BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Monday, February 14, 2011

dah sampai Binalonan~

Assalamualaikum dan salam perpaduan.saja je update hari ni.dah sampai kat akademi penerbangan WCC dah.semalam bertolak dari Quezon City dalam pukul 10,sampai kat sini dalam pukul 1.15 pagi,alhamdulillah,selamat sampai ke destinasi.masa mula2 sampai tu,gelap giler,ak ingat masuk hutan mana dah,rupa2nya memang kat situ tempat dia.dalam hati ak dah kata,"habis la,kat Quezon City yang tengah bandar tu pun ak boleh bosan,xde wat pape,rasa sunyi,apatah lagi kat felda yang xde pape ni,huhuu".adei,tekanan perasaan betul.

lepas angkat barang2 masuk dalam bilik,terus ak baring,tido,malas nak fikir banyak2,wat serabut kepala ak je kan.tapi bilik dia ok la,siap ad aircond lagi,juz nice for a hostel u know.ai,punya la ak beli broadband hari tu,semata2 nak senang contact Malaysia..last2,hurm...at least ak leh update blog ak yang x seberapa ni kan.peneman ak dikala kesunyian,makacih blog(dah x betul agaknya borak2 dengan blog sendiri).

setakat tu je la kot dulu,kalau rajin n ad mood,ak g la amik gambar kat sekitar sini pastu letak dalam blog,kalau x,harap maaf la ye.

Ya Allah,tabahkanlah hati hambaMu ini,kuatkanlah semangatku untuk terus tinggal dan berjuang di negara orang ini.permudahkanlah segala urusanku di dunia dan akhirat.semoga ak dapat menghabiskan latihanku ini dengan secepat mungkin.semoga ak terus mendapat kerja selepas habis latihanku ini Ya Allah,sesungguhnya,hanya kepadaMu ak memohon,amin~

0 comments: