BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, January 30, 2011

seminggu di Filipina~

Assalamualaikum dan salam perpaduan..well,dah nak seminggu ak ad kat negara orang ni.dah boleh adapt dah sket2 dengan cara hidup diorang.walaupun tak makan nasi,alhamdulillah ak masih hidup dan bertenaga.

hari jumaat lepas,first time kuar jalan2,sebab nak cari masjid.cari punya cari,jauh giler baru jumpa sebuah masjid,nama masjid tu The Golden Mosque.jauh jugak la,naik train dari Anonas pastu turun kat stesen last,stesen apa ak lupa namanya.lepas tu kena jalan kaki pulak dalam 1 Km lebih2 rasanya.pusing2 ingatkan dah sesat,sekali jumpa daa,kat kawasan masjid tu penuh dengan kedai halal,memang muslim territory la,siap ad kedai makanan Malaysia lagi.lepas solat jumaat,kitorang makan kat kedai makanan Malaysia tu la,pergh,1st time jumpa nasi dalam masa 4 hari.ingatkan ad orang Malaysia,rupanya semua pekerja orang filipina,huhuu..ak ngan Azzan order nasi goreng special,Anas plk order nasi goreng Pattaya..lama jugak baru siap order kitorang,hahaperut dah nyanyi lagu rock baru sampai..

lepas makan tu kitorang pun amik keputusan jalan2 kejap kat kawasan tu.masuk 1 shopping mall tu,ingatkan nak tengok wayang apa yang ad,skali xde wayang,dah kena tutup,penat je naik sampai tingkat atas.dah xde angin nak jalan2,kitorang pun amik keputusan balik je la,huhu,penat berjalan..

semalam pulak xde pape nak wat,boring giler,ak pun ajak budak 2 orang tu g pasaraya,cari2 makanan sket,tak larat makan roti ngan sardin je hari2.kitorang pegi pasaraya kecil dekat dengan penginapan kitorang,tapi banyak la barang kat situ,makanan halal pun ad,even produk Malaysia pun ad kat situ,contohnya teh Lipton,made in Malaysia lagi..ad jugak makanan yang ad cop halal Jakim,barang Malaysia daa..ak beli roti gardenia,mangkuk,sudu,epal dan biskut.cukup la tu untuk bekalan minggu ni,total semua benda tu dalam 315 peso rasanya.

hu,rasa macam dah sewel sket ak ni..setiap 15 minit,mesti tengok henset,ad msj ke x..haha,lucu betul..padahal xde sape2 nak msj..menunggu je tiap2 hari..ai,sedih betul..apa nak jadi dengan ak agaknya..mengharapkan sesuatu yang x pasti..jangan jadi gila dah la,huhu..selalu tertanya2,kenapa orang lain boleh bahagia,boleh bercinta..tapi kenapa ak x boleh,kenapa ak selalu gagal dalam part ni..ak xtau apa silap yang ak dah buat...missing someone so much=(

esok start medical check up,harap2 semua berjalan dengan lancar dan settle dengan cepat.dah boring duduk kat sini dengan xde wat pape,x sabar nak tengok kawasan Binalonan,ntah macamana agaknya keadaan kat sana,harap2 makanan tak susah la nak cari kat sana,dah la jauh,2 jam perjalanan kalau ak x silap...

well,stakat tu je la dulu kot,harap2 semuanya berjalan dengan lancar..Ya ALLAH,kuatkanlah semangat hambaMu ini..sekian,wassalam..

0 comments: