BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, February 8, 2012

cara menjawab ketika mengajak ke arah kebaikan~

Assalamualaikum dan salam perpaduan..tengah dok rilek2 tadi,teringat pulak ceramah ustaz ak masa kat matrik melaka dulu..walaupun x banyak yang ak ingat,ak rasa ok la untuk kongsi ngan korang semua kan..

ok,jawapan2 biasa yang kita dengar bila kita ajak orang nak buat baik,bila kita tegur bila seseorang tu wat kesalahan n macam2 lagi,kebiasaannya mereka akan jawab,"apasal pulak ko nak sibuk jaga tepi kain ak,kubur lain2 kot,x payah nak sibuk masuk campur hal ak",xpun "aisey,x sampai seru lagi la,slow2 la berubah" n macam2 lagi la jawapan mereka kan.

ok,secara logiknya kan,kita fikir,memang la kubur kita lain2,tapi sebab kubur kita lain2 la orang nak ajak kita ke arah kebaikan,sebab bila dah mati,dah masuk dalam kubur,memang dah xleh nak tolong dah,korang jerit la sekuat manapun,merayu la sampai xde suara pun,xde sape dah yang boleh tolong,sebab tu la nak tolong time hidup ni,supaya tak terseksa masa dalam kubur nanti.lagi 1,bila kita mati nanti,orang lain jugak yang tolong mandikan,tolongkafankan,tolong solatkan dan tolong kebumikan,bukannya korang sendiri2 masuk dalam kubur tu,jadi tak payah la nak jawab kubur lain2 lagi k?

lagi 1,x sampai seru lagi ek,boleh je nak tunggu seru tu sampai,ataupun dengan nama lainnya hidayah tu datang untuk korang berubah,nak berubah slow2 pun boleh,tapi fikir la kan,bila malaikat maut datang nanti,boleh kita minta tangguh masa kematian kita?boleh kita minta malaikat maut slow2 nak amik nyawa kita?slow2 berubah pun ok,tapi takut x sempat berubah nyawa dah dicabut macamana pulak kan?

ak sendiri pun xde la baik manapun,tapi sentiasa la mencuba untuk ke arah kebaikan tu,cuba menjauhkan diri dari perkara2 yang batil tu.kadang2 bila teringat balik zaman kecik2 dulu,zaman sekolah2 dulu,perwatakan dan peribadi orang2 pada masa tu sangat la berbeza dengan zaman sekarang..zaman dulu maksiat x berleluasa,keselamatan pun terjaga,walaupun x kunci rumah pun still rasa selamat lagi,zaman sekarang,pintu dah pasang kunci brlapis2,tingkap dah pasang grill,still rasa x selamat lagi.betapa berbezanya orang2 zaman dulu dengan orang2 zaman sekarang..sangat rindu untuk kembali ke zaman kecil dahulu,masa kebaikan tu lebih banyak dari keburukan.

sekian je la untuk post kali ni,kalau ada salah dan silap,minta betulkan,saya sendiri pun budak yang masih belajar lagi..sekian,wassalam~

Sunday, February 5, 2012

cara nak makan mee segera~

Assalamualaikum dan salam perpaduan..well,post kali ni berkaitan ngan mee segera,makanan yang popular di kalangan student,orang2 bujang dan pekerja2 yang xde masa nak masak sendiri,termasuk la ak sendiri,haha.sebenarnya,mee segera ni xde khasiat pun,mak ak pun xde la menggalakkan ak makan mee segera,tapi nak wat macamana kan,dah terpaksa.


ok,berkenaan dengan mee segera ni,dah la xde khasiat,kandungan MSG pun tinggi,so kalau nak makan tu,jangan la selalu sangat k,sbb ia akan memudaratkan tubuh badan kita untuk jangka masa yang lama.selain tu,selepas makan megi tu,digalakkan untuk minum air masak,diulangi,air masak sebanyak yang mungkin,untuk mengelakkan dari buah pinggang kita rosak disebaban oleh perencah mee segera tersebut.

selain tu,mee segera tu jugak mengandungi lilin atau wax yang sangat banyak,itu la sebabnya mee tu tahan lama,sebab diawetkan dengan lilin.badan kita ni amik masa yang lama untuk digest atau hadam lilin tu,around 4-5 days if i'm not mistaken.so,cara ak untuk kurangkan kandungan lilin tu,korang rendam dulu mee tu dalam air panas,bagi dia lembut dulu,pastu korang boleh tengok sendiri air tu berubah warna,boleh nampak lilin tu dalam air tu,so lepas tu korang toskan mee tu,buangkan air yang mengandungi lilin tu,pastu bilas ngan air yang bersih,untuk bersihkan sisa2 lilin tu,pastu baru la korang rendam dalam air panas skali lagi atau masak mee tu skali lagi dan campurkan dengan perencah,lagi bagus kalau campur dengan telur dan sayur2,ada la jugak khasiatnya kan.

walaupun cara ni tak menjamin yang lilin tu hilang 100%,tp sekurang2nya kandungan lilin tu dapat kita kurangkan,at least risiko untuk penyakit tu dapat la dikurangkan.semoga apa yang ak kongsikan ni dapat memberi manfaat kepada korang semua.stay healthy people,from healthy body comes healthy minds,adios~^__^

Saturday, February 4, 2012

xde keje nak wat~

Assalamualaikum dan salam perpaduan,haha,lama siot tak update blog ni,sori pak pari,teman xde idea la nak letak apa dalam blog ni,sob3,bukan saja2 xnak update...ni pun sebab bosan hujung minggu xde wat pape,ekeke..

ok,minggu ni ramai giler orang balik bercuti,sebab cuti panjang sket(cam pendek je),tapi ak malas nak balik,sebab ak rasa macam cuti tu pendek je,macam tak berbaloi je nak drive 8 jam dan habis duit isi minyak untuk cuti sampai isnin je,so ak decide stay la kat "bandar" muadzam yang tenang dan indah permai ni..nasib baik la sorang housemte ak tak balik,kalau tak,lagi la sunyi ak kat sini.

Sem ni ak dapat bilik kat tingkat 3,tinggi tu,hari2 naik turun tangga macam ni memang cepat la turun berat badan ak,dah la makan pun makin sket..target nak kempiskan perut dan capai balik fitness masa muda2 dulu sebelum habis sem ni,haha..selain tu nak maintain pointer yang ak dapat sem lepas atau dapat lagi higher dari sem lepas,insyaAllah,moga2 sem ni penyakit malas ak tu sembuh la sekt,kalau tak,harapan la nak maintain..

cuti sampai isnin ni,setakat ni ak xde lagi plan nak g mana2,macam malas je nak drive sorang2,kalau ada teman xpe la jugak,semangat sket nak g mana2 kan..maybe kalau rajin akan turun kuantan la tengok movie,x pun g gambang main2 air,tapi semua tu x pasti lagi,sebab xde teman nak g sana,haha,mana best g sorang2 kan,kena la ada lebih dari seorang baru best..

sem ni,banyak jugak la aktiviti ak,dengan silat(harap2 x ponteng training sem ni),pastu ada tournament volleyball(harap2 leh dapat medal la,ekeke),olahraga uniten(kalau jadi join),n macam2 lagi la..harap2 sem ni macam sem lepas,x banyak masalah n x busy sangat..kalau ada rezeki bulan 3 ni nak balik rumah kejap,sambut besday,haha=p

k la,setakat tu dulu kot,nanti kalau rajin ak update la lagi blog ni,merapu je entry ak kali ni,haha,sori2,tengah xde idea,sob3..k la,wassalam~=)