BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Monday, August 9, 2010

Tired With Humanity~

Assalamualaikum dan salam perpaduan diucapkan...Alhamdulillah,ak masih diberikan nafas dan dibenarkan oleh ALLAH untuk terus hidup di atas muka bumi ini...Sesungguhnya,banyak yang telah ak alami dan hadapi sepanjang tahun ini,dan semua itu benar2 telah mengubah persepsi ak terhadap umat manusia pada zaman ini,umat akhir zaman..

Sesungguhnya,ak terasa sangat penat,dan sangat kecewa dengan keadaan umat manusia pada zaman ini...banyak perubahan ketara yang ak lihat berbanding dengan ketika ak di alam persekolahan,terutamanya ketika di sekolah rendah...betapa sucinya pemikiran kami pada waktu itu,tidak terlintas langsung penyakit2 hati seperti hasad dengki,pentingkan diri sendiri dan macam2 lagi di dalam diri ketika itu...betapa indahnya kenangan ketika itu...tetapi,semakin ak meningkat usia,semakin ak dapat melihat betapa hodohnya dan teruknya perangai manusia2 yang ad di kalangan ak..betapa mereka begitu mementingkan diri sendiri,tidak menghargai jasa2 orang yang berjasa kepada mereka,menikam belakang kawan,gunting dalam lipatan dan macam2 lagi..MasyaALLAH..memang benarlah apa yang ak belajar dulu,umat yang paling ramai menjadi bahan bakar dalam api neraka nanti adalah umat Nabi Muhammad s.a.w.,umat di akhir zaman ini...

Ak tak kata yang ak ni sempurna,perfect dari segi akidah dan akhlak ak,tapi sekurang2nya,ak tahu menghormati rakan2,ak berusaha untuk tidak menyakitkan orang2 yang ak kasihi dan sayangi,kawan2,keluarga,guru2...ak berusaha untuk menjadi lebih baik,ak tidak buat perkara2 yang ak tidak mahu orang lain lakukannya ke atas ak...tapi kenapa mesti ada yang cuba mengkhianati ak,tidak jujur dengan ak..apa sebenarnya salah yang telah ak buat untuk dilayan sedemikian rupa..ak tahu,ALLAH tidak akan menguji hamba2Nya jika mereka tidak mampu menghadapinya...ak mampu untuk hadapinya,tetapi sesungguhnya,apabila dilukai,tidak mungkin luka itu akan sembuh sepenuhnya,mungkin akan meninggalkan parut yang mendalam atau retak yang tidak mungkin akan hilang dalam masa yang singkat....

Jika dulu,kita boleh menggunakan ayat,"Ibu/bapa mana yang tak sayangkan anak"..tapi sekarang,boleh dikatakan setiap minggu,atau setiap bulan,ad sahaja kes bayi dibuang...ad sahaja kes bapa rogol anak...dimana terletaknya nilai kemanusiaan kita..sedangkan haiwan yang tidak mempunyai akal boleh menyayangi anak mereka dengan sepenuh hati,inikan pula kita sebagai manusia yang dicipta sebaik2nya oleh ALLAH dan diberikan akal untuk berfikir mana baik dan mana buruknya....setakat mana agaknya jatuhnya akhlak umat manusia zaman ini...

remaja zaman sekarang,bercinta sehingga sanggup menggadaikan harga diri..cinta yang berdasarkan nafsu semata2,bukan dengan keikhlasan hati dan untuk kekal sehingga akhir hayat..apabila sudah mengandung,baru terfikir tentang malu dan aib yang akan dihadapi jika masyarakat mengetahui mengenai kandungan itu..sanggup mereka membuang anak yang tidak berdosa itu semata2 untuk menutup dosa yang telah mereka sendiri lakukan...apabila masalah timbul,mereka mula saling menuduh antara satu sama lain,lelaki mengatakan perempuan yang bersalah sebab menggoda,perempuan mengatakan lelaki yang bersalah sebab tidak menunaikan janji,padahal dua2 bersalah,dua2 tidak berfikir dengan baik,tidak menggunakan otak untuk berfikir tetapi membiarkan nafsu mengawal mereka...

hu,banyak lagi yang nak dikatakan,tapi malas pulak nak taip,sebab ak sendiri pun tengah celaru dalam kepala ni memikirkan benda2 yang dah lepas tu..tengah cuba melupakan tetapi memang agak mustahil nak lupakan sepenuhnya..sampaikan ak dah tak boleh nak kawal amarah ak,senang sangat naik darah sekarang ni..haish,moga2 cepat la sembuh ak ni,huhuuu..mereka kata kepadaku yang ak ni bodoh sebab senang mempercayai seseorang tetapi ak lebih rela menjadi si bodoh yang mempercayai seseorang daripada menjadi si penipu yang bijak memperdayakan orang lain....Ya ALLAH,bantulah hambaMu ini,berikanlah petunjuk dan hidayahMu kepada diriku yang lemah dan hina ini..terangilah hatiku,kuatkanlah keyakinanku,teguhkanlah keimananku..sesungguhnya hanya padaMu ku memohon pertolongan...amin...wassalam...

0 comments: