BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, February 13, 2011

familyku~


Assalamualaikum dan salam perpaduan..hu,tetiba je rindu kat family ak(padahal hari2 rindu),jadi nak citer pasal family ak la sket.

mula ngan ayah ak,En. Amram bin Mat Yashim,lahir pada 28/10/1959,kerja dengan TNB,seorang ayah yang sangat ak hormati,sangat rajin bekerja dan seorang ayah yang tegas.dia merupakan role model ak dan ak sangat berharap dapat jadi seperti dia kalau ak ad keluarga sendiri nanti,bertanggungjawab dan penyayang.kemudian mak ak,Puan Jah binti Drani,lahir pada 21/2/1960,kerja sebagai seorang guru kat SK Ismail 1.seorang ibu yang penyayang dan memahami.kalau ak ad masalah atau tekanan perasaan,mak ak sentiasa ad untuk mendengar dan memberi nasihat kepada ak,seorang isteri yang baik dan ibu yang sangat penyayang,sentiasa bagi dorongan dan kata2 semangat kepada ak.Alhamdulillah,sangat bersyukur dikurniakan ibu dan ayah yang sangat baik,sangat bahagia mempunyai mak dan ayah seperti mereka.

seterusnya,ak sebagai anak sulung,malas nak cakap pape pasal ak.yang kedua,Muhammad Fadzil,lahir pada 12/7/1989,seorang yang pendiam,sangat suka anime dan manga(mcm ak,cm dia lg obses),dia pakai baju melayu hijau dalam gambar kat atas tu,sekarang tengah sambung Master kat Unimas dalam bidang Zoologi,masa kecil dulu ak banyak habiskan masa dengan dia,sebab dia langkau kelas,sekelas ngan ak masa darjah 5,haha,pastu masuk matrikulasi pun sekali,seorang adik yang sangat baik.seterusnya,Muhammad Fadlullah,lahir pada 20/7/1990,pakai baju melayu biru dalam gambar kat atas tu,yang ni pun pendiam jugak,sekarang wat degree in mechanical engineering kat Uniten,masa kecik2 dulu ak selalu jugak la gaduh ngan dia,xtau kenapa,tapi lepas ak masuk MRSM,dh x gaduh langsung,hehe.dia pun suka manga ngan anime jugak,tapi dia lebih kepada download movie,games n suka modify barang2 eletronik.desktop kat rumah tu memang penuh dengan game je,hehe.

kemudian,adik perempuan ak,Farahanim Aliza,lahir pada 30/7/1993,baru lepas SPM,sebelum ni belajar kat Sm Teknik Bachok,sekarang kena masuk PLKN,haha,cian kat dia,pakai baju hitam dalam gambar kat atas tu,yang ni degil sket,mungkin sebab dalam family ak ni sket je perempuan,so dia ni kasar sket,n garang,tapi dia takut la kat abang2 dia,hehe.dia ni banyak mulut sket,dan suka shopping,huhu,selalu jugak la kena marah dengan ak sebab degil,hehe.seterusnya,kembar,Muhammad Faizol dan Muhammad Faizal,lahir pada 23/8/1994,tahun ni amik SPM,yang abangnya pakai baju melayu merah kat atas,blaja kat Maktab Sultan Ismail,yang adiknya pulak pakai baju melayu kuning kat atas tu,sekarang belajar kat MRSM Kuala Krai.walaupun diorang ni kembar eiras,tapi perangai banyak jugak la bezanya,selalu gaduh time kecik2 dulu,xleh leka sket,mesti gaduh.Faizol ni sama macam adik perempuan ak tadi,degil dan garang,selalu jugak kena marah dengan abang2 dia,haha,Faizal ni pulak sama macam adik ak yang Fadzil tu,tapi dia xde la diam sangat,cuma sifat dan sikap tu serupa sket.ak doakan dua2 ni akan dapat result yang baik dalam SPM nanti.

seterusnya adik perempuan bongsu ak,Farahanum Alina,lahir pada 5/3/1997,sekarang belajar kat Maahad Muhammadi Perempuan,pakai baju pink dalam gambar kat atas,yang ni memang sangat sama dengan mak ak,muka dia,sikap dia,cuma dia garang je sket.banyak cakap,dan ak baru dapat tau yang dia minat Korea,adess,macaman la adik ak leh minat dengan arti korea ni,huhuu.sangat rajin wat kerja2 rumah,tolong mak ak,macam cuci pinggan ke,masak,menyapu dan seterusnya.akhir sekali,adik bongsu ak,Muhammad Farhan,lahir pada 23/8/1998,dia duduk antara mak dan ayah ak dalam gambar kat atas,sekarang belajar di SM Agama Sullamiah,Bunut Payong,adik bongsu ak ni sangat manja,mungkin sebab mak dan ayah ak manjakan sangat dia,biasa la,nama pun anak bongsu kan.sangat suka tengok TV,sampaikan dapat hafal citer2 kartun dalam TV tu,dan dia jugak sangat suka main game,terutamanya PS2 ngan komputer,kalau bab game,da memang expert la,kalah ak,haha.harap2 dah masuk sekolah menengah ni,kurang la sket keinginan dia nak tengok TV dan main game tu.

tak lupa juga kepada arwah nenekku yang baru meninggal tahun lepas,x sampai 3 bulan lagi rasanya dia pergi menghadap Yang Maha Pencipta,dia memang banyak berjasa kepada ak dan keluarga ak.dialah yang mengajar ak dan adik2 ak untuk bersolat,mengaji,berpuasa,dia jugak selalu bercerita tentang kisah2 Nabi masa ak kecil dulu.sesungguhnya,ak merindui nenek ak,sebab ak rasa masih banyak jasa dia yang ak masih belum balas,banyak rasanya dosa yang ak dah wat kat dia.betul la apa yang orang kata,kita takkan sedar betapa pentingnya sesuatu itu sehinggalah kita kehilangannya.semoga roh nenekku ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman,amin.

ak rasa setakat tu je la dulu kot pasal family ak,memang macam2 kerenah dan ragam dalam keluarga ak ni.tapi walau macamanapun,ak tetap sayangkan diorang,keluarga ak la yang paling penting buat ak,sebab keluarga ak je yang sayangkan ak dengan seadanya.ak harap keluarga ak akan kekal seperti ni sampai bila2.

Ya Allah,panjangkanlah umur ibu dan ayahku,berikanlah kesempatan kepadaku untuk membalas jasa2 ayah dan ibuku.Engkau lindungilah ahli keluargaku dari segala malapetaka.berikanlah petunjuk dan hidayahMu kepada kami,matikanlah kami dalam keadaan yang beriman kepadaMu,ampunilah dosa kami,permudahkanlah segala urusan kami di dunia dan akhirat,Amin~

0 comments: