~~pastu kamal & fare dok paksa2 suruh pilih makanan,ak pun pilih la ciken chop,nasi goreng seafood,french fries & jus tembikai susu,wallawei,banyak siot ak makan,sori2 kamal,haha~


pastu order kami pun sampai,dan ak boleh pulak x perasan poji & fare hilang,skali muncul kat belakang ak ngan kek coklat,haha,terkejut ak,rupa2nya petang tu poji keluar beli kek daa,siot je,haha~~ak sebenarnya tengah moody time tu,tapi ak cuba jugak sembunyikan moody ak tu,haha,sorry you guys,korang mesti perasan kan,tapi ak cuba jugak senyum semalam demi korang,hehe~~lepas tengok semua benda yang korang buat untuk ak semalam,ak betul2 hepi,hilang terus moody ak,haha,thanks to all of you,kamal,poji,fare,siampau,loli,d33n,yana,zaza,azwa,syaza,wan & intan,really appreciate it,huhuu~~buat yang x pegi semalam,aya,sarah,nunu & sos,xpe korang semua xde pun,it's ok,sebab masing2 ad keje nak kena buat kan,ak anggap korang semua hadir skali semalam,walaupun jauh di mata,tapi dekat di hati;)

well,that's all i think for now,nak study sket,esok ad paper,hehe~~last but not least,thanks to all of you,really appreciate it,moga ALLAH merahmati kamu semua,hehe,all the best for you guys,chaiyok2~~salam sayang dari insan yang lemah ini kepada kamu semua,hehe~~wassalam~~

Monday, March 22, 2010

Usia Dah Makin Bertambah~~



salam~~haha,uish,sedar x sedar,hari ni genap umur ak 22 tahun,ngeh3,dh berusia,hohoo,sedey+terharu+gembira,senang kata semua perasaan ad la,dh jd rojak dah,haha~~first time dalam hidup ni sambut besday time final exam,adesss,sakit2~semalam dah lepas 2 paper,lg 3 paper,chaiyok2~~

banyak dugaan yang ak hadapi minggu ni,dengan exam yang ntah pape ak jawab semalam,pastu henset plk rosak sebab ak mandikan dia dengan air hujan(x perasan terjatuh,hukhuk,sedar2 dah basah,adesss)~habis je paper petang semalam,terus gerak g the mines,naik moto azrizal,nak naik kete xleh,sbb no plat kat depan tu hilang,adess,masalah betul~~sampai2 dekat pukul 7,dia kata amik masa sejam,ak pun lepak la kat tempat bowling sambil baca newspaper~

lepas solat maghrib,pukul 8 pg la nak amik henset tu,skali kn bayar rm230,astaghfirullahalazim,sakit jantung ak,hukhuk,nak wat macamana,dah baiki,bayar je la,pokai2~~T__T~~pastu amik je henset,terus la balik bilik,sampai2 kat amanah ad la dalam pukul 9 kot,x ingat sangat,pergh,penat tahap dewa,seharian x rest,haha~~pastu terus tido,terbangun dekat2 pkl 12,sebab kawan2 anta mesej besday,waaa,besday ak ke,terlupa,hakhak(sebab mamai)~~family ak pulak wish pagi tadi,dalam pkl 7.15 kot mesej mak sampai,hehe,thanks mak & ayah sebab membesarkan anakmu ini penuh dengan kasih sayang;)

thanks to all yang sudi wish besday ak,semoga ALLAH merahmati kalian juga,n thanks for the special wish this morning,i really appreciate it;)

maybe that's all for today,hehe,nak masak breakfast jap,tak makan dari semalam lagi,adesss,all d best wat yang ad paper hari ni,chaiyok2,moga dipermudahkan oleh ALLAH dalam menjawab exam,hehe~~

Ya ALLAH,ampunilah hambaMu ini yang telah banyak berdosa,tunjukkanlah hambaMu ini jalan yang benar,teguhkanlah keimananku,lindungilah ahli2 keluargaku dan insan yang ku sayang dari segala kecelakaan,kurniakanlah kami kejayaan di dalam hidup di dunia dan di akhirat,tabahkanlah hati kami dalam menghadapi segala dugaanMu,matikanlah kami dalam keadaan yang beriman kepadaMu,sesungguhnya segala yang berlaku ad hikmahnya yang tersendiri,amin~~

Friday, March 19, 2010

stress~~



hohoo,terasa lama x update blog ni(padahal malas)~~

alkisahnya,lg 2 hari dh nk final exam,start 22/3/2010 n tamat pada 28/3/2010,haish,mantap~ad 2 paper pada 22 hb,1 paper pada 25,26 & 28 masing2 ad 1 paper,& insyaallah 29 bertolak balik kelantan,huhuu~~~

lagi 2 hari nk final,dan stress ku makin menggunung,ditambah plk dengan masalah2 yang x settle2 lg,huhuu,dalam masa sebulan ni la ak paling banyak mendapat dugaan sepanjang hidup ni,huhu,sangat tertekan~

tp alhamdulillah,ad jugak kawan2 yang sudi dengar masalah ak & tolong kurangkan bebanan yang ak tengah tanggung sekarang,walaupun x banyak berkurang,tapi sekurang2nya korang dah tolong ak kan,thanks u all,really appreciate it,huhuu~~sepanjang ak stress tu,rasanya ramai yang ak wat sakit hati,so,maaf dipinta dari sesape saja yang ak telah sakitkan hatinya,maafkan diri ini yang sememangnya lemah dan tidak sempurna~~

ak selalu dengar lagu pasal senyum,terutama dari raihan & letto~~"senyum di waktu susah tanda ketabahan,senyuman itu tanda keimanan",so,ak pun cuba la senyum sebanyak yang mungkin,walaupun kadang2 senyuman itu palsu,tapi cukuplah untuk menyembunyikan kesedihan & tekanan yang dirasai ini~~

"ku tahu,mawar x seindah dirimu~~awan,x seteduh tatapanmu~~tetapi,kau tahu yang ku tunggu hanyalah senyumanmu",lirik lagu senyumanmu by letto,ak sgt suka part ni,huhuu,teringat lagu i'll be right here waiting for you by richard marx(T__T)

walau apa pun yang terjadi,jangan berputus asa,bak kata lagu spider(feveret ak),hehe~~hu,harapan ak,after final habis ni,semoga semuanya kembali seperti biasa~ades,terasa sangat lama untuk tunggu final hbs,blh ke ak tahan,ni pun dah x berapa nk betul,huhu, sampai termimpi2~~

papepun,all d best buat sahabat2 yang akan amik final nnt,wat yang terbaik,usaha,doa,tawakkal, insyaALLAH semuanya berjalan lancar,amin~diri ini doakan yang terbaik buat korang semua dan juga insan2 yang ak sayang,moga ALLAH permudahkan segala urusan kita di dunia dan di akhirat nanti~~

well,all d best,chaiyok2,ganbate;)~~~wassalam~~

Sunday, March 14, 2010

Malaikatmu.. ...tersentuh hati~~~

Suatu hari seorang bayi siap untuk dilahirkan ke dunia~~

Dia bertanya kepada Tuhan : " Para malaikat disini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya kedunia, tetapi bagaimana cara saya hidup disana; saya begitu kecil dan lemah ?"

Dan Tuhan menjawab: "Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Ia akan menjaga dan mengasihimu ."

Bayi bertanya lagi: "Tetapi disini; didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa...Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia."

"Malaikatmu akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia"

"Dan bagaimana bisa saya mengerti disaat orang-orang berbicara kepada saya jika saya tidak mengerti bahasa mereka ?"

"Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar; dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara berbicara."

"Dan apa yang akan saya lakukan saat saya ingin berbicara kepadaMu ?"

"Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa"

"Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya ?


"Malaikatmu akan melindungimu; walaupun hal tersebut mungkin akan mengancam jiwanya"

"Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak melihatMu lagi"

"Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku, dan akan mengajarkan bagaimana agar kamu bisa kembali kepadaKu; walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu"

Disaat itu, Syurga begitu tenang dan heningnya sehingga suara dari Bumi dapat terdengar, dan sang bayi bertanya perlahan

"Tuhan, jika saya harus pergi sekarang, bisakah Kamu memberitahuku nama malaikat tersebut ?"

"Kamu akan memanggil malaikatmu itu: "IBU "

Ingatlah sentiasa kasih sayang dan pengorbanan ibu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa..... Dialah satu-satunya harta yang tiada galang gantinya dunia akhirat....

Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak yang sedang membesar...sesungguh nya Syurga itu dibawah telapak kakimu...

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :

1) Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,

2) Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,

3) Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, dan dosa-dosa yang silam

4) Di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."


Ya ALLAH~berkatilah hidup ibuku yang telah banyak berkorban untuk diriku ini~tika ku gembira,dialah di sisi untuk berkongsi kegembiraan ku,ketika ku bersedih,dialah yang menenangkan hatiku~sesungguhnya ibuku telah banyak berkorban untuk diriku ini~kurniakanlah kepada ibuku kesihatan dan ampunkanlah dosa2 ibuku Ya ALLAH~amin~



"Sampaikanlah walau satu ayat"

Monday, March 8, 2010

kawan makan kawan~~

alkisahnya~~

tetiba je hari ni ak dapat msj dr member lama ak~pelik jgk,sbb jarang dia msj ak,time kat matrik dl je rapat~mula2 saling bertanya khabar,sihat ke x,mcmn study,haha,mula2 tu gelak2,hepi2 je,x pasal2 tetiba je dia sedey,nangis2 mengadu kat ak,ingatkan pasal apa~~rupanya dia baru clash,huhuu,ciannya member ak ni,punya la dok pujuk dia td,tanya mcmn leh clash,padahal dia tu punya la baik n syg kat awek dia tu,pelik jgk ak mcmn dia blh clash,kata pasangan ideal masa kat matrik dl,huhuu~~

rupa2nya,awek dia dh kn kebas,n yg kebas tu member dia sndr,pergh!!!menyirap sial ak dgr dia kata mcm tu~selama ni ak selalu dgr istilah "member makan member","backstabbing","gunting dalam lipatan","musuh dlm selimut" n lain2~tp x pernah plk bnd2 mcm ni terjadi kat org2 yg terdekat ngan ak,ingatkan semua ni terjadi dlm muvi or drama2 melayu je~punya la kesian kat member ak ni,selama ak knl dia,dia punya la baik,x pernah pun ak tgk dia sakitkan hati org lain~

kalau member ad masalah,dia la yg selalu ad,bak kata dia ni kawan time menangis n ketawa la,mmg terbaik la,ak pun rasa awek dia bertuah dpt dia,huhuu~~tgk2 member,kawan,sahabat,teman seperjuangan,yg dipercayai selama ni,yg diharap blh tlg kt di masa ssh,di masa senang,sanggup kebas awek member sndr?apa jenis manusia tu?dh xde perempuan lain ke,punya la ramai perempuan dalam dunia ni,tp awek member ko jgk yg ko kebas,what the hell?harapkan pagar,pagar makan padi~ak kesian giler2 kat member ak ni,dh la jatuh,dipijak member lg~~tp nasib la dia ni jenis yg sabar,n dengan luahkan kat ak apa yg terpendam tu,dia mcm dh ok sket~tp bg ak bnd ni x patut berlaku la~sebagai manusia,x patut lgsg wat member mcm tu~selama ni dia dok tlg kt,tp kt wat mcm ni,bagai bg bunga dibalas ngan taik lembu la kan?

ak tersangat2 bengang~kalau la bnd ni terjadi kat ak,mmg ak belasah kaw2 la,tiada maaf bagimu bak kata pepatah melayu~ak maybe je nmpk diam,tp kalau ak btl2 marah,mmg nahas la,hehe~~buat sahabatku itu,bersabarlah,ak akan sentiasa menyokong ko~sbb mmg x adil bnd ni berlaku kat ko,tp mungkin ad hikmahnya~kalau ko x tahan,ko juz call or msj ak je,ak sentiasa ad untuk bg ko smgt~~n bg member ko tu,ko mmg lahabau la,agak celaka la bg ko sebagai insan bergelar manusia wat mcm tu kat org yg baik mcm member ak ni~harap2 ko dpt balasan ko nnt~~huhuu,terlebih2 la plk ak marah,haish,padahal member yg kn(=,=)

papepun,sori wat sape2 yg baca ni,post kali ni agak kasar sket,hehe,x tahan beb bila member kn mcm tu~kalau ad tersalah bicara,terkasar bahasa,ampun n maaf dipinta~nama sahabat ak tu xleh la nk sebut kat sini,privasi,:)

ok la,rasanya ckp la kot dl~selamat maju jaya buat sahabatku,jgn kau berputus asa,insyaallah ad yg lebih baik untukmu~~wassalam~~

Saturday, March 6, 2010

GAMBARAN MANUSIA YANG BERDOSA DI PADANG MASYAR~~

BERWAJAH KERA
Suka menabur fitnah sesama manusia


BERWAJAH KHINZIR (babi)

Suka memberi & menerima rasuah


BUTA KEDUA BELAH MATA

Hakim yang zalim ketika menjatuhi hukuman


PEKAK DAN BISU

Suka menunjuk-nunjuk amal ibadat & kebajikan yang dilakukan kepada orang
lain.

TUBUH YANG MENGALIR NANAH & DARAH YANG AMAT BUSUK SERTA MENIKAM LIDAHNYA BERULANG KALI
Golongan yang berilmu & mengajar orang lain tetapi perbuatannya sendiri tidak sama dengan apa yang dikatakannya.


BADANNYA LUKA SEPERTI DIHIRIS

Menjadi saksi tetapi berbohong terhadap kebenaran

BERJALAN TERHOYONG - HAYANG SEPERTI CACAT
Orang yang kedekut membelanjakan sedikit hartanya untuk kebajikan


BERJALAN SEPERTI MABUK

Orang yang suka bercerita hal-hal dunia didalam masjid


RUPA BADANNYA SEPERTI KHINZIR

Suka makan riba - orang yang digelar along @ ceti


TIDAK BERTANGAN & TIDAK BERKAKI

Suka menyakiti @ menyusahkan jiran sekeliling


WAJAH & BADANNYA SEAKAN KHINZIR

Suka mempermudahkan solat & lalai dalam solatnya hingga sering terlupa
rukun


PERUTNYA DIPENUHI ULAR & KALAJENGKING YANG SERING MENYENGAT-NYENGAT

Tidak mahu mengeluarkan zakat terhadap dirinya, pendapatannya, terhadap
perniagaan & lain-lain zakat


BADANNYA SANGAT BUSUK SEPERTI BAU BANGKAI

Melakukan maksiat secara sembunyi-sembunyi


TIDAK BERLIDAH & DARAH YANG BUSUK MENGALIR DARI MULUT

Malas dan jarang mengucap dua kalimah syahadah


BERJALAN KAKI KEATAS & KEPALA KEBAWAH, DARAH DAN NANAH SENTIASA MENGALIR DARI KEMALUAN

Suka melakukan zina


MUKA HITAM & PERUTNYA DIPENUHI API

Suka makan harta anak yatim


KULIT DIPENUHI SOPAK & KUDIS

Orang yang menderhaka kepada kedua orang tuanya

GIGINYA SEPERTI TANDUK LEMBU LIDAH TERJELIR HINGGA KEPERUT, NAJIS & AIR KENCINGNYA SENTIASA MENGALIR KELUAR DARI KEMALUAN
Orang yang suka minum arak @ segala jenis benda yang menghayalkan
seperti dadah dan lain-lain.

Wednesday, March 3, 2010

DAHULUKAN KEPENTINGAN ALLAH....

Ayat2 Al Quran yang boleh diamalkan :

Untuk elak suami/isteri dan anak2 bergaduh : Surah Al Baqarah - Ayat 102

Anak2 pandai belajar : Surah Al Anbiyaa'- Ayat 79

Anak2 lembut hati/ elak panas baran : Surah Al Anbiyaa - Ayat 69 dan
Surah Al Hasyr - Ayat 22-24

Anak2 malas sekolah : Surah Toha ayat 1-5

Ayat pendinding : Ayat akhir surah At Taubah

Bg anak2 yg suka keluar malam : Surah Ar Ruum Ayat 31. Baca 33x

Untuk jadi pendinding rumah : Surah Al Baqarah dibaca & tiup pada air
dan spray keliling rumah

1 minit untuk mengingat Allah
Langkah 1:
* Sebutlah dengan sepenuh hati dan lidah yang fasih:
* SUBHANA'LLAH
* ALHAMDULI'LLAH
* LAA I LAAHA ILLA'LLAH
* ALLAHU AKBAR
* ASTAGHFIRU'LLAH
* LAA ILAAHA ILLA'LLAH, MUHAMMADUR RASULU'LLAH
* ALLAHUMMA SALLI WA SALLIM WABARIK ' ALA SAYYIDINA MUHAMMAD WA AALIHI* WA SAHBIHI AJMA'EEN
Langkah 2:
* Hayatilah sedalamnya akan makna ayat demi ayat, perkataaan demi
perkataan
Langkah 3:
* sebarkanlah kepada rakan2 anda yang anda kasihi~

Hasil 1:
* Dalam tempoh satu jam anda telah berjasa mengajak mereka untuk
mengingat, berdoa dan bermunajat kepada ALLAH SWT.
Hasil 2:
* Dalam tempoh satu jam anda telah berjasa mengajak mereka untuk
mengingat, berdoa kepada Nabi Muhammad SAW.

Wassalam~~~

10 protokol~~

Seminit untuk kita beringat... DIINGATKAN SEMULA supaya tak lupa...

Protokol ke 10 Yahudi mengandungi 8 perkara....

1.. Song....
Lagu-lagu yang menghiburkan. . jika ada anak-anak yang tak tau mengucap..
tetapi boleh menghafal lagu Hindustan yang panjang berjela... Ada
anak-anak yang tak hafal Fatihah.... tapi boleh mengingati lagu Siti
Nurhaliza
yang panjangnya berdepa depa..... berjaya sudah Yahudi....
Hingga kita terfikir.... . bagaimana jadinya radio kalau tanpa lagu?

2. ...Sex.....
Lagi satu kegilaan remaja dan yang tua. Sex dimana-mana. . di kaca tv,
dalam filem, dalam iklan... babak sex amat lumrah.. kekadang adegan sex
tak diperlukan, tetapi diselitkan jua sehingga ada orang menonton filem
hanya kerana ada adegan sex... filem 18SX amat laris berbanding filem
U... VCD lucah mudah didapati... dan harganya amat murah... Adakah filem
yang tiada adegan sex? Lagi sekali berjaya sungguh Yahudi
laknatullah. .....

3. ...Smoke....
Rokok.. menjadi kegilaan para remaja... sehingga dikatakan tidak moden
jika tidak merokok... malah sekarang merokok menjadi budaya bagi
mana-mana perempuan yang kononnya mau digelar "up to date".. Dulu yang
merokok ini golongan pelacur saja.... ataupun penari kabaret.... (aku
tengok dari filem P Ramlee).... Syabas yahudi... berjaya lagi kamu....

4. .....Sport.. .
Pelbagai jenis sukan ditonjolkan dan lelaki dengan perempuan sama-sama
berlumba mencari nama dalam sukan... hinggakan sekarang bola sepak pun
perempuan main juga.. Bila bersukan, tutup aurat mestilah jauh sekali,
sembahyang pun banyak yang miss... bukan yang bermain sahaja tak
sembahyang.. . yang menonton pun tak sembahyang juga... Kalau menonton di
rumah... akan lambat sembahyang sebab takut tak nampak macam mana masuk
GOL.... Yahudi gol lagi.... sampai ada ulamak kata... kerana sukan..
sembahyang boleh tangguh... Masya-Allah, ..

5. .. Fun..
Hiburan...di mana-mana kita dapat hiburan yang melalaikan.. .. Kalau kita
lihat dalam 100 majalah.. mungkin 99 adalah majalah hiburan..
termasuklah majalah mangga... yang menayangkan buah mangga artis
perempuan... . Kalau ada konsert.... sanggup orang Islam bertandang
hingga menghabiskan banyak wang dan bila ke konsert.... pelbagai maksiat
akan diselit masuk.... Yahudi terhibur lagi....

6.... Female...
Perempuan... tawaran Yahudi yang amat mengasyikkan. .terutama dalam
iklan..yang kadang-kadang tidak ada kena mengena dengan perempuan...
Kalau kita ke kedai bateri kereta.... di hadapan bateri terpampang gadis
sunti separuh bogel beraksi... apa kena mengena bateri kereta dengan
perempuan?.. . kalau iklan Modess... perempuan ada patutlah... Yahudi
bersorak lagi.....

7...Fashion. ...
Fesyen terutama perempuan yang bermacam- macam.. sehinggakan kalau pakai
tudung pun mereka dah tak menutup aurat.... Macam mana dikatakan
bertutup aurat jika bertudung tetapi berbaju ketat yang kekadang
menampakkan pusat? Yang mewarnakan rambut lagi teruklah... Buat apa
bertudung kalau rambut diwarnakan.. .. Bila warnakan rambut.. mestilah
tidak bertudung sebab kalau bertudung.. bagaimana nak menayangkan warna
rambut yang terkini itu... Kalau dah rambut diwarnakan.. . sembahyang pun
tak sah... malah mandi hadas pun tak sah sebab kebanyakan pewarna adalah
kalis air... itu tak kira yang cukur bulu kening lagi... Yahudi ketawa
lagi....Umat islam sudah jadi macam Yahudi....

8. .. Food..Makanan. .
Lagi satu kegilaan Umat Islam terutama makanan dari Barat termasukalah
McD, Kentucky , Pizza hut... dan seribu satu macam lagi... Buah kurma
yang menjadi makanan Rasulullah dipandang hina.... masuk rumah pun
setahun sekali bila bulan Ramadan... tapi makanan Barat menjadi
kebanggaan.. . Bila makanan datang dari Barat.. adakah kita yakin tentang
halalnya? Contohnya Kentucky .. rempahnya datang dari Amerika.... siapa
nak pergi check... halal ke tidak? Bila makan benda haram, masakan iman
menjadi mantap... Maka lahirlah Umat Islam yang bukan perangai saja
macam yahudi... tetapi berfikiran pun macam yahudi...
Nauzubillah. ....Yahudi makan Islam lagi...

Itu baru protokol yang ke 10......yang lain-lain entah macam-macam
lagi.... aku cinta Malaysia ...... tapi lebih cintakan ALLAH..... oleh
itu, jika berlaku pertembungan antara kepentingan manusia dengan
kepentingan Allah......

kisah 3 ekor kura2~~

Pada suatu hari, ada 3 ekor kekura (kura-kura) hendak pergi berkelah
bersama-sama.
Kekura pertama membawa makanan, kekura kedua membawa
minuman, sedangkan kekura ketiga tidak membawa apa-apa pun.
Di dalam perjalanan tiba-tiba hujan pun turun dengan lebatnya,
sehingga mereka tidak boleh meneruskan perjalanan. Kemudian timbul
perbualan di antara mereka.

Kekura I: "Ermmm..... salah seekor daripada kita mesti balik untuk
amik payung. Siapa yang nak pergi ni?"

Kekura II dan I saling pandang memandang, dan sepakat menuding Kekura III.

Kekura III: "Tak nak lah. Aku jalan lambat dan nanti aku nak sampai
sini lagilah terlambat. Pasti korang akan bedal makanan ni semua."
Kekura I & II: Taklah. "Kita orang tunggu sampai engkau datang."
Kekura III: "Betul??? Kalau aku lambat 1 jam?"
Kekura I & II: "Kita orang akan tetap tunggu."
Kekura III: "Kalau 3 jam?"
Kekura I & II: "Kita orang akan tetap tunggu."
Kekura III: "Kalau 1 hari?"
Kekura I & II: "Kita orang akan tetap tunggu."
Kekura III: "3 hari?"
Kekura I & II: "Kita orang akan tetap tunggu."
Kekura III: "5 hari?"
Kekura I & II: "Kita orang akan tetap tunggu."
Kekura III: "1 minggu?"
Kura I & II: "Kita orang akan tetap tunggu."
Kekura III: "2 minggu?"
Kekura I & II: "Kita orang akan tetap tunggu. Engkau pergi je lah."

Dengan berat hati, akhirnya Kekura III pun berangkat. Kekura I & II
menunggu dengan setia. Sehari, dua hari dan seminggu telah berla
lu.
Kekura III tidak juga balik. Setelah dua minggu berla
lu, Kekura I & II
sudah tidak dapat menahan lapar.

Kekura I : "Aku dah tak tahan lapar ni. Kita makan je lah."
Kekura II: "Aku pun dah nak pengsan ni. Jom kite habiskan makanan ni."

Tiba-tiba Kekura III muncul dari semak dan berseru "Hoi! Nasib baik
aku be
lum pergi lagi. Kalau tak, pasti engkau orang habiskan makanan
ni
kan ? kan?!!!"

Tuesday, March 2, 2010

Paku Di Dinding~~

Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja.

Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku.
"Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut.
"Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita
ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya. Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut.

Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan.

Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun.

Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan.

Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya.

Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata "Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini.

Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah, tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatan mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal.

Sahabat adalah permata yang sukar dicari. Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakkan kamu ke arah kejayaan.

Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka hatinya kepada kita.

Maafkan saya, sekiranya saya pernah meninggalkan kesan berlubang di dinding hati anda.