BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Monday, May 17, 2010

mythbuster~

salam..hoho,nak citer pasal salah satu rancangan feveret ak dalam astro,"mythbuster"..rancangan ni pasal diorang uji mitos2 dan kesan2 khas dalam muvi2 samada benar2 boleh berlaku atau tidak..

so dalam hari ni punya episod,dia uji pasal kebakaran dapur,peluru meriam dari keju,dan letupkan bom(C4) dalam microwave dalam masa 60 saat seperti dalam muvi...well,untuk kebakaran dapur tu,dia uji samada betul ke tak kalau kita guna air untuk padamkan periuk yang ad minyak yang tengah terbakar tu akan membuatkan api tu makin marak atau tak..well,suprisingly,memang betul,jangan gunakan air untuk padamkan periuk yang tengah terbakar dengan minyak di dalamnya menggunakan air sebab api akan marak secara tiba2 disebabkan minyak yang sangat panas tu mengewapkan air lalu menyebabkan ianya terbakar sekali dan memarakkan api tersebut,so kalau nak padamkan periuk yang tengah terbakar,sila gunakan pemadam api k...

untuk peluru meriam dari keju tu,mitos dari zaman dahulu,di mana tentera british terpaksa guna keju sebagai peluru meriam sebab peluru dah habis,so diorang pun uji la mitos tu..diorang gunakan 3 jenis keju,yang ak tak ingat nama2nya,haha,well,salah satu dari keju tu memang sesuai untuk jadi peluru meriam,sebab boleh menembusi kain layar kapal,yang dua lagi tu,hancur sebelum kena sasaran~so,jangan main2 dengan makanan,hohoo~~

untuk letupkan C4 dalam microwave tu,dia nak uji samada betul tak letak bom dalam microwave dan set selama 60 saat boleh meletupkan bom tu atau tak,seperti dalam filem2 omputeh..selepas diuji,bom tu meletup tak sampai 3 saat pun,so mitos muvi tu tak logik la,sebab kalau 3 saat,sekali dengan hero tu mati kena letupkan,x sempat nak lari pun,huhuu~~~

well,tu je la kot,rancangan2 macam ni bagi sesetengah orang mungkin membosankan,tapi bagi ak,ad baiknya tengok benda2 macam ni,sebab at least ad jugak pengetahuan2 yang kita boleh belajar kan,ilmu datang dalam berbagai bentuk,tak semestinya kita belajar kat sekolah baru dapat ilmu,tapi melalui pengalaman dan keadaan sekeliling kita juga boleh mengajar kita banyak perkara~~setakat tu je la dulu kot,hehe,sekian,wassalam:)

0 comments: