BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, January 25, 2011

dah sampai Filipina~

Assalamualaikum dan salam perpaduan,huhuu..alhamdulillah,semalam selamat sampai ke filipina,selepas flight selama 3 jam lebih2....

first of all,thanks a lot kepada yang datang ke LCCT menghantar ak,adik tersayang,Fadlullah, dan kawan2:sos,fare,rez,deen,aya,zaza,nunu n sarah..thanks a lot..walaupun family x dpt dtg sebab bekerja,alhamdulillah diorang datang temankan ak,xde la rasa sedih sangat,thanks a lot korang,love u guys a lot.

semalam berlepas dari LCCT pkl 7.30,dan sampai di sini pada pukul 11.15n pagi,penat naik flight jauh2,huhuu..dah la makan nasi lemak kena charge rm10,mahal giler,rugi makan atas flight.lepas sampai tu ingatkan leh terus ke tempat blaja n rest,tapi rupanya kena naik keter pulak pegi bandar manila,jauh jugak,dalam 2 jam dari airport.sampai2 je kat ibu pejabat WCC,kitorang dapat tahu kena stay kat sini selama 10 hari untuk urusan pendaftaran dan medical check up,lama tu,dah la xde internet,makan pun susah,ni pun nasib baik jumpa CC,tapi xleh masuk fesbuk,xtau kenapa,adesssss.tekanan betul ak...nasib baik adik ak bagi roti semalam,makan roti tu je la wat masa ni,huhu,lapar seyh...

first 2 days ni,masih belum biasa dengan suasana dan keadaan kat sini,rindu sangat2 kat family ak dan dia,sebab ad yang datang dengan family,so ak macam keseorangan la,memang terasa sangat sunyi..harap2 cepat la ok,huhu,tekanan jugak kalau lama2 kena macam ni..tapi ak kena kuatkan semangat,setahun je duduk kat sini,maybe less kalau ak leh perform,so ak kena kuatkan semangat,usaha sebaik mungkin untuk capai cita2 ak ni,untuk masa depan ak,keluarga ak dan dia.

sebenarnya banyak nak citer,tapi sebab lapar,n on9 kat CC,idea nak wat ayat tu tak banyak sangat.nanti la bila dah pegi tempat blaja ad wifi,insyaAllah ak update sebaik mungkin blog ni,termasuk dengan gambar2 skali.insyaAllah ak cuba cari jalan untuk masuk dalam facebook nanti,banyak la dia punya security,huhuu..sekian,tu je la dulu kot,wassalam~

0 comments: